Tuesday, July 12, 2011

Apsal Sombong Sangat Dengan Orang Lain? Bukankah Senyuman Itu Ibadah.

Salam semua




Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, 

“Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”
Dalam hidup ini, adalah lebih baik jika kita jangan bersikap sombong. Lebih manis kalau kita sama-sama bertanya khabar, bersalam atau cukup dengan seulas senyuman. Senyuman sahaja boleh menghapuskan seribu kedukaan. Tak pernah pun dalam dunia ni aku dengar orang senyum kena bayar! Kalau bergitulah aturannya, memang dunia dah nak kiamat. Bukannya aku nak kompelin apa-apa, tapi seperti biasa sebagai peringatan kepada kita semua. Aku ni jenis orang yang suka mengambil pengajaran daripada setiap perkara yang terjadi depan mata aku saban hari. Perlakuan manusia itu berbeza-beza. Macam tu jugak aku. Bukan lah baik sangat tapi aku akan cuba untuk menjadi baik depan semua orang supaya kita juga dilayan baik. 


Ceritanya begini...seperti kebiasaan, pagi lagi aku dah hantar ayah ake ke tempat kerja. Sesampainya di opis ayah aku, ada seorang technician perempuan yang baru ditugaskan di situ bagi menggantikan salah seorang anak buah ayah aku yang kemalangan.  Kiranya technician perempuan tu daripada HQ. Aku akan pimpin ayah aku dan duduk kan dia di kerusi bersebelahan tempat perempuan tu yang merupakan meja ayah aku. Dia pembantu ayah aku lah senang cerita kan. Cuma, dia tu sombong giler!!! Semalam merupakan hari pertama dia disitu, takpelah mungkin sibuk kot sampai tak pandang aku dengan ayah aku. Tapi tadi masuk hari kedua, amboi.... pandang pun tidak, senyum pun tidak apatah lagi nak bersalaman dengan aku. Konon-konon sibuk buat kerja. Padahal baru pukul 7.45 pagi. Ni ketua dia ni datang. Selamba je... tak tegur aku, aku tak kisahlah tapi tak tegur ayah aku. Sedangkan semua pekerja lain bersalaman dan tegur ayah aku untuk ucap selamat pagi. 

Aku bukanlah nak sangat penghormatan dari dia, tapi apalah salah kalau kita bertegur sapa. Jangan sombong sangat. Hormatlah pada orang lain barulah kita juga dihormati. Jangan nak tunjuk lagak sangat. Sebab semua orang layak untuk diberi perhatian dan dihormati. Ringankanlah mulut kita untuk bertegur sapa. Tak rugi tak! Insya-Allah ada balasan baiknya kalau kita ramah dan mesra dengan orang daripada menyombong diri. Lesson for today, "RINGANKAN MULUT, HORMATI ORANG LAIN". Ingat... 'senyum...tak perlu kata apa-apa!'

4 comments:

  1. hahahahaha..Sombong...tegur tegur tak tegur...perkara yang memang ada dalam diri seorang manusia...kalau dah sombonh aper boleh nak buat...biar jer...cerahkan hari kita dengan senyuman. :) Peace :)

    ReplyDelete
  2. sokong ! geram dgn org yg tak reti senyum ni .. wuuuu

    ReplyDelete
  3. hmm btol tu... kalau kita hormat dgn org tu..org pon akan hormat kita balik..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork