Friday, July 8, 2011

Ayuh Kita Berdoa Agar Keamanan & Kesejahteraan Malaysia Dipelihara!

Salam semua



Sana sini heboh orang dok kecoh pasal Bersih 2.0. Aku tak nak komen apa-apa pasal isu ini cuma apa yang aku nak cakap, hargailah keamanan yang sedia ada di negara kita. Di waktu maghrib ni, aku harap kita semua dapat berdoa semoga Allah memberkati dan memelihara keamanan dan kesejahteraan  negara kita. Jauhkanlah bala bencana serta mala petaka yang boleh mengancam nyawa kita semua. Moga disatukan hati setiap rakyat di Malaysia ini. Diberi taufik dan hidayah setiap yang bergelar pemimpin kerana negara ini amanah Allah buat mereka. Jangan digadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Moga Malaysia aman sejahtera!  


''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
                         Tun V.T Sambanthan, 1 Jun 1965


p/s: Kita doakan sama-sama agar Malaysia aman sejahtera! Amin.

4 comments:

  1. mudah-mudahan akan aman sejahtera....

    ReplyDelete
  2. kite doakan bersama demi keamanan rakyat sejagat

    ReplyDelete
  3. semoga negara kita aman kan...

    insyaAllah xde pape...amin..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork