Thursday, August 4, 2011

Anon-Anon Malaysia:Berdenting Kuat, Tapi Dalam Kosong.

Salam semua

Dalam apa segi juga, pasti ada orang yang berhasad dengki dengan seseorang yang telah mencapai kejayaan. Tapi itu hanyalah penyakit pada orang Melayu. Bukan bersifat perkauman, tapi ini REALITI BUKAN KONSPIRASI. Dunia blog pun tak tertinggal dengan mereka yang penuh dengan PHD ni. Dan hari ni, aku nak bagi sedikit hujah lah kepada mereka yang telah menjadi atau akan menjadi Unknown atau Anon. Di samping tu aku jugak nak bagi semangat balik pada beberapa blogger yang diserang dan dikritik hebat oleh Anon! Alhamdulillah, aku belum lagi. Dan kalau kena... memang masaklah dia. Bagi peringatan awal-awal ok. Jangan cerita aku tak warning dulu yer. 




Kepada semua yang bergelar UNKNOWN atau ANON....


KORANG SEBENARNYA PENGECUT!!!

That is real fact. Aku tak penah jumpa Anon yang terang-terangan memberikan nama, ataupun url blog mereka. Maklumlah, mana ada orang dah ber*k tengah jalan, lepas tu mengaku t*hi tu dia punya kan. Macam tulah Anon. Konon-konon hebat memerli atau mengkritik sedangkan pada hakikatnya penakut. Takut diserang balas, takut dihentam habis-habisan dan juga takut jika reputasinya hancur. Ini membuktikan Anon adalah lemah. Sebab tak sekuat orang yang dikritik tu untuk menerima tamparan hebat. Dia hanya serang sekali lepas tu lari. Memang bukan anak jantan! Kalau kau berani, seranglah sampai mati. Baru orang lain respek kau dan kau dihargai. 


KORANG CAKAP JE LEBIH!!!

Aku pun tak tau apa masalah sebenarnya dengan Anon-Anon di Malaysia ni. Bercakap mengkritik bagaikan profesor handalan, tapi bila suruh buktikan bahawa diri kau lebih baik tak de pulak balasan. Kau mengecut keseorangan. Pandang je dari jauh hentaman-hentaman pada kau. Ello Anon-Anon... dunia hari ni mahukan fakta bukan auta atau cakap-cakap kosong. Kalau kau kata si pulan ni teruk, mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri, bagilah faktanya. Tunjukkan bukti dan contohnya. Baru boleh diterima. Kau ni ibarat tin kosong. Berdenting kuat tapi dalam kosong! 


HATI KAU BUSUKLAH!!!

Kau adalah manusia yang penuh hasad dengki. Kalau kau rasa kau bagus dan baik, tegur seseorang itu secara berhemah. Begitulah yang dianjurkan dalam Islam. Bukan menyerang memb*bi buta sebegitu. Kenapa mesti kau jatuhkan reputasi orang lain? Supaya reputasi kau pulak yang meningkat? Wah! Guna jalan pintas kau ye. Mana ada orang yang melambung ke langit sekelip mata tanpa melangkah mendaki satu per satu tangga. Kenapa mesti kau jeles dengan kejayaan orang lain? Cuba ubah minded kolot kau tu. Jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar untuk kau juga berjaya sepertinya. Bukan main belakang. Potong jalan. Kalau kau amalkan cara macam tu, kau bukan semakin mara ke depan, tapi kau menemui jalan kesudahan! 


Jadi, padamkanlah sifat-sifat hasad dengki dalam diri kita. Kejayaan orang lain merupakan rezeki buat mereka. Kalau kita berhati mulia, kita juga akan dapat rezeki yang sama tanpa perlu menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain. Kepada semua yang diserang Anon, anggaplah itu satu peningkatan buat korang sebab perkara sebegitu akan mematangkan korang. Tak perlu dilayan dan tak perlu difikirkan sebab kau adalah yang terpilih untuk berdepan dengan orang mental macam tu. So, abaikan dan terus kejar kejayaan! Aku kat sini sentiasa mendoakan.... All the best. 



5 comments:

  1. wt duno j ngn si anon ni.. klo dy pon hebat cm kite xd dy nk jd pengecut kritik bukan2 kn.. hehe

    ReplyDelete
  2. Layan orang biol kita pon akan jadi biol kankankan? The best way is just ignore them ! Yeayyy ! Thanks dear.. :)

    ReplyDelete
  3. huhu..rmy yg bengang angkara dek non (anon) ni kan..sabar2..

    like ur points ! mmg betul pun !

    ReplyDelete
  4. suka entry ini..! btul2, cik anon tu sebenarnya pengecut. ckp lebih input kurang.

    ReplyDelete
  5. sgt2 setju
    kdg2 der anon yg dtg cmnt
    tp suh folo blik
    nak folo cne tp xbg link
    apela
    xfikr ke pe
    da gk kwn2 yg ckp fara menyamr as anon nak buruk2 kan dorang
    xyh nak ase hasd dgnki sgt lah kan
    xelok la

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork