Thursday, July 28, 2011

Anak Lelaki Lebih Berguna Daripada Anak Perempuan?

Salam semua

Kalau aku tulis entry ni, mungkin ada sesetengah pihak yang akan mengamuk kot. Masa mula-mula aku dapat tau cerita ni pun, berdesing jugak telinga aku. Cerita mengenai persepsi yang sangat skeptikal dan mungkin boleh aku katakan sebagai gender-bias oleh sesetengah kelompok masyarakat. 

Dua hari yang lepas, aku berkesempatan balik ke sekolah lama aku untuk satu sesi bersama budak form 6. Aku jumpa lah cikgu-cikgu lama aku. Than sorang cikgu ni ajak aku borak. Katanya ada cerita panas, wah hot gitew....

Cikgu: Fateen, adik beradik awak semua perempuan kan?
Aku: haa, yerlah semua perempuan. Kenapa cikgu?
Cikgu: Tu lah Fateen, anak-anak saya pun semua perempuan. Baya-baya awak jugak lah. Hari tu, ada sorang cikgu X ni baru dapat anak lelaki, dia kata kat saya "Kak, mesti akak tertekan kan   sebab tak dapat anak lelaki?" "Tertekan apasal pulak?" "Yerlah, anak lelaki ni kalau kita  sakit ke, dia panjang langkah. Boleh jadi ketua keluarga, boleh jaga kita, lindungi keluarga kita. Kalau anak perempuan ni kan semua bergantung pada mak dan ayah. Susah sikit kalau nak survive sendiri!".
Aku: Heheheh salah tanggapan cikgu X tu....
Cikgu : Geram saya bila dia cakap macam tu. Saya terus teringat kat awak. Awak tiga beradik, bila ayah awak sakit, boleh je survive. Sambung belajar lagi akak awak tu. Saya rasa takde masalah anak lelaki ke anak perempuan ke. Masing-masing ada lebih dan kurangnya. Anak perempuan ni mungkin kurang langkahnya tak macam lelaki, tapi cukup memahami. Saya  bangga dengan awak, Fateen. 
Aku: *kembang sat* saya tak pernah rasa takde abang tu sebagai satu masalah cikgu. Saya, akak dengan adik boleh setelkan semua masalah sepanjang ayah saya sakit ni. Dahlah, cikgu tak payah risau. Pada saya, pucuk pangkalnya bagaimana didikan mak dan ayah untuk membentuk anak lelaki dan anak perempuan tu supaya tahu berbakti pada orang tua.
Cikgu: Cikgu doakan awak berjaya dan ayah awak cepat sembuh.
Aku: Terima kasih cikgu. 


Haaa, apa perasaan korang? Menyesal adik beradik semua perempuan, atau adik beradik semua lelaki? No, please don't! Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Setiap rezeki yang diberikan pada sepasang suami isteri tu mesti ada kelebihannya. Dia tahu yang terbaik untuk kita. Kita sebenarnya perlu ubah persepsi macam tu, yang kononnya anak lelaki lebih membantu dalam keluarga. Anak perempuan bila dah kawin, dah tak boleh  berbakti lagi. Memang betul, syurga seorang isteri bawah tapak kaki suami, tapi anak perempuan juga diwajibkan untuk berbakti pada kedua orang tuanya. Mereka juga syurga kita. Aku harap, cikgu X tu sedar bahawa persepsi dia salah. Setiap anak itu mesti ada baiknya. Ibu bapa yang mencorakkan mereka! dan pada anak-anak (kita semua lah yer), berbaktilah pada kedua orang tuamu, selagi nafas mereka masih ada.




p/s: Pada along & adik, love-u lah!





24 comments:

  1. same je sebenarnye..cume persepsi orang je.memang tanggungjawab berbeza tapi as long as kite mampu nak buat keje cam lelaki..kenape tidak kan?yang penting kite ade rase tanggungjawab ^_^

    ReplyDelete
  2. mungkin ada betul juga. tapi masing2 ade kelebihan sendiri. laki mpunyai sikap yg berani. pmpuan dgn sifat rajin. adk badik saya rmai laki.

    ReplyDelete
  3. nice picture..=)

    sweet la sayang sibling..haha..^_^

    ReplyDelete
  4. yup...some pnh tnye sye dulu..dh bersalin ke, ank lelaki atau perempuan?..sye jwb ppuan..pastu dia ckp tahniahlah dh dpt bby tp klau dpt bby boy msti lg best..sye tnye kenapa, dia ckp..yela, ank lelaki ni kan ketua keluarga, pewaris zuriat & keturunan keluarga, pewaris harta org tua...sye terkedu sekejap..cik kak, awk ni name je skolah tggi tp rupenye akal x ckup tggi...lelaki atau perempaun bkn kite yg tntukan, Allah yg tentukan...Lahirnya ank dr benih kedua org tuanye, so x kirela ank lelaki/perempuan, mereka tetap pewaris keluarga...Jgnla typical minded sgt, smbil dlm hati ckp (mentang2la ank2 ko dua2 lelaki, beranila ko ckp kan)...

    ReplyDelete
  5. saya pun suma adik beradik pompuan...

    bole jaga ayah masa ayah sakit ;p

    ReplyDelete
  6. jantina xmenentukan tahap kte nk survive dlm hdp,sume trletak pd diri
    btl x?

    ReplyDelete
  7. eh taklah. salah kot tanggapan dye. sebenarnya bagi mia.depends lah. laki boleh jadi pemalas. boleh jadi jugak lelaki yg btanggungjawab. pmpuan pon sama. bagi mia,takleh lebihkan satu2 pihak pon :) setiap org ada their keistimewaan :)

    ReplyDelete
  8. kesiannya...cetek betul fikirannya eh.. boleh pulak pk mcm tu... sbnrnya mcm yg awak ckp,semuanya berganung pd didikan ibu ayah pd anaknya...dan juga sikap anak tu sndiri. xde kaitan dgn jantina pun...

    ReplyDelete
  9. salah anggapan je..saya pun ramai adekbradek p'puan..7 org..n lelaki 1 je..tapi pun still survive kan:)

    ReplyDelete
  10. @Azhafizah[フィザ]:betul tu fiza, persepsi sebegini perlu diubah. yang penting tanggungjawab!

    ReplyDelete
  11. @Aimifiqa: lelaki ke perempuan, sama2 berguna dan bermanfaat!

    ReplyDelete
  12. @a.E.m.E.y: beselah tu kak. semua tu kan rezeki. kita patut syukur kan!

    ReplyDelete
  13. @kaseh suchi: alhamdulillah, anak solehah semua harapnya ye!

    ReplyDelete
  14. @daya:stuju. tp cakap2 orang cam ni boleh buat orang geram kan!

    ReplyDelete
  15. Adik-beradik Eyra pun semua perempuan ^^

    ReplyDelete
  16. Adik-beradik Eyra pun semua perempuan ^^

    ReplyDelete
  17. kak izan pun sume adik beradik perempuan...5 orang. dan skrg anak2 kak izan semuanya lelaki...

    pada kak izan... semuanya sama je tak kira kita ada anak2 lelaki / perempuan... yg penting cara didikan ibubapanya kan.

    ReplyDelete
  18. Actually same jep..terpulang pade individu i2 sendiri...laen org laen ragam nye..:)

    ReplyDelete
  19. erkk..cikgu X tu cam nak bangga je yang dia ada anak laki.. hermm bagi saya,anak laki lagi susah nak jaga. nak didik masa kecil tu susah supaya jadi yang terbaeekk kpd kedua ibubapa kelak.

    ReplyDelete
  20. kalau saya pulak. saya sorang je anak pempuan.. yang lain lelaki.. :)

    ReplyDelete
  21. adk brdik sy sorg je laki. hoho

    ReplyDelete
  22. Dulu sy lahir mak sy ckp dia dtg2 tgk trus dia ckp ermm x guna dpt anak prmpn pula.. trus blik.. time bapa sy sakit sy mak tiri sy ngan mak sy ja yg jaga dia kat hsptl..smpi mak ckp tgk la anak prmpn yg ko ckp xda guna dulu brguna jg time ko sakit.. skrg anak sy 3org boy tgh pregnen skrg yg k4 stress jg bila org lain atau kluarga sndri asyik ckp2 memang akan dpt anak lelaki jg la smpi 10org.. sy sntiasa fkir positive tp kadang2 terganggu jg perasaan..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork