Sunday, July 31, 2011

Segmen : Kenangan Bulan Ramadhan. Perkara Biasa Kita Buat Masa Zaman Budak-Budak

Salam semua



Walaupun hanya beberapa orang je yang join segmen aku sebentar tadi, tapi aku tak kesah. Tak putus asa dan tak kecik hati. Its ok. Lagipun, just for fun kan. Tapi kalau korang nak join masih ada masa lagi. Don't worry guys! Cmon, taip laju-laju. And now, let me share some moment that really make me smile when Ramadhan is coming. 

Macam biasalah, aku dah belajar puasa seawal usia 5 tahun lagi. Tapi masa tu, aku puasa setengah hari lah. Tepat pukul 12 tengah hari je aku dah get ready nak buka. Dan aku mula puasa full umur 7 tahun. Darjah satu. Tahun 1996 tu, bulan puasa jatuh pada bulan Mei. Takde cuti ok dan lebih perit lagi bila aku bersekolah sebelah petang. Sumpah dugaan menggunung. Aku gigihkan juga kudrat untuk terus berpuasa. Dan mulalah kepala otak kancil aku bergeliga carik idea nak kurangkan haus dan lapar atau tak terasa sangat puasa tu kan. 

1. Bila kat sekolah, kerap pergi toilet dan cuci muka

Waktu puasa tu, aku tengok air paip pun dah berselera. Tertelan-telan air liur aku bila mana kepala paip aku pulas dan mengalir deras air yang maha jernih. ah... nyaman dan sejuk kalau singgah di tekak yang kering ni kan. Ketika tu, apa bangang kalau aku nak gogok air terus ke mulut kompem-kompem nampak aku tak puasa. Jadi caranya aku akan kumur-kumur, masukkan air dan bila buang balik air tu, setengah aku telan, setengah aku buang. Hahahahah. Bijak tak kepala otak aku? 

2. Berendam lama-lama bila mandi

Aku rasa ni taktik paling popiler di kalangan budak-budak puasa. Bila balik sekolah *kan balik awal kan* pukul 5.30 dah mandi dah. Tak payah mak suruh. Kat dalam bilik air, bukak air pancuran besar-besar pastu tutup lubang air tu, than air bertakung kan aku pun duduk lah bawak air pancuran tu. Berjam-jam sampai mak aku pun bising. Katanya, makruh kalau mandi lama-lama bila puasa. Nyaman siot! Macam bawah air terjun gua rasa. 

3. Buka puasa, gelas mesti besar

Ini juga wajib lah kan. Semua adik beradik aku dok pakat-pakat nak guna gelas paling besar yang ada kat rumah. Nasib baik mak aku tak sediakan jag sorang satu. Kononnya haus gila lah tu. Letak air katira atau air bandung penuh-penuh. Bila pakcik bilal baru je sebut "auzubillah" semua dah get ready pegang gelas, letak gelas kat depan bibir.... Dengar je "Allahuakbar...." berdesup... setengah gelas aku tibai. Akhirnya, juadah makanan sepi tak berapa disentuh. Mak aku kata kenyang air kau ni! 

4. Puasa penuh, ada ganjaran

Ni merupakan salah satu cara mendidik anak-anak berpuasa. Dulu mak aku kata, sapa puasa penuh nanti duit raya dapat RM 100. Fulamak. Memang mata aku bling-bling bila dengar. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam puasa aku ni tak ikhlas sebab mengharapkan ganjaran duit tapi aku sangat bersyukur sebab taktik tu berjaya bentuk diri aku untuk berpuasa di Bulan Ramadhan. Biasalah kan budak-budak memang kena pancing baru dia ikut. Bila dah besar ni, mak aku masih lagi offer benda yang sama. "sapa puasa full, dapat RM 100." Tapi takde sapa pun yang dapat. Al-maklumlah... perempuan. kehkehkeh....

Hahaha... memang lawak bila kenang balik zaman puasa ketika budak kecik dulu. Bulan puasa memang banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang baru mula belajar puasa. Di bulan puasa inilah kita sepatutnya memperbanyakkan amalan dan semoga bulan rahmat ini melimpahkan barakah kepada kita semua. Amin...

9 comments:

  1. i pnah ckp kt mama "ma,nk bukak puasa."
    tp bila mama suh minum milo i xnk.then pnah curi2 mkn bubur ms suap kt adik. ;p

    ReplyDelete
  2. wakakkakaka , aku ngaku penah minum air paip haktuihhhhh bapak ahh habatnya tapi sedap daohh rasa macam air milo ais kau hado ? bhahahhaa . makan megi dalam bilik lagi best . nak buat agi ahh hahhahaaa

    PERKARA YANG KAU WAJIB KAU BUAT SEBELUM PUASA.KAU NAMPAK PUASA DISITU?INI BERMAKNA JIKA KAU TAK PUASA,DOSA KAU AKAN BERTAMBAH.FULAMAKKKKt

    ReplyDelete
  3. Alaaaa sayanggg tak sempat nak karang entry... panjangkanlah sikit masa segmen tuuu.. huhu! :D

    ReplyDelete
  4. kenangan masa zaman budak2..tukang mengisytiharkan tarikh puasa..rasa tk best plak bila da tukar tukang mengisytiharkan tarikh puasa semlm..slalu kita da hafal dialog dia..buat kita rs teruja..semlm rs cam dull aje..rs tak korg2?huhu

    ReplyDelete
  5. menghabiskan masa dengan internet pun
    memang xrasa macam puasa dah :) hihihi

    yang no 3 tu,sangat sangat setuju..
    lepas tu,xlarat na g trawih dah sebab
    minum air banyak

    ReplyDelete
  6. hehe..waktu kecik2 slalu curik2 mkn kn..hehe..separuh ari pun cukup la..:)

    ReplyDelete
  7. haha. entry ni yg ko cakap tu? sumpah aku tak pernah baca lagi. aku just baca 2 entry ko je. tu pon sbb google "ayeem ayam", jumpe entry ko. plus, entry2 segmen memang aku tak pernah bace. hehehehehehehehe. so, ia adalah kebetulan. dan benda ni sume budak pon buat, bkn ko sorg je. so, jgn anggap aku tiru ko. sepanjang berblogging, sume idea dtg dr otak aku, imaginasi aku, pengalaman aku. terima kasihh.

    ReplyDelete
  8. zaman budak2 dlu tak tau pape, da besar nie tobat, xmau buat da...huhuuu. nak plak klo bab2 ponteng pose...xmao3..

    ReplyDelete
  9. kenangan puasa...curi mkn kuih raya bwh meja. kekekeke...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork