Sedikit perkongsian untuk kita semua. Semoga kita semua tidak memandang remeh hal ni.
Apakah hukum memakai kanta sentuh yang berwarna terutamanya bagi wanita?
Jawab:
Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar: "Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita".
Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau,biru dan coklat untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan maka dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang.
Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata: "Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini. Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa? Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah".
Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa. Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata: "Terdapat 2 jenis kanta sentuh: 1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar. 2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.
SUMBER : MODERATOR AGAMA, I LUV ISLAM.
Sedikit pandangan personal aku lah kan, kalau kita takde keperluan untuk memakai perhiasan seperti contact lens, wig atau fake eye lashes.. rasanya lebih elok tak payah pakai sebagai contoh contact lens jika tidak dijaga rapi boleh mengundang bahaya dan mudarat kepada kesihatan mata kita.
p/s: I Share Because I Care..I Care Because I Love You...














37 doakan aku jadi lawyer:
info yg bagus..
cik paro pun xpnh nk gune contact lens..
lebih suke pkai spec..
lagipun bersyukur dikurniakan warna mata yang hitam..
hitam itu menawankan?
pakai yang colourless takpe kan ?? huhu
nice info...:) apa yang kita lakukan mesti ada tujuan ...
@! ❤ PINKaholicx ❤ !: daripada pembacaan saya, kalau kita tak de keperluan atau saranan doktor untuk menggunakan contact lens, rasanya tak perlu guna kot tak kisahlah colour atau tidak. melainkan kalau kita rabun, contact lens tanpa colour menjadi pilihan kedua, sebab kita ada kaca mata kan?
utk maklumat lanjut boleh tanya ustaz/ ustazah. sy cuma berkongsi.
oh baru tau pasal contact lense ni ... thanks kak for sharing ! hmm setiap perbuatan itu bermula dengan niat
saya pakai contact lens warna coklat sama dgn anak mata sy.tp saya pakai kadang2 je..mengikut tempat dan tujuan tertentu bagi memudahkan kerja..xpe kan ? hehe :D
tujuan perubatan tu maksudnye 'memulihkan penyakit rabun' jd colourless xmenjadi masalah kot..sy pn pakai yg xde kaler.. :)
@C i k P u t i h K e b a b o m !: bergantung pada niat kan semuanya... =) insya-Allah niat baik, baiklah jadinya.
nice entry.sebenarnye memang ramai yang tak tahu yang pakai contact lens berwarna meemang tak boleh..
@misyamissyou:betul tu, permulaan penciptaan contact lens adalah untuk mereka yang rabun.
thanks for sharing..fiza memang cntact lens user sebab fiza rabun jauh dan lebih selesa pakai lens dari spek..plus,fiza pakai lens yang di sahkan tak memudaratkan mata yang dibeli di kedai yang pakar mata bukan sebaliknya..fiza ade post entry pasal korean lens yang memudaratkan..yang fiza dpt dlm kosmo part info kesihatan
thnx sharing ^^ eina xpakai pon... hee lgpon takut la nk pakai contact lens nie..
lagi suka pakai contact lens
sebab selalu lupa letak mana spek. huuuuu
tapi colurless punye la
mujur lah tak pakai contact lens or specs..
baik jaga mata elok2...
pakai contact lens ni menyusahkan bagi
orang yang mudah lupa macam saya....
haha..serius.....takut takut contact lens tu
cair dalam mate ke..erk?bole ke cair?hihihi
eee...takot
gud info laaaa... bagus sangat
here the link.sorry a bit late..
http://www.azhafizah.com/2010/09/pakai-contact-lens-boleh-buta.html
klu pakai yg colourless punye..adakah dilarang juga kak fatin???
betul2. skrg ini menjadi trend dan hanya untuk memperhiaskan diri. nasib baik x pakai.
syukran :)
nice sharing..
azie memang pakai contact lens..
sebab memang rabun pun..
pakai yang neutral je.. :)
saya pakai contact lens berwarna tapi just sebab rabun.xde niat nak tarik perhatian.lagipun semua orang tau saya pakai lens.semua orang tak tertipu dgn penampilan saya.tq for sharing,apa apa pun ats niat kita kan.
trime ksih sbb bg info ni
dh lme dh tertnye tnyedlm hti jela
hari ni trjwb
wowww..saya suka ini dear..thanks alot for sharing dis..suka3~~
dulu teringin jgk nk beli ctc lense kaler2 ni, tp my hubs btl2 larang..dia ckp mata dh elok jgn nk dirosakkan pulak..lgpun natural is more beatiful..heee :D
huhu beli sebab tak selesa wif spexs .. huhu,,
nice entry...dah lama cari entry macam nie...see the prove...gee pn pakai contact lens but colourless...start pakai sbb spek asik patah je bila bersukan ( martial arts)...ramai dah yg start pakai colour2 nie...pastu pakai sebab fashion..boleh siap match ngn baju lagi tu...bagi gee, yg mata elok tu xperlu lah nak pakai lens kaler2 nie..mata tu dah elok, bersyukur...yg rabun pulak jgn la amek alasan rabun sbb nak pakai kaler2...yg colourless kan ada...nway pape pn depends on niat..tanya balik niat anda ape.. (^_^)
aduhhhhh akk penjual konteks lens ni adeiii ni lagi nak raya byk tempahan terima aiseh...cuak dah ni
baru jew teringin nak beli satu.. tp tak bole ek??:) batal kan niatla..hihhi:D thanks 4 sharing!
good information ! :)
memang pon,bulu mata pelesu pon dah ramai yang pakai,dulu..masa nak search cara pemakaian bulu mata pelesu cane,last-last keluaq ceramah tentang haram penggunaan mata pelesu ni,ehhh..buka mata,bulu mata,hehe
btul kan..semuanya bermula dengan niat..
naseb xpkai lens. hohoh
wahh yeke
sek bek xbeli contct lens warne2
sbb ader gak niat sbb nak nmpk cntik
bg mata nmpk wow skit
hehe
btw akq,pas contest td tu
maaf ye.saye bt hurry skit
so tulisn agk xnmpk n kurng nmpk n mebi akq berpinaar2 bce nt
pape pon sori yek :)
saya dtg sokng conteest akq
cm xsdp je bile akq da ajak ritu
lupe nak join :D
aaa bukan nak pakai yg berwarna..nak msukkan dlm mata ni yg x bewarna pun takottt..huhuu..tak berani..sob2
baru tahu. thx for sharing this :)
tq saya baru tahu...boleh share dlm blog saya...
Alhamdulillah , akhirnya bisa tahu hukumnya :)
lau pakai untuk suami leh tak, berhias untuk suami
sis..klu kte pki yg waner same dgn warne mate kte boleh x?? sis tolg jwb ..plisssssss...
Post a Comment