Friday, July 22, 2011

Geli Ah Dengar Suara Luahan Cinta Kat Radio!

Salam semua


Wei korang, korang penah dengar tak segmen kat radio yang malam-malam tu. Segmen luahan perasaan cinta tu. Aduh, menyampah lah aku dengar luahan hati yang gedik-gedik ni. Siap buat suara manja ala ala romantik kat radio. Buat bunyi muah-muah lagi. Hoi... kau bagi aku nightmare lah! Kalau kau nak luahkan perasaan cinta kau tu, kau call je lah terus laki kau tu. Jangan call radio! Buat orang nak muntah lah.

Lagi satu hal, ada jugak yang lebih berani buat pengakuan yang dia dah jatuh hati dengan lelaki lain sedangkan diri dah jadi bini orang. Apa punya jenis isteri lah kau ni. Tak malu ke kau buat pengakuan yang kau curang tu kat radio. Mungkin kau fikir, orang tak nampak muka kau jadi kau tak malu sangat tapi ingatlah dan malu lah pada Yang Maha Mencipta. Bertaubatlah. Jangan jadi isteri curang. Tak cium bau syurga tau.

Inilah yang dinamakan dunia akhir zaman, manusia semakin kurang sifat malu dan merasakan dosa itu sebagai satu perkara biasa. Nauzubillah. Semoga kita tidak tergolong diantara mereka.



p/s: yang telefon dan meluahkan perasaan adalah perempuan. adakah ini bermakna perempuan memang jiwang karat, tangkap leleh?

8 comments:

  1. pernah dengar. memang menggelikan. kadang-kadang terfikir diorang ni tak tahu malu ke. macam-macam perangai manusia.

    ReplyDelete
  2. macam2 karenah manusia sekarang ni..nak cakap pon xthu nak ckp cemane..ishh

    ReplyDelete
  3. pernah jugak terdengar...pastu takmo dh dengar..:P

    ReplyDelete
  4. betoi2. tambah2 kalo yang pmpn. alahai kite masih kene jage adab sbgai sorg wanita. perasaan malu itu wajib ada. mcm2 org skrg ni.

    ReplyDelete
  5. ahhhh betol lah. tambah geli dgr suara DJ lelaki yg baca msg2 jiwang tuh..ahhh nk muntah! selalu bising2 kt suami ckp gelinyaaa gelinyaaa suara DJ tu. hehe...

    ReplyDelete
  6. serius geli. mcm desperate dan sedih sangatla. kalo tak tahan sekali dgn DJ2 pun naik gak. punyela feel

    ReplyDelete
  7. betul2..rasa nak termuntah bila dgar luahan cinta dkt radio..mcm nak terkeluar usus ja..huhuhuhu..romantik bila berdua-dua dah la (tapi,untuk yg dah kahwin..yg belum,jgn gatal2 nak buat cam tu..nanti kena cop berkhalwat)..jgn la bg tau dkat radio...huhuhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork