Thursday, August 18, 2011

Ingat Perempuan Tak Reti Main Mercun Ke?

Salam semua

Raya tanpa mercun dan bunga api seolah-olah hambar. Tak meriah dan takde lah bunyi dam dam dum! Jadi, aku pegi borong sakan mercun. Dua jenis aku beli. Mercun bola 40 biji, mercun cina satu kotak. Lepas ni aku naik main mercun depan rumah. Apsal tak percaya ke perempuan yang lemah lembut macam aku ni main mercun? 



Kehkehkeh. Apa gila aku nak main mercun. Bunyi kuat sikit je pun aku dah mencicit lari, inikan pulak nak pegi hidupkan sumbu sendiri. Memang tak lah. Sebenarnya mercun ni semua kepunyaan bapak aku. Entah bila tahun dia beli. Dia simpan dalam almari. Nasib baik tak meletup dalam almari kan? Nasib baiklah aku tak ada adik lelaki. Kang tak pasal je dia putus jari main mercun yang banyak macam ni. Sekarang ni pun aku tak tau nak buat apa dengan mercun ni. Kalau boleh memang nak dilupuskan, tapi rasa sayang pulak. Terpaksalah tunggu sepupu-sepupu lelaki aku datang rumah. Suruh dorang je main. Aku duduk tepi, tutup telinga. 

p/s: Jangan syok sangat main mercun sampai hilang jari ye adik-adik! 



12 comments:

  1. mercun bawang jew yg sesuai tok perempuan. kan~~~

    ReplyDelete
  2. hilang jari masuk tv..femes tu.hahaha

    ReplyDelete
  3. hehe, masa zaman kanak2 ribena penah campak mercum bola dlm tong sampah jiran.. smpi pecah tong sampah tu bila mercun tu meletup.. ;p

    ReplyDelete
  4. main mercun dengan care yang betul takde nak putus jarinye,,masalah nye yg kes putus jari sebab buat mercun sendiri,,huhu

    ReplyDelete
  5. atin. meh join contest aku nie..hr tue contest ko xsempat nak join sedih T_T

    http://cikbihahlife.blogspot.com/2011/08/contest-saya-sayang-kemerdekaan-semoga.html

    ReplyDelete
  6. hehehe.. ada je perempuan maen mercun.. saya la tu.. ekeke.. tapi dulu la.. dah besar ni tak maen dah.. tapi benci betol dgr org maen mercun.. bingit.. tension tau.. lebih-lebih lagi anak-anak jiran maen lempar mercun ke arah rumah.

    ReplyDelete
  7. adehhh... mercun paling bhya skali tuh...
    pecah gegendang telinga... -.-

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Kak Nida suka main mercun tapi masa kecil ler dulu dengan adik-adik... sebabnya nak lawan dengan anak jiran sebelah, tapi kami selalu kalah sebab jiran sebelah tu anak tauke kedai.. mak dia yg jual mercun..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork