Tuesday, June 28, 2011

Aku Kecewa Hari Ini

Salam semua

Hari ni aku agak bersedih dah frust jugak lah. Seperti yang pernah aku bagitau minggu lepas, aku dijemput oleh Nuffnang untuk ke Premiere Screening Transformers yang mana filem tu merupakan filem target aku untuk tahun ni. Alhamdulillah, Nuffnang dah realisasikannya. Terima kasih banyak-banyak pada Nuffnang.


Malangnya, aku tak berpeluang untuk  tonton filem tu. Sebabnya, aku tak boleh tinggalkan mak aku sorang untuk jaga ayah aku. Lagipun aku kan driver. Jadi, kalau aku ke KL, nanti ayah aku tak boleh ke kerja dan terapi untuk dua hari. Jadi, terpaksalah aku korbankan je tiket free tu. Aku bagi pada kawan aku untuk pergi tengok Transformers : Dark of The Moon. 

Sedih memang sedih. Terlalu sedih. Tapi aku tak boleh nak buat apa. Lagipun, kos ke KL pergi dan balik je RM 50. Rasa tak berbaloi pulak kalau semata-mata nak tengok movie free. Kat Kluang pun boleh tengok walaupun tak primere screening lah! Tapi tak pelah, paling penting kesihatan dan keselamatan ayah dan mak aku. Family first kan... Insya-Allah ada rezeki lagi untuk aku. 


p/s: Part ni aku kena belajar buat keputusan.... memilih mana satu yang lebih penting


9 comments:

  1. berkorban utk family takpekan.hmm besar pahalanya.

    nt bli cd eh. =)

    ReplyDelete
  2. Agak rugi jugak terlepas peluang tonton free macam tu.. tapi bila fikir balik tanggungjawab kat rumah tu, takla rugi sangat kot.. nanti² pu masuh boleh layan movie rerobot cool tu kan..


    Pernah dapat tiket free masa tengok Dark Night je dulu... tak tau bila nak dapat lagi huhu

    ReplyDelete
  3. takpela, lagipun family first priority, filem tu boleh tengok juga nanti..

    TE lagila kena tunggu dvd gambar hd baru tengok..

    ReplyDelete
  4. alaaaaaaa xleh la jmpa bloggers2 len.. xpe, family first :D


    check out my new header, on #Transformers mood~
    http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html :D

    ReplyDelete
  5. tak pe la. at least, dapat tolong family sambil berjimat~

    ReplyDelete
  6. insyaAllah nanti ada peluang lagi..family first :)

    ReplyDelete
  7. family is more important..nanti beli tiket tgk dengan family skali...hehe

    ReplyDelete
  8. family is more important..nanti beli tiket tgk dengan family skali...hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork