Thursday, August 18, 2011

Kau Budak Kampung, Mana Tahu Fesyen!

Salam semua


Remaja dan fesyen memang tak dapat dipisahkan lagi. Kalau kita tengok hari ni ada pelbagai gaya dan cara berpakaian. Masing-masing cuba menginterpretasikan mood dan ekspresi yang tersendiri. Ada yang suka pakai seksi sebab mereka kata Malaysia kan Hot! Tak kurang juga yang berfesyen labuh-labuh. "Muslimah pun boleh bergaya apa!"kata mereka. Tapi ada juga yang...

BILA BERFESYEN, RASA DIA PALING HEBAT!!! 

Kisahnya begini, adik kepada kawan aku yang baru masuk ke salah sebuah matrikulasi tiba-tiba nak quit belajar. Sebagai kakak dia pun pelik sebab ye lah baru berapa bulan kan. Apa puncanya pun dia tak tahu. Sekali adik dia bercerita pada keluarga yang dia dipinggirkan oleh kawan-kawan sebiliknya gara-gara dia tak mengikuti fesyen dan menyebabkan dia tension belajar dan tak boleh duduk sebilik dengan mereka. Adik kawan aku tu lebih suka pakai baju kurung kalau ke kelas. Tak tahu melaram apatah lagi bersolek bagai. Malangnya, roomate yang lain menggilai fesyen yang ala-ala Yuna dan Hana Tajima. Adik kawan aku tu dikutuk sebagai 'Budak Kampungan' dan bila dalam bilik mereka tak pedulikan adik kawan aku ni. 

Aduhai, sedihnya aku dengar cerita macam ni. Masih ada lagi pemikiran kolot macam tu ye? Belajar pandai, tapi sivik tak ada. Dan bagi aku yang budak kampung ni, itu semua hak individu. Dia nak ikut fesyen atau tidak, terpulang. Asalkan dia tahu  menutup aurat dan tahu menghormati perasaan orang lain. Apa salah ke kalau tak reti pakai shawl? Terok ke kalau tak ada Hoodie Dress dalam koleksi? Burok ke kalau tak reti pakai turban? Hodoh ke kalau tak pakai Harem Pants? Tak cantik ke kalau takde studded boots? 

Pada semua yang HEBAT berfesyen, tolonglah jangan ada perangai macam tu ye. Korang lagi nampak buruk kalau berperangai seperti tu. Lebih baik korang hiaskan dulu hati dan peribadi barulah boleh bergaya melaram. Eh, aku ada je jumpa ramai orang yang taklah fashionable sangat tapi sangat menawan! 


Categories , , ,

20 doakan aku jadi lawyer:

laskar pelangi on August 18, 2011 at 12:15 AM said...[Reply to comment]

wahhh! ada jugak ehhh manusia cam gitu..pelik ke mainnn..rasa nak dush dush yang gedik2 tuu..

Mimie. on August 18, 2011 at 12:16 AM said...[Reply to comment]

Melampau smpai pulau..ada jugak yg trlampau obses fesyen smpai semua nak yg mhl jeee.ish ish ish :P

cayang GIRANG muahx muahx on August 18, 2011 at 12:20 AM said...[Reply to comment]

bajet hot la dorg~ x kesah la nk pakai apa un, asal an kita selesa nga apa kita pkai. cm girang, pkai stail korea. huhuhu~ kwn lak ske pkai stail biasa2 jew, yg 2 lak ske pkai bju kemeja jew. kitorg x rasa terasing cz kitorg ni 1 bilik. siap ber-tukar2 baju g. hahaha~

cik Dil on August 18, 2011 at 12:31 AM said...[Reply to comment]

eee..bajet hot gilerr dorangg..pelissss laaa..

Cik Nisa on August 18, 2011 at 12:38 AM said...[Reply to comment]

eleh mcm bagus jer kan . biar x tao fesyen tapi tao jaga perangai . buruk sgguh perangai mereka .

cik najihah on August 18, 2011 at 12:41 AM said...[Reply to comment]

bia x reti berpesyen dari jadi mangse pesyen

mizz_pua on August 18, 2011 at 1:01 AM said...[Reply to comment]

matrik mne tue..?? kolot sgt ke kalau berfesyen..?? sombong giler..perangai buruk...mnyampah org mcm tue..

! ❤ PINKaholicx ❤ ! on August 18, 2011 at 1:37 AM said...[Reply to comment]

burok noh pangai nye asal,,name jewk masok matrik tapi bongok jugak,,matrik tuh dah lah pack takde mase nak calit sane sini,,buleh pulak mcm tuh,,adoyai !!

dak eina on August 18, 2011 at 1:43 AM said...[Reply to comment]

mintak2 bakal roomate xmcm nie.. eina lbh suka pakai bju kurung nie.. hmm eina dlu suka gak berfesyen. skang dh kurang... xpe la xikut fesyen mne pon.. tetap cun kan.. huhu

LaLaLovy on August 18, 2011 at 2:12 AM said...[Reply to comment]

lerrr. biasanya org yg mcm ni pun baru nak kenal dunia kan..

Etong on August 18, 2011 at 4:40 AM said...[Reply to comment]

wahhh teruknyaaa. adakah mcmtu. lg pun matrikulasi tu tempat blajar ka befesyen? haihh. mcm2 bdk skrg ni.etong dlu d matriks satu tahun tu pakai baju kurung ja. sabar ja laaa.

vanillagirls on August 18, 2011 at 6:02 AM said...[Reply to comment]

kat matrix mmg ramai yang macam tu,sy dah biase dah,mcm la hebakk sgt dorang tu..cikgu tengok dorang pon rase nak marah...apatah lagi sekarang musim "hana tajima"...haha...ignore je dorang tu,,lepas tu try try pegi pjabat tny nak tukar bilik..hihi....tu pon kalau matrik tu sng la

Azhafizah[フィザ] on August 18, 2011 at 6:16 AM said...[Reply to comment]

sampai macam tu sekali?ape2 pun berfesyen ikut kemampuan tapi biarlah berpada..kalau dah bajet hot sangat..janganlah merendahkan mereka yang kurang hot..taste masing-masing kan..kesian pada mereka yang menjadi mangsa..harap si gadis tu tak quit study..biarlah mereka nak buli ke ape..yang penting kite ade ilmu

Nida on August 18, 2011 at 7:30 AM said...[Reply to comment]

Masya Allah... ada juga yang berperangai begitu.

Bagi Kak Nida asalkan tutup aurat, tak dedah sini sana itulah pakaian yg terbaik. Tapi memanglah, Kak Nida faham apa yang adik kawan tu rasakan.. sebabnya Kak Nida pernah alami situasi tu. Duduk sebilik dengan anak org kaya yang pakai semuanya barang berjenama...

kadang2 kita rasa rendah diri + ada juga dia kutuk tentang fesyen akak yg kolot katanya.. apa yg akak buat akak selalu lepak bilik kawan lain, cuma bila nak tidur je masuk bilik.. Alhamdulillah akhirnya akak tamat juga matrikulasi.. Apa yang penting hati kena kuat + buat hal sendiri je + tanamkan azam nak belajar dan bukan nak berfesyen.

MiszNoRuL on August 18, 2011 at 8:56 AM said...[Reply to comment]

kampung pn kampung lah, janji boleh belajar...
bandar pn bandar lah, janji boleh bergaya..

sabar ajelah perangai camni..

AMIRA on August 18, 2011 at 9:47 AM said...[Reply to comment]

bajetlah. g sane nk blajar kan. bkn nk berfesyen. kalo melaram bagai pon stakat dpt 2.0 buat ape. nk keje nt org bkn tgk pakai mcm hana tajima ke ape. org tgk sijil tu weiii. eeeee geram ny ada manusia mcm tuuu.

*ops! sori. terlebih sudaa. haha

Cik Puan Bunga on August 18, 2011 at 10:06 AM said...[Reply to comment]

Loser gila perangai!!

Fuhhh nasib baik i neh pompuan kampung yang natural beauty! *sambil duduk bersimpuh pki kain batik*

yayath on August 18, 2011 at 12:07 PM said...[Reply to comment]

ohhh..kesian jugak...kes teruk sampai nak quit matrik ni...suka hati orang la nak pakai apaapa pun..duinaaa...ada jugak orang macam nih kan..just pakai apa yang kita rasa selesa..n pedulikan je orang lain nak cakap apa..baju kurung kan nampak ayu:)

i yang da keje pun x mampu nak fesyenfesyen nih..muahahaha..mekap lagikk la x pernah beli...

Farahin Zamri on August 18, 2011 at 2:52 PM said...[Reply to comment]

itu namanya melampau .
if obses sangat berfesyen pun jangan sampai nak libatkan orang lain .
paling penting , tahu berfesyen atau tidak takkan ditanya oleh malaikat masa dalam kubur nanti .

Farhan Zukri on August 19, 2011 at 6:09 AM said...[Reply to comment]

suka tengok gadis melayu berbaju kurung tradisional & dress up biasa2... ~sweet <3 :D

myfreecopyright.com registered & protected
 

Blog Coklateyes Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!