Thursday, June 23, 2011

Tak Habis Lagi Aku "Berbulu" Dengan Budak Bawah Umur!

Salam semua

Aku ni tak habis lagi "berbulu" dengan pasangan muda-mudi zaman sekarang. Rasanya, luahan perasaan dan nasihat dah pun aku bagi DALAM ENTRY BIKIN PANAS ni. Bukan apa, aku tengok dorang ni dah macam takde lagi perasaan malu dan segan silu dengan orang sekeliling. Apa dorang fikir dorang ada pakwe atau makwe yang "bajet hot" tu, semua orang nak pandang dia. Tolonglah......muntah aku tengok ni ha. Umur muda je lagi tu. Baju pun mak basuhkan, spender pun mak belikan... tapi dah gatal macam nak cepat dinikahkan. 

bangga dengan baju sekolah *google*
Semua ni gara-gara aku ternampak  "pasangan budak-budak hingusan" yang naik moto lalu depan rumah dua tiga kali malam tadi. Kebetulan masa tu aku nak kunci kereta dan kunci rumah. Aku tengok jam dah dekat pukul 1.30 pagi. Apalah yang dibuatnya merayau-rayau berduaan tengah-tengah malam gitu. Naik motor, bawak slow-slow. Kapit ketat-ketat. Sampai angin pun tak boleh lalu, lepas tu berhenti kat playground depan rumah aku ni duduk dalam gelap. Aiyooooo apa yang kau buat tu budak kecik???

Aku terfikir jugak, mak bapak budak-budak ni tak tahu ke anak dorang pegi mana malam-malam gini? Tak tanya ke anak keluar dengan sapa? Tak peduli ke anak buat apa kat luar rumah waktu macam ni? Aku geram dengan sikap sesetengah mak bapak yang tak kesah dengan anak dan terlalu mempercayai anak mereka. Takde langsung sifat curiga dalam hati tu. Kalau yer pun anak dah besar dan dah boleh jaga diri, tapi bukan boleh bagi 100% kepercayaan pada budak remaja. Remaja ni, makin besar makin lah kena waspada. Dunia hari ni dah berubah. Bukan macam zaman makcik pakcik dulu. Aku berani kata, budak-budak remaja zaman sekarang ni kalau bercinta atau bercouple, majoriti hanya suka-suka dan berlandaskan nafsu semata-mata. Bukannya niat betul-betul nak jadikan pasangan hidup. Ada juga remaja yang bangga dia tukar pasangan ni macam tukar baju. Bajet dia tu market sangatlah sebab satu pegi, seploh mari!!!

Nak masuk sekolah cam ni ke? 

Cukuplah adik-adik semua. Tak payahlah nak bercinta sampai macam tu sekali. Kalau belajar bagai nak rak takpe. Itu akak setuju sangat. Meluat lah dik bila tengok adik-adik berperangai macam tu. Pakai baju sekolah, keliling bandar peluk-peluk macam orang dah kawin. Apa benda semua tu? Sekali lagi, aku nak tekankan, aku bukan jeles ke hape dengan diorang ni. Tapi aku buat entry ni sebab aku percaya kalau perkara ni tak dibendung dan tak ditegur, mereka akan lebih menjadi. Penzinaan akan berlaku dimana-mana je. Bila dah macam tu, mulalah baby-baby yang tak berdosa jadi mangsa. 

Parents please...do your part

Mak bapak pun perlu peka dalam hal ni. Janganlah asyik sibuk kerja je sepanjang masa. Jenguk-jenguklah anak tu. Ambik pusing sikit aktiviti mereka. Janganlah letakkan kepercayaan 100% pada anak-anak. Sebab budak-budak ni perlukan tunjuk ajar dan panduan dari orang tua. Nasihatkan mereka mengenai buruk dan padahnya pergaulan bebas. Dekatkan diri dengan anak-anak remaja ni. Lagi satu, kalau boleh jagalah keharmonian rumah tangga. Jangan bertengkar depan anak-anak remaja sebab perkara ni hanya akan menimbulkan tekanan dan ketidakselesaan anak-anak duduk di rumah. Bila keadaan macam tu kerap berlaku, mulalah mereka cari keseronokan di luar rumah melalui kawan-kawan. Sebenarnya, kita semua bertanggungjawab pada masalah sosial ni. Sama-sama menegur dan ingat mengingati. Barulah kita semua boleh hidup aman sejahtera tanpa bala dan malapetaka. 



p/s: Yes, aku mengaku aku pun bukan macam malaikat baiknya, tapi at least aku mengingatkan sesama manusia. Nasihat ni pun buat diri aku jugak dan akak, abang semua ye! =)


17 comments:

  1. KEKEKKEKE GILER STYLE SEKOLAH TUH. ANK DAPAT DARI MANA PIC TUH? BETUL TUH. NYAMPAH KOT TGOK BEBUDAK CMTUH. SUMPAH TAK JELES, TAPI DY TATAW KE TUH SUME CINTA MUNYYEET!

    ReplyDelete
  2. hahah sekolah cm tu patut ade kt m'sia nih ;)

    mybe kurang ckit owg buang bayi..

    ReplyDelete
  3. thumbs up nanie sayang!loves every single your words..strongly agreed.rase puas bile dah cakap sume ni kan..tapi adakah mereka mendengar?samesamelah doakan agar takde lagi kite berbulu..ade mase fiza nak share link nanie ni..boleh?

    ReplyDelete
  4. sebab perkara mcm tu dah dibudayakan sampai hilang rasa bersalah, kita kena perbetulkan semula

    ReplyDelete
  5. Remaja zaman skrg mmg tak tahu malu la.Tak de maruah ke.. mmg la sy pom remaja tapi tak de la sampai mcm tu.Huhu

    ReplyDelete
  6. so true!!!
    aku yang nak final year tahun depan pun belum rase nak menggatal cai bakal laki..

    elok happy je hidup aku ni...

    tak paham aku, ap yang dicari kalau ade boyfiend ni

    ReplyDelete
  7. well said dear! geli jugak tgk budak2 skola, lebih2 lagi yang still pakai baju skola, lepak kat mall dgn pakwe lah konon tu.bangga sgt ke ada pkwe mse skola?

    ReplyDelete
  8. salam awak..fiqra berbesar hati mnjemput awk join contest fiqra ;) tq yea

    http://fiqracake.blogspot.com/2011/06/contest-saya-suka-berimaginasi.html

    ReplyDelete
  9. betul ape yg u tulis ni...
    nuru pon xsetuju ngn perangai bebudak skula zmn skrng yg duk bekepit cm dah nikah...masyaAllah..

    ReplyDelete
  10. exactly! budk2 zaman skunk ni gila annoying tahu. selumber badak men pegang2 tgn malah lebih dri tu. eh, org dah kawin pun x buat mcm tu tau.. grrr.. sakit mata tgok, sakit lagi hati ni hah.. -_-"

    TERJAH --> An expensive smile..susah sangat ke untuk senyum??

    ReplyDelete
  11. .penah tgk yg pelok2 lagi..depan orang ramai tu..x senonooh

    ReplyDelete
  12. betollllll .. T_T

    seremmm tgk skolah tu T_T

    ReplyDelete
  13. stuju~ bdk2 zaman skang mmglah tersgt over oke! plg geram bile ko baru tingkatan 1, tp da tau makne nak g dating camne, hish! rase nak piat2 tlinge

    ReplyDelete
  14. paling menyampah g mall time cuti skolah. tgk dak2 skolah pgg tgn, whathefish. aku pun xprnh wat mcm tu. wat mlu je. hurmmm

    ReplyDelete
  15. aku pon nyampah tngok dak2 sekarang yg konon2nye dah matang sgt tu,,,, tgk je la belog budak2 hingusan, tak abih2 tayang bf, mcm konpem jadi somi lah, kalau ye pon xpayah kot,,,rase nak tendang laju2...

    ReplyDelete
  16. entry terbaik pnh kite bce kat mane2 blog,, huhu keep it up sis ! u're d best okay <3


    kasi rejam je dak sek yg cam ni,, ish3,,

    ReplyDelete
  17. suke sngt bace sume entry awk,,mcm bace novel pulak asik klik2 jewk,,huhu,,ade betolnye ape yg awk ckp neh,,tp saye pown tak ley nak ckp bnyk sbb sy pown kapel jugak,,tp so far alhamdulillah lah sbb kami jupe dekat rumah saye,,mane kitorang pegi ibu ayh twu,,yg x best nye kalau budak sekolah neh dah r pakai baju sekolah lepas tuh brjln kt mall time2 sekolah,,sy dah pelik dh,,huhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork