Sunday, June 12, 2011

Kalau Tak Boleh Terima Kritikan, Jangan Suruh Orang Untuk Kritik Awak! Jadilah Blogger Yang Matang & Professional.

Salam semua


Happy Sunday everybody!!! =) Mood bahagia pulak aku, padahal project paper masih belum settel. Tak pe. Aku akan habiskan sisa-sisanya hari ni jugak. Mulai esok, aku akan jadi driver ayah. Alhamdulillah, ayah dah boleh mula bekerja esok. Tapi lite duty lah. Harap-harap environment kerja bagi dia lebih semangat untuk pulih setelah hampir 6 bulan sakit. For those yang missed my entry pasal ayah aku BOLEH KLIK SINI & SINI JUGA!

Dua tiga hari ni, sewaktu aku sesi blogwalking aku terjumpa satu blog yang mana baru seminggu atau dua minggu dia buat satu segmen. Aku tengok follower blog tu boleh tahan jugak mencecah 500 followernya. Segmen yang dia buat adalah segmen untuk minta pandangan, kritikan dan komen pelawat blognya terhadap blog tersebut dan isi tulisannya. Pada awal aku baca segmen tu, si penulis blog memperlihatkan keterbukaannya untuk menerima segala kritikan pedas mahupun kutukan. Katanya, dia terima atas dasar positif dan matang. Wah... pada aku hebat jugak budak ni sebab kalau ikut umur... bukan senang untuk remaja seusia dia untuk menerima pandangan dan kritikan orang. Jadi aku pun meneruskan pembacaan. 


Komen yang diterima bagi segmen yang dia buat tu boleh dikatakan memberangsangkan. Ada yang puji, ada yang suka dan tak ketinggalan ada yang tak suka. Masing-masing bagi komen dan pendapat sendiri. Kata orang, dah diberi peluang bersuara apa lagi....cakap jer lah kan! Hinggalah pada satu komen ni. Aku rasa mungkin ayat si pengomen tu pun agak sarkastik. Apa lagi...melenting berangin lah si tuan belog ni. Tak dapat terima kritikan si pengomen. Dari situ bermulalah sesi kutuk mengutuk melalui entry. Berlarutan sehingga ke hari ini. Tambah pulak ada kawan-kawan yang batu api. Lagi berasap lah kepala orang tu dibuatnya. Aku baca satu per satu entry balas membalas tu. Penuh....dengan kutukan, perkataan keji dan macam-macam lagi. Masing-masing tak nak kalah. Tunjuk hebat dan ego masing-masing. Menyampah pulak aku tengok! 

Itulah, dari awal aku dah terfikir. Tak mungkin budak semuda usia ni boleh terima kritikan orang. Sebabnya jiwa tengah memberontak. Tapi aku pikir, tuan belog sepatutnya kekalkan lah sikap terbuka menerima kritikan tu. Bukan ke awak yang suruh orang kritik awak. Jadi tak kan awak nak melenting. Cuba jadi profesional. Jawab dengan baik dan penuh hemah. Mesti tak jadi masalah besar. 

Yang mengomen pun sama jugak. Kalau nak komen atau kritik orang tu biarlah berpada-pada. Jaga hati dan perasaan orang lain. Bukan semua orang akan suka dengan kita dan kalau boleh biarlah menegur dengan bijak dan penuh hemah. Jangan hentam orang tak tentu pasal dan yang paling penting, tengok dulu diri kita barulah boleh kita tengok orang lain pulak...

Kesimpulannya, kalau kita tak sanggup dengar kritikan orang jangan sesekali mintak. Siapkan diri mental dan fizikal. Lagi satu, kalau kita jadi pengomen pun, biarlah cakap berlapik. Fikirkan perasaan orang lain dan pihak - pihak yang terlibat. 



p/s: Seperti biasa, Yang baik jadi tauladan. Sekadar buah fikiran.

12 comments:

  1. kihkih.. sampai sekarang saya belum terpikir nak buat segmen nie..

    rasanya blogger tu belum bersedia untuk terdedah dengan dunia luar sana kot.

    ReplyDelete
  2. maybe die harapkn pujian kot..
    bknnye kutukan..
    ekekeke
    skali dpt kutukan yg kaw2..
    2yg xleh trime..
    hee

    ReplyDelete
  3. yes,setuju dgn u. LIKE entryu. pd pngomen pun komen la secara berkhemah, guna kan akal bfore ckp, kan?

    DONE follow u

    :)

    ReplyDelete
  4. teringin lak na bce.. blog mne tuh.. huuuu

    ReplyDelete
  5. alah..bebudak..biase la tu..yg komen pn satu, kritik melampau smpai keluar perktaan yg xsepatutnye..

    ReplyDelete
  6. akak rasa kalau kita tak gemor delete jerrr...

    ReplyDelete
  7. @Mawar Berduri: kalau belum bersedia baik jangan... sebab orang ni kan banyak ragam

    ReplyDelete
  8. @Cik Ezy Comot: btul gak awak ckap. mungkin dia tak expect kot. tp kalau nak komen bia lah hati2

    ReplyDelete
  9. @NUR AIN AZMAN: btul awak cakap. ada pengomen, komen memang nak hentam orang bukan bg nasihat @ pandangan kan...

    ReplyDelete
  10. @dhilla nazli: kalau boleh nak je letak link kat sini.. tp tak nak lah nti mengaibkan dia pulak

    ReplyDelete
  11. @misyamissyou: btul tu.... budak2 dia ingat dia berani....

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes [Beauty | Food | Lifestyle] Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork