Sunday, May 22, 2011

Kenapa Saya Suka Baca Blog Totin Jamain?

Salam semua

Memang lama tak masuk sebarang contest yang dianjurkan para blogger. Hari ni hati meronta-ronta suruh join satu contest yang sangat best ni. Salah satu sebab, tuan blog orang kampung aku. Kedua, penganjurnya juga bukan calang-calang... Guess who?



Hadiahnya juga menarik hati...



Jadi, untuk menyertai give away ni, aku kena menjawab beberapa soalan dari tuan blog HOT ni yer.

KENAPA SAYA SUKA BACA BLOG TOTIN JAMAIN


Setia pungguk memuja bulan,
Awan mendung berarak lalu,
Blog Cik Totin dah lama jadi pilihan,
Aku follow dia semenjak dahulu.

Lembut bayu menyentuh pipi,
Pipinya halus umpama ratu,
Mari aku cerita apa BESTnya blog ni,
Meh aku bagitau satu per satu.

T - Talented dalam penggunaan ayat yang simple dan menarik.
O- Organised Well. Bijak membahagi masa untuk blog, study, kerjaya, rakan-rakan dan keluarga
T - Thoughtful. Cik Totin bijak merencana apa yang berlaku di sekelilingnya dengan menarik
I - Inspiring.Bukan senang nak jadi doktor. Membakar semangat untuk jadi orang berjaya!
N- New eyes. Maksudnya, dia melihat sesebuah perkara itu dengan perspektif berbeza.


DARI MANA TAHU TENTANG BLOG TOTIN JEMAIN?


Berbaju renda si dara sunti,
Corak cempaka si bunga cengkih,
Dari blogwalk aku jumpa blog ini,
Bila baca rasa ketagih!

Ke Kota Lama membeli kain,
Sambil membawa sebiji labu,
Blog ini memang lain dari yang lain,
Tak percaya bacalah dulu.

TOTIN JAMAIN ADALAH SEORANG....


Bulan bintang hendak dipanjat,
Tali sudah siap dipintalkan,
Cik Totin cantik dan dia hebat,
Sumber inspirasi dalam kehidupan.

Air penawar di dalam kendi,
Minum bergilir sebiji cawan,
Inilah contoh wanita bestari,
Otaknya bijak dan cantik menawan.


SARANAN?

Kalau dari segi blog, rasanya tak perlu lagi nak disarankan apa-apa. Cukup lengkap dan best. Keep it up Cik Totin. Blog Cik Totin dah cukup asam, garam dan gulanya. Buat saya seronok baca setiap entry. Tak pernah jemu dari dulu lagi. Saranan saya juga merangkap doa, semoga Cik Totin terus maju dan dapat kongsi seberapa banyak ilmu mengenai kesihatan melalui blog. Bakti dan jasa Cik Totin sangat membantu. Good job doc!


Kalau nak join, mudah je : SILA KLIK SINI



4 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork