Wednesday, July 13, 2011

Kisah Lucu Antara Telur dan Kelapa!!!

Salam semua

Ada satu kisah lucu yang berlaku depan mata aku semalam. Cukup menggelikan usus perut aku. Senyum aku sorang-sorang bila mengenang balik peristiwa semalam. Bila aku cerita pada sedara mara aku, dorang pun gelak guling-guling. Kisahnya begini...


Semalam lebih kurang pukul 3 petang tu, aku bukak gate depan rumah nak reverse kereta kan. Dari jauh aku ternampak seorang budak lelaki yang botak dan berkulit hitam tengah laju mengayuh basikal. Sambil tu, aku tengok mulut dia terkumat kamit. Aku tunggu dia dekat sikit, nak dengar apa dia dok membebel sorang-sorang. Oh....rupanya tengah menghafal barang yang dipesan maknya. "Telur sepuluh bijik, kelapa sebijik, telur sepuluh bijik, kelapa sebijik." diulang ayat tu banyak kali. 

Aku pulak yang tak berniat pun nak buat jahat, saja tegur budak tu.... " Dik, dua barang je lah!!!" budak tu toleh sekilas than terus dia cakap " Telur sebiji, kelapa sepuluh bijik...telur sebijik, kelapa sepuluh bijik..." daaaaaaaaaaanngggg!!!! alamak...dah terbalik dah budak ni cakap. Macam mana tu? Mampus balik rumah kena marah dengan mak dia. Tapi budak tu menonong je laju bawak basikal... hehehe nasib kau lah dik. 

Sumpah aku gelak sangat bila ingat benda tu. Aku tak niat pape pun. Cuma nak bergurau je. Kesimpulannya, jangan menghafal sangat.... tapi fahamkan! =)

1 comment:

  1. tak baek la awak ni..! tak pasal2 budak tu kne marah ngan mak dia nnt...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork