Tuesday, July 26, 2011

Harap Kereta Je Mahal, Tapi Drive Macam Haram Jay!

Salam semua

Tadi mood aku kembang bak kembang semangkuk kan tatkala aku serang secara kasar dengan tuan blog Liyana Lunia tapi my mood change extremely bila aku nak tulis entry kali ni. Aku rasa ramai je yang berdepan dengan situasi yang aku alami ni. Lagi-lagi kalau kat KL tu. Melambak!




Aku tak tau lah, memang ego ataupun trend. Tapi apa yang aku perasan. Bila seseorang drive kereta besar-besar likes BMW, Mercedes, Audi etc. dia rasa macam jalan tu jalan bapak dia! Haa kan dah keluar ayat power aku. Geram nieh!!! Sungguh. Aku memang tak boleh blah dengan mana-mana orang yang gebang. Jalan tengah-tengah bila drive kereta mahal sikit. Wei, kereta gua pun mahal apa beb. Gua pun bayar road tax tau. Mentang-mentang road tax kau besar, kau conquer jalan tu. Mana kau belajar. Kau amek lesen terbang ek dulu? 

Ni semua gara-gara tadi ada 4-5 bijik kereta *bajet mahal sepanjang aku drive Kluang-Batu Pahat yang bawak tak de hala tuju. Sekejap kiri, sekejap kanan. Dah lah merbahayakan orang lain, pastu buat muka tak tau je. Sedangkan kereta kat belakang dah berderet nak laju. Ceh! Memang muka tembok lah! Aku rasa nak lempang je sekor-sekor. Takde langsung sikap tolak ansur. Kita kena consider lah sikit. Kalau nak bawak slow, duduk lane kiri. Jangan bantai dok lane kanan je. Orang lain nak cepat kot. Ada urusan. 

Pada aku, tak kira lah korang bawak kereta apa sekalipun kereta api, korang keraplah perhati cermin pandang belakang dan cermin sisi tu. Jangan dok syok sendiri drive bajet laju padahal duduk lane untuk potong. Tanamkan sifat tolak ansur dan prihatin pada orang lain jugak. Mentang-mentang kita rasa kita 'besar'  kita bajet hebat. Tak bagus tu. Mana tau, orang lain tu ada hal yang penting untuk diuruskan. Kan teraniya orang tu. Kesian dia. Moga kita semua jadi pemandu yang berhemah di jalan raya tanpa ada sebarang diskriminasi terhadap jenis kereta! Drive carefully. 



p/S:  aku bawak AUDI Q7, aku tak gebang weh! Believe me....& tak semua pemandu kereta mewah macam tu ye contohnya aku lah kan.. hahaahah *doakan aku! 

6 comments:

  1. kalo ayie..perghh mwmang menyirap ahkan orang mcm gitu..perlu fikir orng lain juga

    ReplyDelete
  2. tulah orang perasan keto beso padahal same size je pun..dah mmg sikap dorang camtu kot..

    ReplyDelete
  3. hihi. btul tu sangat. yela bila dah kete mewah ni mula la nak bangga diri. :)

    ReplyDelete
  4. kna byk sbar atas jlan raya.. kita kne fham dgn pemandu lain. maybe dia bru nk blajar memandu pkai keta mahal ke..hahaha. -__-"


    -->Ramadan: Allah IS MOST MERCIFUL & COMPASSIONATE!

    ReplyDelete
  5. agree sgt2...nk2 klau kite drive kete kecik, dorg tgk kite pn mcm kecik je kan..klau blh dorg mcm nk lggar2 je kite ni bg msuk longkang...adeihhhh...

    ReplyDelete
  6. aiyoo...cik firah pon penah gk alami situasi ni...
    yg bwk lintang pukang pon ade....yg bwk slow mcm siput pon ade....
    ye la...dh keta mhl tp bwk around 30 km/jam....sape x naik hangin an...?huhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork