Saturday, July 9, 2011

BFF Korang Lelaki? Bukannya masalah...

Salam semua

Ok, actually someone asked me macam mana aku boleh bertahan kawan dengan lelaki sedangkan lelaki tu kan sifatnya ganas dan kurang kepekaannya. Maklumlah lelaki ni kata orang kalau gurau tu gurau kasar. Kalau pukul tu, pukul betul-betul. Jadi macam mana aku seorang perempuan yang lemah lembut *sila lempang* boleh bersahabat baik dengan ramai lelaki?


1. BETULKAN PERSEPSI KORANG MENGENAI LELAKI
Seperti perempuan, lelaki juga ada hati dan perasaan. Malahan kadang-kala sikap kepekaan seseorang lelaki adalah lebih tinggi berbanding seorang perempuan. Cuma, lelaki jarang menonjolkan sikap tersebut kerana bimbang digelar penyibuk atau busy body. Jadi, jangan sewenang-wenangnya meletakkan gelaran pada lelaki bila kita bersahabat baik contohnya 'penyibuk', 'gatal miang mengenyam' atau pun 'lelaki tak guna'. Bukan mereka tak peka atau terlebih peka cuma mereka play safe. Sebagai kawan, kenali perangai lelaki adalah lebih baik!


2. ELAKKAN UNSUR-UNSUR CINTA DALAM PERSAHABATAN 
Seterusnya, cara yang aku gunakan untuk mengekalkan persahabatan akrab dan kamceng dengan lelaki adalah dengan mengelakkan unsur-unsur perasaan cinta dalam bersahabat. Aku tak nafikan, kadang kala bila seseorang lelaki akrab dan mengambil berat perihal diri seorang perempuan, tanpa disedari kita sebagai perempuan sangat mudah jatuh hati dengan sikapnya. Tapi kita perlu beringat, bila kita telah diterima sebagai seorang sahabat amatlah sukar untuk merubah perasaan kepada seorang kekasih melainkan jika ditakdirkan. Malahan, jika kita sebagai seorang perempuan kelihatan seperti telah jatuh cinta, secara tak langsung sikap gedik dalam diri tu akan keluar. Bila dah gedik, lelaki memang tak suka ok!


3. HATI KENA KERAS, TELINGA KENA TEBAL
Yang ketiga dan pada aku ini adalah yang paling mustahak. Mereka yang nak bersahabat baik dengan kaum lelaki harus memiliki telinga dan hati yang kental. Macam yang aku pernah mention kat atas tu, lelaki ni kan kasar sikit. Jadi kalau bergurau tu, takde yang jenis lembut-lembut ni. So, korang janganlah cepat terasa hati pulak bila kawan lelaki korang bergurau. Sebab lelaki tak suka perempuan yang cepat merajuk ni. Tunjuk sikit jiwa kental tu. Lelaki senang berkawan dengan mereka yang bijak mengawal perasaannya.


4. AMBIL PUSING  HAL LELAKI
Kalau dah nama lelaki, cerita yang biasa diborakkan mestilah pasal bola, kereta, politik sikit. Jadi, bagi mengelakkan kita jadi 'kera sumbang', apa kata kalau kita pun amek  port cerita-cerita lelaki ni. Barulah boleh lepak sama. Elakkan gossip-gossip tentang si fulan atau artis-artis ni. Kalau dengan kawan perempuan boleh lah, tapi lelaki tak layan sangat bab gosip. Pada mereka gosip dan cerita panas ni sekadar benda remeh temeh!

5. JAGA MARUAH & PERIBADI
Bila kita berkawan baik dan rapat dengan lelaki, memang akan banyak timbul spekulasi dan akan banyak juga mata yang memandang. Lebih-lebih lagi jika kita kerap bersama dengan kawan baik kita tu kan. Bak kata orang, dah macam belangkas. Jadi aku nasihatkan supaya kita sendiri sebagai perempuan haruslah jaga maruah dan peribadi diri kita supaya orang lain tak pandang negatif pada perhubungan kita. Lepas tu, jaga jugak batas-batas pergaulan. Bukan apa, kita kena beringat lelaki tetap lelaki. Nafsunya adalah satu! =)



16 comments:

  1. aku suka bff aku brlainan jantina.. tp for now, she's not with me, his bf forbid her from stay close to me.. :(

    xpe la, rmi lg gadis2 luar sana :D

    hantu di twitter http://eleventx.blogspot.com/2011/07/hantu-di-twitter.html

    ReplyDelete
  2. bagi ca'ah sendiri,kawan dengan lelaki lagi best sbb tak payah nak pretend good good. Lagipun lelaki ni takdak la nak sentap sentap bagai kalau kita tersalah cakap kan.

    ReplyDelete
  3. haha dulu ada.tp bila dia da couple,
    awek dia jles kot. then lost contact
    ah.kwn ke tu? tp last2 dia pts gak
    dgn awek dia, iqa mmg x layan ah
    pangai kalau da sorg br cri mber ni. hahha

    ReplyDelete
  4. bff dengan lelaki lagi best sbenar nyer kan.. x bnyk sgt ragam nyer.. cuma nak elakkan percintaan dalam persahabatan uh memang agak sush.. kena kuat2.. ^_^

    ReplyDelete
  5. kawan dgn lain jantina ag best coz dowg honest
    bkn certain2 kwn pompuan yg ske tikam blakang (:

    ada baik , ada buruk , tu jep ;D

    ReplyDelete
  6. Orang salah baca. Ingatkan "hati kena keras, telinga kena BEBAL"
    Mintak maaf -.-

    ReplyDelete
  7. hai in, slm kenal.. aten pun ada sorg BFF lelaki, he's very honest, caring jgn ckp la.. ramai je yg slh fhm dgn hbngan ktorg, but now he's married & our r/ship masih kekal mesra mcm dulu, siap jd Bestfren dgn wife dia lg.. :)

    ReplyDelete
  8. hahaha..dulu aku pon ade BFF berlainan jantina..ok gak kwn ngan dia..besh tp jd tak seronok bile tetibe lak BFF aku tu berperasaan lak ngan aku...so, mmg takleh terima la..skrg, no more BFF berlainan jantina..tenkiu..huhuhu..=P

    ReplyDelete
  9. kite pernh gak ade bff laki..share byk cter kot..last2 awek die cmburu buta lak..so,putus hubungan terus la..

    die pilih awek dr kawan..xpe la kan..

    ReplyDelete
  10. selalu hal neh orang pandang asl kwn jewk laen jantina kapel,,tak twu bile persepsi mcm tuh akn berubah,,tak salah rase nye brkwn,,tp akn jd masalah bile masing2 tuh ade psngn,,mule lah cemburu tak bertempat,,x buleh dekat lah ape lah,,yg lebih parah kalau kite kenal kwn kite lebih lame dr kenal psngn,,tup2 psngn kate jgn rapat2 lg,,huhu

    ReplyDelete
  11. sy pon ad bff opposite gender...xperlu nk hipokrit...xperlu nk touching2 sgt...even jrg contact n jauh coz kolej lain2,tp friendship 2 tetap kuat...if ad prob,ad tmpat nk luah...alhamdulillah,soal perasaan x penah timbul =)

    ReplyDelete
  12. well.. sy lagi prefer kot kwn dgn lelaki.. sbb kalau dgn lelaki, lagi sng nak communicate..tak pyh nak cover ckp sgt..

    not to offense jantina sendiri, tapi kalu perempuan ne susah sket.. kalau jenis sensitif tak bertempat, emo sana sini, mmg susah laa..

    kalau lelaki, asal tau nak jaga batas, then the friendship will still go on even tak keep in touch sgt.. lgpun, ble nak korek2 rahsia psl lelaki ne sket2..

    ReplyDelete
  13. Yesss onie sokong nanieeee..actually onie suka berbff kan lelaki selagi ada batasannya...sape yang berkawan rapat dengan lelaki atau berlainan jantina mungkin dorang tahu macamana situasi tu ;)

    ReplyDelete
  14. suka bff dengan arbok dgn gay boy

    ReplyDelete
  15. tiada unsur bff dgn lelaki...kdg2 tkut lelaki menaruh harapan dalam diam....bff ni xde rhsia so kdg2 die gna rhsia bff die utk kpentingan diri....better jgn bff dgn lain jantina

    ReplyDelete
  16. mohon share terjadi dekat sy....mkwe sy ada bff lelaki....byk rhsia psl sy yg die thu...die gnakn rhsia tu untuk pisahkn sy dgn mkwe sy...sbb die menaruh hati dekat mkwe sy...hti2 nak jdikan seseorang tu bff

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork