Monday, July 11, 2011

Pelihara Sperma Anda, Wahai Kaum Adam!

Salam semua

Kali ni bukan entry lucah yang aku nak share dengan korang semua, tapi as usual aku nak share something useful untuk kita di masa hadapan dalam melahirkan generasi yang terbilang. Semua di antara kita pasti mengimpikan kehidupan berumah tangga yang bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah kan? Untuk mendapatkan anak-anak yang baik serta berkualiti memerlukan genetik yang baik dari kedua ibu dan bapanya. Namun, kita selalu berpendapat bila zaman remaja ni tak kisah lah nak buat apa, nanti bila dah kahwin ubah perangai sikit baru anak pun jadi baik. No! Salah pemikiran sebegitu. 


Masa aku form 6 dulu, salah seorang cikgu sejarah aku selalu mengingatkan kaum lelaki terutamanya, untuk menjaga peribadi, pemakanan dan pergaulan sejak di usia remaja lagi. Sebenarnya, penghasilan benih yang baik bermula ketika kita muda remaja tu lagi. Kemana sahaja langkah tuju kita, fikiran kita, agama dan budaya kita diadaptasi kepada benih kita sejak kita akil baligh. Seperti yang kita ketahui kan, sperma manusia mengandungi DNA yang berfungsi untuk menyalurkan genetik bapa kepada zuriatnya. Dan kaum perempuan pun sama. Kita kena jaga peribadi dan akhlak. Kalau benih bapanya elok, tapi campuran atau tempat tersimpannya benih tersebut kurang elok juga tak berguna.

“ Hai sekalian manusia,bertakwalah kepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan istrinya dan dari pada keduanya Allah memeprkembangbiakkan laki2 dan perempuan yang banyak.Dan Bertakwalah kepada Allah dengan mempergunakan namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silatuhrahim, sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”( Anisa’ 1)

Jadi, jika kita semua menginginkan zuriat yang soleh dan solehah, bijaksana, cantik dan comel peribadi dan akhlaknya, bentuklah diri kita dari sekarang. Jadi insan yang baik dan berguna. Jangan pulak nanti, bila zuriat kita kurang berkualiti, kita menyalahkan takdir seolah-olah Allah itu tidak adil dan kejam sedangkan hakikatnya diri kita sendiri perlu diperbetulkan. Jangan lupa pada peribahasa Melayu " Bagaimana acuan, begitulah kuihnya!" 

4 comments:

  1. betol tu..
    pelihara tingkah laku dr awal..

    ReplyDelete
  2. betol !! jgn mngamuk bila anak x berapa nak soleh kalau diri sndiri x jaga.. nice entry :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork