Saturday, July 30, 2011

Berhentilah daripada mengutuk Arwah Mohd Ashraf Hafiz lagi!

Salam semua

Hari ni kita semua dikejutkan dengan kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonannya menukar nama kepada Aleesha Farhana. Inalillah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Itu takdir bagi Ashraf. 


Tapi, kita yang hidup ni tak perlulah mencerca dan mencaci arwah lagi. Biarlah itu semua sebagai urusan dia dengan Yang Maha Esa. Kita tak berhak untuk menghukumnya. Jadikan kisah Ashraf sebagai teladan buat kita semua. Mana tau, di saat akhir nyawanya dia telah bertaubat dan taubatnya diterima. Itu semua kan kuasa dan rahsia Allah. 

Ni semua gara-gara aku terjumpa satu post dari seorang blogger yang pedas mengkritik dan mencerca arwah. Astagfirullah. Mengucap panjang aku bila baca setiap perkataan yang ditulis. Memang betul, apa yang pernah arwah lakukan semasa hayatnya salah disisi agama, tapi Layakkah kita untuk menghukum arwah? Pasti ke kita ni masuk ke syurga? Dan sekarang, jika dia mengutuk arwah, bukankah itu dosa kerana membuka aib seorang yang telah meninggal dunia? Pada aku blogger tersebut sangat keterlaluan. Hormatlah perasaan keluarga arwah yang baru kehilangan anak mereka. Biarkanlah Allah menghakimi arwah. Kita tak layak sebab kita sesama hamba-Nya. 

Sekali lagi kita semua sebagai blogger, perlu menjaga adab, tatasusila serta setiap butir kata yang kita tulis pada blog kita. Jangan sakiti hati orang lain. Hormatlah mereka. Yang paling penting, jangan sesekali membuka apatah lagi menyebarkan aib orang lain. Sebagaimana Rasulullah pernah berpesan: 


Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..

Aku sangat-sangat insaf dengan perkara yang berlaku pada arwah dan mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat. Sesungguhnya kematian itu pasti dan salam takziah dari aku buat keluarga Mohd Ashraf Hafiz. Al-Fatihah.



p/s: Maaf, aku tak akan bagi link post blog tersebut. Supaya aku tak dapat share 'dosa' blogger itu. Moga dia  menyesali perbuatannya.

24 comments:

  1. Allah lebih menyayangi beliau....

    al-fatiha....

    ReplyDelete
  2. doakan yg terbaik untuk dia..takziah bt keluarga beliau

    ReplyDelete
  3. hah? dah meninggal ke..?? baru tadi bace pasal dia masuk ICU..

    innalillahwainna'ilayhiraji'un..

    ReplyDelete
  4. kita manusia tak layak nak mencerca & melaknat manusia lain (walaupun orang tu kafir) selagi dia belum dapat hidayah dr Allah, ni apatah lagi islam..kemungkinan nyawanya ditarik awal untuk dielakkan dosa yang berterusan..wallahualam ;)

    ReplyDelete
  5. ada hikmah atas pemergian arwah.
    Allah tak mahu kita bising2 lg pasal dia.
    hanya Allah yg berhak menghukum dan tahu apa yg terbaik untuk arwah.
    kita pun tak boleh nak cakap arwah tu bersalah ke tak kan.

    semoga permergiannya dicucuri rahmat :")

    ReplyDelete
  6. semoga menjadi iktibar kpd yg lain..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Moga Allah cucuri rahmat ke atasnya

    Innalillahirajiun...

    ReplyDelete
  8. setuju sgt.semoga memberi iktibar kepada semua. :)

    ReplyDelete
  9. setuju dgn entri awk, biarlah Allah yg mengadili segala perbuatannya..kita sebagai manusia ambillah iktibar..

    takziah untuk keluarga arwah, al-fatihah..

    ReplyDelete
  10. Agreed!

    Yang baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  11. terkejut dgn pemergian arwah..

    semoga arwah dicucuri rahmat..


    al-fatihah

    ReplyDelete
  12. Innalillah buat arwah Ashraf.

    ReplyDelete
  13. betul2. setuju ckp owner blog. kita tak seharusnya kutuk malah kita doa mge roh arwah dicucuri rahmatNYA~ :)

    ReplyDelete
  14. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  15. kak izan setuju sgt dgn entry ni, apa2 pun yg arwah pernah lakukan dulu...itu dah jadi urusan dia dgn Allah... moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah...

    dan kita yg hidup ni kenalah amik iktibar kan...sbb syurga tu blm pasti milik kita...

    ReplyDelete
  16. betul2..saya sokong..takziah buat keluarga arwah..

    ReplyDelete
  17. @Farhan Zukri: rasanya tau blogger mana. agak bersetuju dengan kenyataan dia, kita mesti mengkeji perbuatan transexsual tapi bukan orang yang melakukannya. rasa terdapat salah faham kot

    ReplyDelete
  18. al fatihah...apa yg berlaku adalah urusan die dan ALLAH..kita tiada hak untuk menghukum dia...ambil lah iktibar..(^_^)

    ReplyDelete
  19. alfatihah.. kita sebagai manusia biasa tak layak nak judge orang laen macam tu.. lebih2 lagi yg da meninggal dunia.. itu urusan antara dia dgn Allah SWT..

    ReplyDelete
  20. innalillah..sedih aku baca kisah mohd ashraf ni..bagi aku orang mcm ni tak bermasalah pada masyarakat rather than golongan2 berkenaan..sekali lagi al fatihah

    ReplyDelete
  21. Salam

    Al-Fatihah buat Ashraf@Aleesya, siapalah kita untuk menghukum insan lain.. hanya Allah yang berhak mengadili mereka, moga orang yang mencerca itu insaf dan kembali merenung pada kesalahan diri...

    ReplyDelete
  22. al-fatihah buat beliau. baru tahu beliau mggal. betul kata cik nini. biar Allah SWT yang menentukannya.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork