Salam semua
Kalau kita tengok pada produk kecantikan hari ni, rata-rata mesti akan sediakan produk untuk mendapatkan kulit yang cerah dan putih. Malahan, ramai perempuan sekarang yang mendambakan kulitnya cerah sedangkan pada hakikatnya kulit orang Asia adalah berwarna Light Brown. Kadang tu, make up putih-putih sampai jadi kelabu muka tapi leher dan tangan warna coklat. Ha kan pelik tu!!!
Aku terfikir, apa sebabnya orang dok gila sangat nak kulit putih ni? Kulit coklat, light-light tanned gitu ok ape. Cun jugak? Adakah mereka yang berkulit gelap itu tak menawan? Tak cantik? Bukan kah bidalan Melayu ada menyebut "Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis". Tak pernah pulak aku dengar bidalan mengenai orang yang berkulit cerah atau putih melepak ni. Korang ada dengar???
Kajian sains membuktikan bahawa mereka yang berkulit cerah mempunyai risiko 10 kali ganda lebih tinggi untuk dihidapi barah kulit akibat sinaran UV matahari berbanding mereka yang berkulit gelap. Faktor utamanya adalah kerana kekurangan melanin pada kulit yang berfungsi untuk menepis radiasi sinar UV. Juga untuk pengetahuan korang, jika di Barat, mat-mat dan minah-minah salleh yang putih melepak semua tu sangat menginginkan tona warna kulit orang Asia malahan mereka menganggap bahawa tona kulit orang Asia sebagai satu GIFT FROM GOD! Mereka sanggup berjemur di bawah terik matahari, pergi ke salon untuk tanned kan warna kulit semata-mata ingin melindungi diri daripada barah kulit. Tapi terbalik pulak halnya dengan orang kita yang sanggup buat apa sahaja asalkan kulit cerah dan putih. Hinggakan negara pernah dikejutkan dengan kosmetik yang menggelupaskan kulit dan menyebabkan lapisan kulit menipis dan menjadi merah macam udang dibakar.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan pemberian Allah dan sebaik-baik pemberian itu adalah satu nikmat yang tak terhingga. Tak guna kalau kulit je putih dan bersih tapi hati kotor. Lebih baik kalau kita putihkan hati dulu kan??? Tak kisah lah kita orang putih ke, hitam ke, yang penting kita orang Malaysia kan?
*p/s : tak de kaitan dengan Bersih 2.0 & hati-hati memilih produk kecantikan.
*p/s : tak de kaitan dengan Bersih 2.0 & hati-hati memilih produk kecantikan.
19 Inspirasi Dari Pembaca
kalo hitam manis
ReplyDeletettp cantik kan..
Entri Terkini = Wordless Wednesday #4
Sebenarnya tak kisah kulit gelap atau cerah, asalkan dah semulajadi cantik. Dah kalau muka tu memang tak cantik(taknak guna perkataan hodoh, macam hina sangat), cerah macam mana pun tetap tak cantik. So jadi neutral je, dah cukup :)
ReplyDeletesuka kulit yg sihat...tak kisahlah warna ape...
ReplyDeletelike post kali ni.. manusia ni kan xpenah bersyukur.. bila dh ada, still xpernah puas. kadang2 smpai xtau ape effect dia.. so be ur self itu lebih baek.. dan setiap ciptaanNya itu cantik.. cuma kita je yang kena jaga kecantikan yang dah ada.. means bukan dr segi cantik luaran tapi dalaman jugak kan.. :) dont ever feel like u are the most ugly people in the world. betul tak kan? Semua manusia cantik.. :)lastly kalau cantik luar tp dalam tak cantik xleh gak.. like u said just now.. putihkan hati dulu, bila hati putih luar pun nampak putih dan cantik.. yeah!
ReplyDeletehey agreed with ure post.
ReplyDeletebetul tu , bersyukur jela dengan apa yang kita dah ada :)
ReplyDelete*saya gelap , hihi
Tapi ramai orang lebih suka putih kan? itulah kenyataannya :D
ReplyDeleteBenci masa kecik2 dulu org ejek gelap = =
like this entry! ^_^
ReplyDeletedunia memang macam tu . manusia takkan pernah ada yang puas :)
ReplyDeletebeyonce kulit hitam lawa je aku tengok
ReplyDeletekikiki
Yang penting hati..
ReplyDeletebudi pekerti dan.........nilai-nilai dalam sanibari..
tak kira bangsa agama mau pun darjat
yg penting taste orag lain .. kdg2 ade yg suke hitam2 manis .ade yg suka putih .. ade yg suka putih melepak mcm korean .. haha ^^
ReplyDeleteKalau macam tu saya nak jadi hitam lah. Hitam kan manis :) #tak reti bersyukur.
ReplyDeletemase sy sekolah dulu orang yg kulit cerah @ putih neh yg selalu kene sakit kulit/kurap,,huhu
ReplyDeletegelap itu menawan, :)
ReplyDeleteAde je bidalan utk kulit putih tapi bahasa orang putih la. "As white as the dead/ghost" (putih seperti orang mati/hantu). Hik3
ReplyDeleteAde je pepatah utk kulit putih tapi bhasa omputih la. "As white as the dead/ghost" (putih seperti orang mati/hantu). Hik3
ReplyDeleteAde je bidalan utk kulit putih tapi bahasa orang putih la. "As white as the dead/ghost" (putih seperti orang mati/hantu). Hik3
ReplyDeleteAde je bidalan utk kulit putih tapi bahasa orang putih la. "As white as the dead/ghost" (putih seperti orang mati/hantu). Hik3
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!