Sunday, May 8, 2011

Saat Nyawa Mak Aku Di Hujung Tanduk. Selamat Hari Ibu, Mak!

Salam semua


Hari ni adalah Hari Ibu. Semua anak-anak a.k.a para blogger berpusu-pusu buat entry untuk ibu mereka kan. Sunnguh sweet! Tapi untuk aku, pada hari ibu ni, aku cuma nak re-publish satu entry yang pernah aku post 16 Ogos 2010. Entry tu sangat bermakna bagi aku sebab enrty tu membuatkan aku menghargai seorang wanita bergelar IBU yang mana ketika itu nyawanya di hujung tanduk....


Ramadhan Lalu.... mak menaggung dugaan dari Pencipta. Kesakitan yang tak tergambar dengan kata-kata. Bayangkanlah, waktu tu, first time saya dan adik berpuasa jauh dari family. kami bertiga tiada di rumah sepanjang Ramadhan. Ayah pula baru bertukar kerja ke Johor Bharu. Jadi tak de sapa2 di rumah melainkan mak dan mama(makcik yang menjaga saya sejak kecil).Penyakit mak susah untuk dideskripsi oleh doktor. Bukan darah tinggi mahupun penyakit jantung. Tapi mak mudah sesak nafas. Bayangkanlah, mak sedang duduk je.... denyut jantungnya menyamai orang yang sedang berlari. Jadi kalau mak berjalan, denyut jantungnya selaju mana??? tak terbayang kan....

Ramadhan Lalu.... hati kami tiga beradik yang di "perantauan" ni langsung tak tenang. Setiap kali skrin handphone paparkan nombor telefon ahli keluarga terdekat, jantung mula kencang macam nak pecah dibuatnya. Menggigil bila nak jawab panggilan atau baca mesej. Fikiran terus melayang kepada benda yang bukan-bukan. Ya Allah.... sumpah! jika di saat itu kematian datang menjemput mak, saya belum bersedia..... sebab masih lagi belum puas bermanja dan memanjakan mak......

Ramadhan Lalu..... saya mengambil alih tugas mak untuk membuat persiapan raya. Dengan baki duit PTPTN yang ada, saya belikan mak tudung, sarung kusyen, set gelas dan beberapa lagi kelengkapan raya. kami buat persiapan ala kadar saje. malahan untuk kuih raya, saya dan ayah beli lebih kurang lagi 3 hari nak raya.

Ramadhan Lalu.... pernah satu malam tu, mak call dan bagitau yang mak dah tak tahan dengan sakitnya.... saya serta merta call akak saya dan merancang untuk balik ke Kluang malam tu jugak.... sedangkan jam dah 11.30 mlam..... tapi akak suruh saya sabar... sebab kalau balek tengah malam agak bahaya bagi perempuan untuk ke Puduraya.

Ramadhan Lalu.... pada Subuh Aidilfitri... sekali lagi mak sesak nafas ketika sedang masak juadah Hari raya. mak terbaring di dapur menahan sakit dan saya mengurut dada mak berulang kali. waktu tu, suara ayah sedang bertakbir di masjid.... air mata dah bergenang.... hati berdoa dan minta pada Allah supaya panjangkanlah umur mak dan kami nak sambut lebaran dengan mak......

Ramadhan Lalu....Alhamdulillah.... doa kami dimakbulkan Allah, pada 4 Syawal, kesihatan mak beransur pulih dan semakin sihat. Mak dan kembali seperti biasa dan boleh bersama dengan ahli keluarga yang lain. waktu tu, barulah semangat sikit nak beraya rumah sanak saudara.....

Mak, moga dugaan Ramadhan Lalu.... membersihkan kita semua dari dosa-dosa lama dan semoga mak panjang umur dan sihat selalu.... dan dapat bersama kami bertiga selamanya....

16 Ogos 2010
Ramadhan Kini....


Boleh tak korang rasa perasaan aku sebagai seorang anak ketika tu? Perasaan yang tak terduga dengan kata-kata. Kini, aku dan seluruh keluarga diduga lagi. Ayah pula sakit. Dan sesungguhnya kedua-dua dugaan ini menyebabkan aku lebih menghargai kedua orang tua aku. Sebab aku rasa, dah tak guna rasanya kalau nak hargai mereka selepas mereka tiada....

Selamat Hari Ibu, Mak. 


p/s: bacaan penuh RAMADHAN LALU



1 comment:

  1. rasa sedih bace ni..smoga mak ayah kita dikurniakan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork