Friday, August 12, 2011

Bila Dah Berada Di Atas, Yang Di Bawah Tak Dipeduli Lagi Kan?

Salam semua


Mungkin gitulah lumrah bila orang dah berada di atas, yang dibawah tak dipeduli lagi. Asalkan matlamat dia tercapai sudahlah. Tak kira lah orang tu terasa hati atau tidak. Aku paling benci dengan orang yang sebegini. Dahlah memilih bulu, lepas tu bila berjanji tidak ditepati. Tahukah korang, jika seseorang telah berjanji maka dia adalah wajib untuk menunaikan janjinya. Memang betul, janji memang mudah diucapkan tapi berat untuk ditunaikan. Inilah yang berlaku pada salah sorang teman blogger aku. Sebelum ni dia merupakan blogger yang sangat aku kagumi sebab kepintarannya dalam pelajaran dan keberjayaannya dalam dunia bloging. Malangnya, dia gagal dalam menunaikan janji. Kata-kata je manis tapi hasilnya basi....

Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya.”                   (Al-Isra`: 34)

Pada aku, blogger ni perlu sedar akan kesilapannya. Bukanlah aku berharap sangat dengan apa yang dijanjikan, tapi sepatah kata orang bila kita dah memberi harapan pada seseorang, secara tak langsung orang tersebut akan menanti untuk harapannya tu menjadi kenyataan. Mungkin dia tak sedar kerana harapan dia  telah tercapai. Bukan tak pernah aku bertanya menerusi email. Tapi biasalah email dari blogger macam aku mana nak dilayan. Dan sekali lagi, alasan bagi seorang blogger hebat adalah :

"Maaf, ramai sangatlah orang yang berkunjung ke blog saya. Sehari sampai 10 000 orang, jadi maybe email awak saya dah terdelete." 


So, ingatlah kita tak kan berada di atas jika tiada yang dibawah menyokong. Jangan sesuka hati mengecewakan orang lain kerana hukum karma itu wujud dan tak mustahil akan berlaku pada diri sendiri suatu hari nanti. Maaflah ye awak, saya unfollow awak sebab rasanya awak kurang menghormati follower awak. Tapi rasanya bagi awak, takde hal lah kalau hilang follower barang sorang dua ni kan...


p/s: bukan aku sorang yang dia buat cam ni...ish...ish...ish... 



13 comments:

  1. sabarlah. biasa la, manusia. memang selalu buat silap :)

    ReplyDelete
  2. lumrah manusia slalunye mcm tue la...sblm tcapai cita2, bkn main down to earth..bile dh bjaye nk pndg sebelah mate pn xnk..redha..

    ReplyDelete
  3. Jangan risau. kalau i dah glamer, i takkan lupa u lah mucuk! :D

    ReplyDelete
  4. saya sndiri jarang nk bermesra dgn blogger yg dh ada peminat belas2 ribu. sbb mcm x dilayan jek. rasa lbh baik hargai blogger yg hargai kita. huhu

    ReplyDelete
  5. sabar dear.. tp tula, bila berjanji perlu lah ditepati. bila da berada di atas, kdg2 manusia ni lupa diri..

    ReplyDelete
  6. dh lumrah idup kan. ade yg trkurang & ade yang terlebih. papepon enjoyy !

    ReplyDelete
  7. sape kah gerangan 'blogger hebat' tu..? haha

    ReplyDelete
  8. lumrah manusia memang macam tu .
    Manusia mudah lupa .
    Senang sangat berjanji tapi nak mengotakan tu susahnya , Allah je yang tahu .

    ReplyDelete
  9. salam..

    Inilah fitrah.. manusia mudah lupa diri apabila sentiasa disanjung, dipuja.. dan moga kita sentiasa beringat apabila Allah berikan kita rezeki untuk menjadi seperti mereka.. Insya Allah

    ReplyDelete
  10. bese la..manusia mudah lupa diri kan..mintak dijauhkan la..

    ReplyDelete
  11. pengalaman ni kite lak tgh lalui..hehhehe..sile sile kongsi tips mengharungi cabaran

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork