Thursday, July 21, 2011

Relevan Lagi Ke Pantang Larang Melayu?

Salam semua



Ramai yang tahu, orang Melayu ni memang banyak adat dan pantang larang. Pada hemat aku tak salah kalau digunakan selagi tidak bertentangan dengan syarak. Cuma, kadang-kadang alasan yang diberikan oleh orang-orang tua untuk menegah kita daripada melakukan sesuatu tu agak lucu. Tak percaya cakap aku? Meh aku share sikit.

  • Jangan menyanyi di dapur, nanti dapat laki tua!
  • Sebenarnya : Supaya kita tak lalai ketika di dapur. Takut masakan hangit atau jari terluka kena pisau sebab asyik sangat melalak kan. Bajet suara sedap. 
  • Jangan duduk kat tangga, nanti tak ada orang masuk meminang
  • Sebenarnya : Tangga tu kan laluan orang. Jadi kalau dah kita dok kat situ, susah lah orang nak lalu lalang dan boleh buat orang terjatuh mungkin.
  • Jangan potong kuku waktu senja, nanti kena kejar harimau
  • Sebenarnya : Bila hari senja, mata kita kan tak berapa nampak. Dikhuatiri jika boleh mencederakan jari. Terpotong lebih! Dah berdarah jari tu.
  • Jangan jahit baju ketika dipakai, nanti susah nak bersalin
  • Sebenarnya : Sama macam tadi, takut terluka kena jarum. Baik bukak baju tu, barulah dijahit.
  • Jangan menyapu separuh jalan, nanti orang yang masuk meminang patah balik
  • Sebenarnya : Buat kerja tu biar sampai habis selesai. Ni buat sekerat jalan. Memanglah kena marah. 
  • Dilarang bukak payung dalam rumah, nanti ada ular masuk
  • Sebenarnya : Payung kan guna kat luar rumah, kalau dalam rumah takut akan mencederakan orang lain. 
  • Tak boleh duduk atas bantal, nanti kena bisul
  • Sebenarnya : Bantal adalah tempat meletak kepala, bukannya punggung.
  • Kalau makan nasi kena habiskan, kalau tak nasi menangis
  • Sebenarnya : Tak elok membazir. Amalan syaitan! 

Tu adalah beberapa contohlah pantang larang yang selalu mak kita gunakan. Sebenarnya ada banyak lagi. Daripada apa yang aku lihat, sebenarnya fungsi pantang larang ni satu je. Nak jaga adab dan budi bahasa kita. Maklumlah orang Melayu kan kaya dengan budi bahasa. Tak kiralah sama ada anda percaya atau tidak pada pantang larang ni semua. Pada aku, yang baik kita ikut, yang bertentangan kita tinggalkan! =) 

2 comments:

  1. tulah. orang dulu-dulu suka berkias. jaga bahasa. tu wujud pantang-pantang tu. tapi sekarang ni dah moden sangat. budak-budak tak percaya. boleh cakap mengarut je lagi. zaman da berubah. :)

    ReplyDelete
  2. jangan ambil gambar bertiga, nanti salah sorang akn mati/bencana... saya akan jawab, KRU dah bertahun ambil gambar betiga. xde lah pulak yg mati ke hape kan..huhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork