Friday, July 15, 2011

Hantar Sihir & Ilmu Hitam Melalui Gambar di Facebook. Boleh ke?

Salam semua

Tadi aku berkesempatan tengok rancangan Wanita Hari Ini. Topik yang dibincangkan kali ni pada aku agak menarik sebab ramai orang mengambil mudah perkara ni iaitu mengenai Panahan Gangguan. Ingat, jangan perlekehkan mesej yang aku nak sampaikan kali ni, sebab benda ni berlaku betul-betul dan janganlah kita menidakkan kewujudan jin dan syaitan dengan alasan khurafat sedangkan mempercayai benda ghaib itu sebahagian dari Rukun Iman kita.


Baiklah, mengenai panahan gangguan ni, tanpa kita sedari sebenarnya sihir dan ilmu hitam boleh dihantar kepada kita hanya melalui tenungan mata sahaja. Malahan jangan terperanjat jika dikatakan bahawa hanya melalui gambar di internet seperti Facebook, blog, majalah dan sebagainya boleh menyebabkan kita menerima gangguan daripada jin dan syaitan. Kalau korang tak percaya, korang boleh baca petikan ini. Hasil daripada kajian dan google aku sebentar tadi...

Kawan/sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI ( Universiti Penguruan Sultan Idris). Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.
Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.

Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman “FACEBOOK”. 

Sahabat saya menyuruh JIN meninggalkan badan muslimah itu. Kemudian ibu bapa pelajar itu datang untuk bawa berubat di kampung halamannya. Mudahan pelajar itu cepat sembuh. Semoga pembaca budiman dapat ambil pengajaran daripada pengalaman perubatan Islam ini. Berhati-hati memuat naik (upload) gambar di laman web sama ada FB, MS, Twitter dan seibu bapanya. Semoga Allah lindungi kita dari syiatan yang dilaknat dan kita janganlah mencari penyakit. 

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

“Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaaan”

Maka, kita semua perlu berhati-hati. Jangan sewenang-wenangnya nak upload gambar di Facebook, blog, YM dan bagi MMS pada orang yang tak dikenali. Maklumlah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Dan sebentar tadi, ustaz kat WHI tu ada bagi beberapa tips untuk elakkan diri kita terkena sihir melalui pandangan. 

  • Jika hendak upload gambar di FB, Blog etc. jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan di dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir di tubuhnya". 
  • Sekiranya  keadaan memerlukan gambar kita yang mempamerkan seluruh badan contohnya untuk interview, lubangkan sedikit mana-mana bahagian pancaindera contohnya lubangkan di bahagian kaki supaya sihir tersebut sukar dihantar. 
  • Amalkam membaca doa ini yang mana Rasulullah ajar jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut : 


p/s: Jangan terlalu taksub dengan pujukan alam maya!
Categories , , , ,

29 doakan aku jadi lawyer:

liyana on July 15, 2011 at 2:06 PM said...[Reply to comment]

thanks for sharing... nak copy eh.. :)

mySara on July 15, 2011 at 2:24 PM said...[Reply to comment]

tuna rumah..
nak mintak link cerita dr google yg awak dapat tue. boleh?
nnt bg kat shoutbox ye. tahnks~ :)

Nana on July 15, 2011 at 3:00 PM said...[Reply to comment]

banner apa yg xbole klik ek?

jom join

http://ibudamia.blogspot.com/2011/07/july-giveaway-vote-win.html

khairul akmal azman on July 15, 2011 at 3:31 PM said...[Reply to comment]

info yg menarik..hehe

myezatul aQma on July 15, 2011 at 3:53 PM said...[Reply to comment]

wah...
kebayakan antra kita ni tahu,tp terlalai pulak msa ltak pic

siti suraya on July 15, 2011 at 4:55 PM said...[Reply to comment]

erm , risau jugak dengan perkara macam ini kan ? lalu gmbar je da bole buat sihir . aish , so kena la berjaga2 . tenkiu bgi informasi ! (:

anis.farhana on July 15, 2011 at 5:38 PM said...[Reply to comment]

wow nice info. scary betul dunia sekarang ni :)

Alfi on July 15, 2011 at 7:03 PM said...[Reply to comment]

trima kasih..~~
info yg sgt berguna..~~ >.<

:: alwanPelangi.com ::

Nisa Si Gadis on July 15, 2011 at 7:05 PM said...[Reply to comment]

mcm tu pown bole . ish dasyat la zaman skunk kan . hoho kena larh berhati-hati . selain kaki , lubangkan kat leher pown bole kan ? kalo x silap nisa la . btw tengs ur information :)

Puteri Iqa Izyan on July 15, 2011 at 8:55 PM said...[Reply to comment]

wah. via facebook pon boleh. haih~mcm2 la org zaman skang..

◕‿◕ mrs.Kim Joon on July 15, 2011 at 10:41 PM said...[Reply to comment]

=.= tak sangka dengan teknologi pon dah boleh hantar .seram lah .

eZa on July 15, 2011 at 11:33 PM said...[Reply to comment]

thankz 4 information k..nk share bleyh~(:

Nur_Farah on July 16, 2011 at 4:14 PM said...[Reply to comment]

salam..thx..info yg membantu diri agak lebh berhati2 dlm upload gmbr di lmn sosial ^_^

tomato on July 16, 2011 at 10:05 PM said...[Reply to comment]

waa takotnye .. huk

tengs sharing sygs ^^

Nini Hartini on July 25, 2011 at 7:58 PM said...[Reply to comment]

Alhamdulillah...mmg amalkan doa tu tiap2 hari dgn student.. bahaya betul ye letak gambar sepah2 ni. kt blog sy pn byk je gambar full 1 badan. adeh~

ana aqilah on August 2, 2011 at 7:38 PM said...[Reply to comment]

pkai FB pon boley...?
ish2....dunia2....

chikicicok on August 3, 2011 at 6:21 AM said...[Reply to comment]

wah, nice info!^^
bahaye kan sekarang.
fb pon jadi -____-"

ape2 pun xboley. isk

cik wan on August 5, 2011 at 12:33 AM said...[Reply to comment]

wah sangat takut! info terbaekkk...

SueRiaNie on August 7, 2011 at 1:40 AM said...[Reply to comment]

ini contoh org yg guna sihir di fb....jom baca

http://ceritahotkedaikopi.blogspot.com/2011/07/sihir-di-fb-isteri-jadi-mangsa.html

アヌムちゃん on August 15, 2011 at 3:43 AM said...[Reply to comment]

thanks for sharing..bagus info ni..lepas ni kne berhati2 la upload gmbar.isk2

Nida on August 15, 2011 at 7:22 AM said...[Reply to comment]

Salam..

Ya Allah.... macam-macam cara Syaitan nak menyesatkan manusia ye... Takut pula Kak Nida baca ni, sebabnya FB akak ni dahlah penuh dengan gambar-gambar keluarga..

Terima aksih Innanie kerana mengingatkan. Terus terang akak bagitahu ini first time akak tahu dan ia amat mengejutkan...

cikcahya on August 15, 2011 at 10:46 PM said...[Reply to comment]

thanks 4 info.
mintak2 la jauh dri ilmu hitam ni.
tgk makcik cahya kena. xtaw nak ckp mcm mana.

IEQAH on September 13, 2011 at 1:57 PM said...[Reply to comment]

tuelaa kena ntapis gambar..yg ieqah isau gmbr kat blog jugak ;;:(

Ms Fai on January 9, 2012 at 4:19 PM said...[Reply to comment]

jln sini terjumpa pulak entri ni. sgt3 berguna. thanks innanie ;)
syaitan ni akn gunakan ape jer nk sesatkn manusia... kte sbgai manusia ni tak blh leka, ni jg sebagai peringatan untk diri sendiri...

Tweeny on February 7, 2012 at 5:08 PM said...[Reply to comment]

Bestlah blogg nii :D

Anonymous said...[Reply to comment]

Saye pn salah sorang yg terkena... Sihir di alam maya... Dengo mmg lawak tp bukan coobaan... So saya da block semua gambo.. Alhamdulilah jugak terkena mcm nie at least buat saya lebih dekat dgn Nya... ASTQFIRULLAH ROBBAL BAROYA... ASTAQFIRULLAH MINAL FOTOYA.. :-D

Ieta Mat Sa'ad on December 14, 2012 at 3:33 AM said...[Reply to comment]

sbb tu la sy tak berani ltk gambar... trm kasih ats info :)

maria on March 15, 2013 at 4:45 PM said...[Reply to comment]

thanks infonya......

maria on March 15, 2013 at 4:46 PM said...[Reply to comment]

thanks infonya

myfreecopyright.com registered & protected
 

Blog Coklateyes Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!