Thursday, June 30, 2011

Tak Payahlah Nak Kutuk Nuffnang Kalau Lama Tak Dapat BE.

Salam semua

p/s: Entry ini tidak dibayar mana-mana pihak. Sekadar buah fikiran aku. =)


Sepanjang aku berblog ni, tak pernah sekali pun aku tulis entry pasal Unique Visitor ataupun Buffered Earning. Apatah lagi bercerita pasal cash out Nuffnang bagai. Tak pernah aku merungut kalau tak dapat BE dan tak pernah jugak aku bangga bila dapat doploh BE sekaligus. *tangan ke dada, mata pandang atas. Maaflah, takde niat nak menyindir sesiapa. Cuma, tadi semasa aku melawat satu blog ni. Bukan main dia kutuk Nuffnang kata Nuffnang kedekutlah, taik hidung masin lah, pilih bululah....adoiiiiiii macam-macam dikutuknya Nuffnang tu. Sampai keluar beberapa bahasa yang kurang manis. Sehingga dibandingkan dengan syarikat-syarikat pengiklanan yang lain. 

Baiklah, mari sini aku cerita kenapa mutakhir ini Nuffnang susah nak bagi BE pada blog-blog kita semua. Seperti biasa, alasan Nuffnang adalah kerana terlalu banyak blog sekarang ni dan syarikat pengiklanan yang pilih blog mana  yang dia nak. Aku tak tau alasan dia tu betul atau tidak *aku bukan mengampu Nuffnang ok! Tapi, meh  aku bagi satu analogi. Korang tau highway? Dulu, semua orang lalu jalan lama. Time tu, sapa yang lalu highway, fulamak....berdesap desup lajunya. Tapi bila dah ramai orang yang guna highway, dorang dah tak boleh laju macam dulu lagi. Sama halnya macam broadband. Dulu, masa awal-awal sapa yang masuk  broadband tu memang super laju. Tapi cuba korang try sekarang. Slownya lebih kurang siput b*bi je... *kata kawan aku lah yang guna broadband. Hal ini adalah disebabkan persaingan yang meningkat setiap hari. Kita sedang bersaing! 



Jadi begitu juga halnya dengan Nuffnang. Masa awal-awal dulu, takde hal lah kalau Nuffnang nak bagi patpuloh BE sekaligus pada satu blogger. Tapi sekarang dah lain. Ramai yang dah ada blog sendiri. Kadang-kadang tu, sorang blogger sampai 2-3 blognya. Haaa....jadi korang dapat tak bayangkan macam mana sesaknya 'highway' Nuffnang. So, kalau korang bertukar pada syarikat lain pun, nanti sampai satu masa akan tiba jugak perkara yang sama macam yang terjadi pada Nuffnang ni. Setiap benda kan ada pasang surutnya. 

Cuma nasihat aku,  tak payahlah kita mengutuk habis-habisan satu-satu pihak tu bila kita dah tak suka. Bila suka dipuji bukan main melambungnya. Biarlah berpada-pada. Yer, aku tau Nuffnang tak baca pun entry kutuk tu...dan entry aku ni pun Nuffnang tak baca. Cuma aku nak berpesan pada sesama blogger. Itu aje! Janganlah habis madu, Sepah yang menang ML  dibuang. =) dan, berblog lah secara ikhlas. Bukan kerana nak dapat habuan semata-mata. Jadikan dunia blog sebagai sebuah dunia perkongsian ilmu yang bermanfaat!


*peace!!!!



10 comments:

  1. berblog jangan sampai kemaruk sangat nak kumpul duit. just follow the flow. kalau ada earning tu namanya rezeki kan. but buat masa sekarang saya takkan curang dengan nffnang. sayang nuffnang gila gila lah! haha.

    p/s : jom exchange banner? :)

    ReplyDelete
  2. eh ade ke yg kutuk gila2 kat nuffnang ni? grr.. kalau ye pon tak dapat BE tak perlu la nak kutuk2 pon..kita berblog ni sekadar penulisan. kalau ade duit tu maknanya satu bonus untuk bg semangat. tapi kalau takde pon ape salahnya kan. yang penting niat kita nak berblog tu ape. emm tak perlu la kot nak kutuk2..


    p/s: alamak terpanjang. maaf la yer.. hehe

    ReplyDelete
  3. saya nihh main blog sejak bulan 1 tahun nih... dua bulan lepas baru kenal nuffnang kan?? hahahahaa.. terok kan??

    tapi tak kisah kot tak dapat BE... sbb kita kena ada alternatif lain yg boleh buat kalau betul2 nk buat duit guna blog.. huuhu... banyak caranya...

    ReplyDelete
  4. blogging for fun ;)
    iklan tu pendapatn smpingan ;)


    belum tengok transformers 3? here's some movie review!!! http://eleventx.blogspot.com/2011/06/movie-review-transformers-dark-of-moon.html

    ReplyDelete
  5. <----- bukan setakat BE earning pon ciput sesangat...tumpang tgk jela org lain punya...nk komen watpa, sapa usaha lebih dapat lebihla...ini update entry pon mlas, nk lebih plak...

    ReplyDelete
  6. emm , sepak je orang yang kutok2 tuh , lagi lah nuffnang sukaaaa kat dia kalau dia kutok kan ? haha kena banned kang selamanya dia xdapat status gliterati , hihihi

    ReplyDelete
  7. patut bersyukur ade nuff..at least sambil berblogging can earn money..kalau nak kene lah usaha..bukannyer update 1 entry je leh dpt BE..mereka masih belum paham hencik nuff kot..

    ReplyDelete
  8. kalau nak tau blogger yang hebat2 pun satu masa dulu pernah ngutuk nuff..sebenarnya bukan ngutuk..cuma suarakan ketidak puasan..
    tapi kalau malas bw,malas update lepas tu nak marah nuff tak patut la kan??
    lain la kalau traffic yang dia dapat tak bersesuaian dengan apa yang nuff bagi..berblog sakan tapi tak dibayar.iklan dri nuf tak putus2 ada kat blog tapi nuff tak bayar.umpama macam kamu bagi orang sewa umah tapi orang tu tak bayar..heheh

    ReplyDelete
  9. diam2 je la kan kalau xdpt BE pon.. nnt nmpk sgt laa blogging utk dpt duit..

    *sy pon lama da x dpt BE, psl jarang update kot.. takpe, bukan rezeki..

    ReplyDelete
  10. takpe la kalau tak dpt BE pon kan.. lgpun kalau niat nak blogging tu utk dpt duit je, mmg nmpk sgt la kemaruknye..

    kalau blog jrg update, tp nk mintak nuffnang bg BE byk, hampeh la kan..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork