Monday, July 18, 2011

Rawatan Kecemasan Jika Korang Keracunan Makanan!

Salam semua

Aku baru je sembuh daripada keracunan makanan. Alhamdulillah, lepas jumpa doktor dan makan ubat semuanya kembali normal. Memang sakit sangat bila perut memulas akibat keracunan makanan. Bukan tu jer, lagi tambah teruk bila muntah-muntah & cherry berry! So, kat sini bila dah pulih aku nak share sedikit rawatan asas berkaitan keracunan makanan sebab keracunan makanan memang selalu terjadi kepada kita semua tanpa disedari.


Pertama sekali kita kena kenal pasti apa ciri-ciri keracunan makanan :

1. Mangsa merasa loya dan sering muntah
2. Perut mangsa akan sakit dan memulas
3. Kadang kala mangsa akan mengalami demam dan dehidrasi
4. Cirit birit yang teruk akan berlaku kepada mangsa

Bila terdapat tanda-tanda macam tu, ada beberapa pertolongan cemas yang boleh kita berikan kepada mangsa keracunan makanan. Tapi sebelum tu, kita kena check balik apakah makanan atau minuman yang dimakan oleh mangsa beberapa jam atau beberapa hari sebelum tu. Sekiranya, mangsa keracunan makanan bukan disebabkan makanan laut, contohnya macam aku adalah akibat minuman bersusu, antara rawatan mudahnya ialah: 



  • Berhenti makan/minum bahan tercemar tersebut.
  • Minum banyak air supaya kita tidak terdehidrasi yang boleh membawa kepada demam
  • Minum minuman yang ada kultur hidup Laktobasilus Asidofilus seperti Vitagen
  • Ambil ekstrak buah anggur contohnya minum Ribena
  • Bagi menggantikan elektrolit akibat cherry berry & muntah, kita boleh buat sendiri air garam tu dengan cara kacaukan segelas air suam dengan 1 sudu teh garam dan 4 sudu teh gula
  • Sekiranya kita sedang mengembara di tempat yang dilaporkan kes keracunan makanan adalah tinggi,  korang dinasihatkan mengambil lebih banyak makanan yang pedas dan berempah bagi meningkatkan  kadar rembesan jus gastrik


Tapi, kalau korang keracunan akibat memakan makanan laut (yodium)  seperti kupang dan kerang , korang digalakkan untuk : 



  • Minum susu dan ulangi meminumnya selang 15 minit (jika mangsa tidak muntah)
  • Sekiranya susu tiada, kacaukan tepung atau tepung jagung dengan air
Daripada pembacaan aku, salah satu bahan yang paling baik untuk menyerap keracunan makanan adalah menggunakan arang aktif yang disebut Norit. (bukan arang buat bakar sate tu tau!). Tapi, pengunaan arang aktif atau norit ni hanya atas arahan doktor. Jadi, jangan pandai-pandai kalau ada orang keracunan korang suruh telan arang pulak! =)  dan jika masih belum elok selepas 24 jam, better pergi jumpa doktor.



p/s: Cherry Berry means cirit birit (terms from Cik Yaya

22 comments:

  1. btol3...saya pon slalu amalkan pengambilan vitagen kalau keracunan dan minum byak air

    ReplyDelete
  2. btol3...saya pon slalu amalkan pengambilan vitagen kalau keracunan dan minum byak air

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah, xpenah lagi keracunan makanan, walopun perut ni menerima apa saja jenis makanan tanpa elergik.. kekkeekke

    ReplyDelete
  4. thanx 4 d info dear. my mom ckp klw cirit birit, kena makan pocai. tak suke mende tu. nak vitagen! sayangi perut anda setiap hari. ;)

    ReplyDelete
  5. alaaa nape lmbat kuar tips nieeee !! ary tu kite food poisoning kot,, sbb mkn kupang ,, sakit prot mntah cam ape dah

    noway, tips yg baeeeekkkk punyee !!

    ReplyDelete
  6. lagi info tentang keracunan makanan di SIHAT SELALU - Keracunan Makanan

    ReplyDelete
  7. percaya..percaya..suami pun baru keracunan last week. lepas minum vitagen Alhamdulillah ok :)

    ReplyDelete
  8. Tips Yang Amat Berguna...
    Share Please...

    ReplyDelete
  9. smlm sy makan nasi ayam di satu restoran BIG W/MAJU, lepas 2 jam sy rasa pening mual.. sy sapukaan ubat angin dari tekak ke perut bila dah panas terus sy muntah apa yg saya makan sampai pagi sy tak lena rasa nak muntah, kawan sy shorkan minum tea tanpa gula pukatkan tea, sy pun buat lepas 15 minit minum walau seteguk sy muntah semula.. skg rasa tak sedap badan dan sakit kepala.. mual2 pun masih ada... hmm~~

    ReplyDelete
  10. tengs info bermanfaat ... kita mesti kenal betul konsumsi makanan sehat mengatasi keracunan makanan ..

    hidup sehat itu mudah, asal mau :d

    ReplyDelete
  11. Sdg mncri info ini maka termasuklah d blog ini. Haiiiiiiiii.. Lme xsinggah sni

    ReplyDelete
  12. Rasanya dah dapat apa yang menyebabkan saya sakit perut sekarang ni...Dua hari lepas saya makan siput masak ala Thai di Langkawi. Balik rumah, saya buat pula jus mangga dengan susu pekat & susu soya.. Ni yang sakit sampai 3 hari dah.. Sakit perut memulas tapi tak Cherry Berry plak..

    ReplyDelete
  13. Smlm mgalami keracunan makanan smua ank2 terkena jga..adui memg tk tahan sgt rasa cam nk pitam pun ada..last minum susu coklat dutch lady dlm kotak tu..memg lpas mnum rasa kembung sgt perut..mkn paracetamol untuk tahan sakit..skrg dh ok skit tk kemana rehat je..

    ReplyDelete
  14. Yakult boleh tak?

    ReplyDelete
  15. vitagen boleh minum?? vitagen bkn ada lemak?

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah anak saya muntah2 trk sampai lembik minun yakult sikit sbtl je dh benti muntah2...thanks ur info...

    ReplyDelete
  17. Da 3ari non stop cerry berry ni .. smlm start dmm .. 1st kna muntah2 ingtkn prgnt haha .. jhanam pnya kripap akak indon tu ak rs nk tbalikkn je gerai niaga dia tu!

    ReplyDelete
  18. Sedih kena muntah2 time puasa... rsa mcm nk kena bkk puasa dh nih :(

    ReplyDelete
  19. Hmm.. anak sy muntah2 cirit birit seminggu, slama seminggu tu la minum yakult & vitagen. Xjalan pon. Last2 minum air kelapa baru elok 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cuma suggestion rawatan kecemasan sis. kalau melarat. better cepat-cepat bawak jumpa doctor :)

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork