Saturday, August 6, 2011

Dilema Wanita Di Bulan Ramadhan.

Salam semua

Dah hampir seminggu kita semua menjalani ibadah puasa. Di bulan puasa ni, satu dilema yang melanda hampir keseluruhan wanita di Malaysia terutamanya kaum ibu adalah "Nak masak ape lah ni yer?". Itulah persoalan yang biasanya dilontarkan kepada suami dan anak-anak. Tak terkecuali mak aku lah kan. Kalau dapat suami yang jenis boleh bincang, boleh lah dia bagi cadangan kat si isteri. Tapi kalau dapat suami yang "Masaklah apa awak suka. Awak masak kayu, saya makan kayu, awak masak batu, saya makan batu!" Haaa.. tak ke pening kepala isteri memikir juadah berbuka puasa. Ini jugak sebenarnya termasuk sebagai pendorong kepada stress bagi kaum wanita yang ramai ketahui, Malaysia di tangga ke-16. 



Mungkin ada yang berpendapat, kalau tak tahu nak masak apa, beli je kat pasar Ramadhan. Senang. Banyak pilihan. Sebenarnya, bukan tak nak beli lauk kat pasar Ramadhan, tapi kadang-kala lauk yang dijual tak tahan lama. Bila sampai waktu berbuka, tengok lauk tu dah basi. Sebabnya, lauk semalam yang dipanas-panaskan. Kita memang kena hati-hati dengan peniaga sebegini. Tak elok kot menipu pelanggan macam tu kan. 

Kedua, ada peniaga yang masak juadah makanan memang tak boleh kena dengan tekak kita. Dimaafkan lah kalau termasin atau termanis, tapi ni memang totally tak sedap. Kadang-kadang aku terfikir, macam manalah makcik ni meniaga, bila orang tak beli, kata ada orang lain 'tutup rezeki dia' tapi sebenarnya masakan dia yang tak sedap. Macam mana nak laku kan. Sabar je lah...

Ketiga, barang mentah hari ni semakin mahal. Jadi, secara tak langsung harga lauk-pauk juga meningkat. Kalau dulu, mungkin kita boleh beli lauk dengan harga RM 2 tapi sekarang, sikit je yang kita dapat dengan nilai tu kan. Memang tak berbaloi. Ayam seketul pun kadang sampai RM 3-4. Kalau dah satu family nak makan, tak kan beli 2 ketul je. Betul tak? 

Hai.... memang inilah dilema wanita di bulan Ramadhan. Belum lagi fikir waktu sahur nanti. Walau apa pun, memang tabik spring pada semua kaum ibu sebab handal di bulan puasa ni. Balik kerja, terus ke dapur siapkan juadah berbuka. Bangun seawal 4 pagi untuk bersahur dan terus uruskan rumah tangga. Semuanya, ikhlas demi keluarga tercinta! Jadi, pada suami dan anak-anak, bantulah mana yang perlu. Ringankan bebanan isteri dan kalau kita buat kerja rumah sama-sama lagi seronok sebenarnya kan. Cubalah masak sama-sama. Jangan ikutkan sangat letih di bulan puasa ni. Memang malas, satu kerja tak jalan. 


p/s: bagi aku, kiteorang suka beli kuih je kat pasar ramadhan....
Categories , , ,

12 doakan aku jadi lawyer:

Cik Aish on August 6, 2011 at 1:35 PM said...[Reply to comment]

yup..tak semua lauk kat bazar tu tahan lama..kadang2 cepat basi..emm aish lagi suka masak sdiri lauk dr beli..mahal la..bwk rm10 g bazar macam takde nilai je

Sudi sudi la singgah sini lak ye :
KAD RAYA DARI GUA UNTUK LU!

..cik gugu.. on August 6, 2011 at 2:09 PM said...[Reply to comment]

setuju!! gugu kdg2 pon pening pale nk msk pe sbb mak ayah sibuk kje,so gugu yg kne msk kt uma..

Mira Peminat Coklat on August 6, 2011 at 3:36 PM said...[Reply to comment]

kadang-kadang sesetengah orang tu berniaga nak untung semata-mata, kualiti, baik buruk, dosa pahala tolak tepi... biasanya orang yang berniaga macam ni tak tahan lama ...

Farhan Zukri on August 6, 2011 at 4:49 PM said...[Reply to comment]

Semalam beli mee kari kat bazaar dkt dgn kolej..tersangat laa x sedap..kari dia macam dah sehari masak..dia panaskan balik la kot..

warne kari pun pucat semacam..

Aimifiqa on August 6, 2011 at 6:19 PM said...[Reply to comment]

btul mmg dilemma. hihi. risau cenggitu. mmg mahal kan skrg lauk-pauk. ikan keli yg mentah sekilo 4-5 ringgit. yg dah masak. setengah ketul rm2. ape kes? hihi

Aimifiqa on August 6, 2011 at 6:25 PM said...[Reply to comment]

betul sgt. skrg ni bhn2 mentah mmg mahal. semua naik. mmg kite dilemmma. nak beli lauk pun serba salah. ayam la terutamanya

Cik Purple Pinkypuff on August 7, 2011 at 2:29 PM said...[Reply to comment]

nak masak kuew teow goreng la hari nih.. lalalalala~~

cik wan on August 7, 2011 at 4:01 PM said...[Reply to comment]

setuju setuju setuju(versi upin & ipin) ha'a betol lah, kenkadang mak wan xtau nak masak ape. tapi nasib bek ada anak yang bek cam wan ni slalu bagi cdgan nak msk apa2 tuk berbuka. ayah wan pon sama gak slalu bagitau kalu teringin nak makan ape2. bukan ikut je ape yang ada.. ehee..

Azmira Yusof on August 9, 2011 at 12:54 PM said...[Reply to comment]

tertiba lapar lak time lauk2 kat atas tuh.

farah hanim on August 14, 2011 at 11:02 PM said...[Reply to comment]

hehe btol2
kesian kat mama
blik2 keje kena mask
tp fara xpndai mask nak tlg
hehe :D

アヌムちゃん on August 15, 2011 at 3:39 AM said...[Reply to comment]

aaa kite punye husbnd tak kesah kita masak apa..so masak jela apa yg mudah dan senang..tak kesah la dah ulang juta2 kali pn resepinya..hee.asalkan kenyang je..heee.bazar xde dekat sini..sob2

cikcahya on August 15, 2011 at 10:50 PM said...[Reply to comment]

betul kata nini tu. tp kite beli je. haha. klu masak xda sapa nk makan. maklum la. mama dah xda. kalau sy masak alamatnya asyik kena perli je la. tp skrg ayah sy yg ambik tugas memasak bila bulan ramadhan ni. hehe sy masak kdng2 je. bulan pose ni fmily makan xbyk.

myfreecopyright.com registered & protected
 

Blog Coklateyes Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!