Salam semua
Hari ni masih lagi meneruskan kegiatan berjalan-jalan dari blog ke blog. Seperti biasa, macam-macam ragam. Macam-macam gaya manusia. Dunia blog kat Malaysia semakin lama memang semakin best. Tak dinafikan. Blogger ni tak kira usia. Masa aku blogwalk tu, ada yang paling muda usia 12 tahun. Kreatif gile budak-budak zaman sekarang ni. Hebat IT lah senang citer. Kiranya, matlamat pendidikan untuk lahirkan generasi celik IT tercapai. Bagus!
Tapi, as usual lah kan, bila budak zaman sekarang ni dah terlalu advanced, terlalu banyak pendedahan diberikan, lain pulak ceritanya. Blog budak-budak sekolah yang belasan tahun ni aku perhatikan tak sah kalau tak cerita pasal boipren atau girlfren masing-masing! Hikhikhikhik. Kelakar pun ada aku tengok dorang ni. Maklumlah cinta monyet katanya. First time kan, mesti excited. Kalau boleh semua benda nak dibagitau kat orang. Si dia suka makan apa, warna apa, buat apa selalu, mesej panggil apa, sebelum tidur buat apa. Semualah. Pendek kata, dari A sampai Z complete dicerita dalam blog.
Pada hemat akulah, tak berapa elok sangatlah kalau umur masa muda remaja di alam sekolah ni bercinta serupa itu. Bukan aku jeles ke hape, tak kuasa mak nak.... nak jeles-jeles bagai ni. Cuma kadang-kala bila kita obses pada seseorang ni secara berlebihan kita akan alpa pada matlamat sebenar kita. Takut-takut kita akan lalai dalam belajar. Jauh lagi perjalanan hidup. Banyak lagi yang perlu dilalui. Macam-macam lagi rupa orang yang bakal kita jumpa kat luar sana.
![]() |
sumber: google * kapit baeeeeeek punyerrrrr! |
Lepas tu, yang bagi aku berbulu lagi mata ni... dorang ni kalau bergambar dengan boipren. Hammmmmmbooi! Dah rupa laki bini aku tengok kan. Melekat sini, melekat sana. Pegang sini, pegang sana. Adoi dik...buruklah begitu. Rugi je, awal-awal dah bagi pegang sini sana. Belum tentu awak dapat dia tu dik. Kalau dari umur 14 tahun dah pegang-pegang, nanti dah sah nikah nak pegang apa? Dah jemu dik!!!
Kat sini, bukanlah bermaksud aku membenarkan budak-budak universiti yang dah lepas umur tu boleh buat sesuka hati mereka. Sebagai kakak dan abang, kitalah yang sepatutnya jadi contoh pada mereka. Kalau yer pun sedang dilamun cinta, janganlah keterlaluan. Jagalah batas dan adab. Janganlah landaskan cinta dengan nafsu semata-mata.
Jadi, rasanya sebagai seorang kakak yang pernah melalui zaman yang sedang adik-adik lalui sekarang ni, usahlah asyik sangat bercinta. Cinta monyet ni jangan sangat dipercaya. Biarlah kita siapkan diri kita dengan sesuatu yang boleh dibanggakan dan boleh menjamin masa depan kita dulu. Siapkan diri dengan ilmu secukupnya sebab hanya dengan ilmu sahaja dapat mengubah nasib diri seseorang. Jangan asyik syok bercinta je, buku entah kemana. Rugilah dik kalau kawan-kawan adik semua seronok melalui campus life tapi adik NO LIFE!
p/s: bukan semua blogger bawah umur begitu. ada juga yang becerita perihal alam persekolahan! =)
43 Inspirasi Dari Pembaca
masa 12 tahun dulu, pgg kmputer pun tak reti sgt..hehe bertuah adik2 zmn skrg..
ReplyDeleteupdated je bebudak zaman sekarang.. time kite dulu,handphone pun takde... apetah lagi nak buka cerita cinta bagai nak rak kat blog facebook or sbgnya.. huhuhu
ReplyDeletesangat suka dgn entry ini..
ReplyDeleteingat pesan2 akk2 semua nie ea..
cinta boleh tapi ada batasnya..
saya pun rasa berbulu baca blog budak bwh umur.
ReplyDeletekalau ade dpen mata da lama smash kottt.
tu ahh, dulu masa umur belasan tahun selekeh, tak pandai apa pun, bab IT lagila, sekarang pun ase cam terengsot2 jugak...suka entri ne=)
ReplyDeletemasa form 5 la br DB gheti nk pakai komputer..
ReplyDeletemundur nye aku~~ =(
Agree :D
ReplyDeletenanti pegang patung je kot .. hekhek..
ReplyDeleteas salam.. salam ziarah..
ReplyDeleteentry ni buat saya terfikir.. time masih budak2 lagi.. x reti lagi dok dpan pc.. masih lagi men kejar2.. hehehe..
haha..umur gitu semuanya indah..confident plan sume jalan baik punya..nti once they fall into a deep well, then they know what life is..then we can say, welcome to the real world kid..haha
ReplyDeletekte dlu 12 tahun pon buta tenet lagi..maju maju :) tapi xperlu la nak maju smua bnda sampai lebih2 plak..akk ni reti kapel pon lps spm..pon tak kekal dik oii..awk tuh skola pon nak kapel2..tak yah lerr:p
ReplyDelete12 tahun, apa itu komputer? Menarik di sini. Mnta kongsi yo! ^^
ReplyDeletebudak zaman skg cepat belajar tntg sume pkara^^
ReplyDeletebetol3 .sokong entry ny ~
ReplyDeletehahah , setuju sgt part sibuk beritahu hal boypren gepren. but mostly yg sibuk cerita boypren ijah rasa. ekekeke
ReplyDeleteijah yg remaja ini pun rasa geli gelimat. ekekek. T_T
bukan jeles bukan jeles. ekeke
nasihat yg baik... teruskan usaha...
ReplyDeleteagreeed! yang sakit lagi, bila they cerita pasal orang berdengki la apa bagai.
ReplyDeletealahaaii. baru form 2 dah macam-macam masalah. belum masuk U lagi.
hahahaha...betuL tuh...maybe diorang nie eksaited baru coupLe n hormon baru nak matang...pastu bahasa diorang pun agak Lah sukar untuk di fahami...if org xske bLog diorang, muLeLah meracau macam hapee....takpe..da besar nanti dye akan geLak sendri tgk ape diorang penah tuLis =)
ReplyDeletehaha..terase saye..
ReplyDeletehaha,terase kite
ReplyDelete@[sutera kasih]: betul tu, kita dulu pun umur 12 baru nak mengenal komputer. hehehe =)
ReplyDelete@uLan: masa kita dulu, jgn kata nak sebut bercinta, cakap lelaki hensem pun mak ayah dah jeling kan.
ReplyDelete@Aida Omar: time kasih sebb suka entry ni. hanya sekadar pandangan dan nasihat. betul tu, cinta itu indah kalau kena degn batasnya! =)
ReplyDelete@Mardhiah Abd: hahaha.... smash tu!!! kita tegur kena dgn cara, insya allah dorang ikut =)
ReplyDelete@Green Apel:thanks ye suka entry ni. dorang advanced sebab pendedahan mmg byk!
ReplyDelete@Datin BERSERI: hahaha.. kira ok la tu. awal-awal sangat pun tak elok kan?
ReplyDelete@Mizz D O L L Y: thanks dolly!
ReplyDelete@Inspirationalefeks: hahahah pandai-pandai je tau dia ni~ =) nakal~
ReplyDelete@dy Rahman: rasanya budak sekarang tak suka game outdoor kan. ntah-ntah dorang tak penah pun maik police century, main pondok-pondok. haisssh!!
ReplyDelete@MK: zaman tu lah semua benda kalau boleh nak dicuba kan. beselah umur muda. jangan silap langkah sudah!
ReplyDelete@alexa yussida: stuju! cinta monyet ni susah nak bertahan. sebab kita belum jumpa the whole world kan!
ReplyDelete@Mr.Thinker@Ali: hahahah.. kan.... umur kita 12 semua masih main game bese-bese jer.
ReplyDeletesilakan kongsi, kredit to me ya! =)
@shida'R: kadang bagus cepat belajar tu, tapi kena lah ada hadnya. =)
ReplyDelete@عقيله Nur فتحي: time kasih sebab sokong entry ni. u make me smile =)
ReplyDelete@Ijah EmoTemo: betul tu. kita tak jeles, kita cuma nasihat. sebab kita sayang dorang kan!
ReplyDelete@Green Apple: terima kasih. =)
ReplyDelete@Fathiah Hamim: perasan jugak, ada sesetengah yang macam tu. kata ada orang nak rampas bf dia la, apa lah. aduhaiiii~ sedeh!!!
ReplyDelete@CiK GorGeouS !: betul jugak tu. emosi masih tak stabil. identiti pun takde lagi tu.
ReplyDelete@blogger girlz: alololo jgn terasa gtu. sy nasihat as general. tak menuju pada sesiapa. harap dapat trima nasiht ni secara terbuka! =) sy sayang adik-adik semua!
ReplyDeletehai kakak ;)
ReplyDeletelisa suka post yang ni. a lots of info and pengajaran ;) :)
Saya blogger bawah umur. thank u for nasihat.
ReplyDeletesaya habis spm baru reti guna komputer....blog? tahun ketiga di universiti baru tahu apa itu blog... >.<
ReplyDeletekasihannya...
http://www.zahidahwahid.com/2011/11/3332/
Lia blogger bwh umur jugak, tp xdelah cite pasal boyprenggg sbb kadang2 rse meluat jugak pasal ni --" ade bnyk lg boleh cite slain tu, tp lia xde boypreng so slamat lah. Hahaa xD
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!