Friday, August 12, 2011

Kisah Anak Cina & Anak Dara Di Bulan Ramadhan

Salam semua 

Hari ni aku nak berceloteh dua benda yang aku nak kita semua sama-sama fikirkan. Ada yang best dan yang tak best. Kalau dah nama bulan Ramadhan, aku rasa kita sebagai umat Islam sangat digalakkan untuk menghormatinya kerana bulan Ramadhan bulan yang suci. Malangnya, ada segelintir di antara kita yang tak menghormati langsung bulan suci ni. Tetapi, orang yang beragama bukan Islam lebih menghormatinya. Aku sangat kagum. 

KISAH 1 : ANAK CINA COMEL *wink-wink*

Semalam, aku pegi ke kedai topup di kawasan rumah aku. Auntie tu ada seorang anak perempuan usia 5 tahun.Dia tengah makan jajan sambil minum air kotak. Tiba-tiba bila dia nampak aku, terus dia sorokkan jajan dia tu dan dia minum air sorok-sorok sambil pandang muka aku. Aku tengok gelagat dia tu, terus aku bagitau mak dia.

Aku: Auntie, anak auntie pandai. Dia tahu saya puasa, dia makan sorok-sorok.
Auntie: Yeloh. Saya sudah kasi tahu dia. Bulan ini, bulan puasa. Jangan makan depan customer Melayu. Hormat mereka. Tak boleh makan dan minum.
Aku: Heheh... baguslah anak auntie ni. 

Seriously aku sangat terpegun dengan penghormatan seorang berbangsa cina terhadap bulan ramadhan ni. Dia siap didik anak dia lagi supaya hormat bulan puasa dengan jangan makan depan customer melayu. Aku sangat bangga sebab dia memahami konsep bulan ramadhan tu. Iniliah yang dinamakan saling hormat menghormati. Walaupun berbeza agama dan fahaman, tapi toleransi dan sikap menghormati itu penting. 


KISAH 2 : ANAK DARA COMEL *wekk*

Tapi perkara yang sedih telah berlaku dihadapan mata aku. Pada hari yang sama sebelah petangnya, aku ke kedai buku kat Kluang Mall. Waktu aku tengah usha-usha buku tu, melintas dua orang remaja perempuan Melayu *yang for sure Islam* depan aku. Dan yang menyedihkan, pakaian mereka sangat-sangatlah menjolok mata aku. Mana taknya. Sikit je lagi tersembul dua-dua *tuuuuuut*. Pakai short yang pendek gile, bajet artis Korea lah konon tu. Aku tengok kan aje budak 2 orang ni. Langsung takde perasaan malu. Aku tak paham dengan orang macam ni. Kenapa tak reti menghormati bulan suci ni. Geram seyh! 

Bukan tu je, dah tau seksi gile tu kan, sengaja pulak dihayunkan punggung ke kiri dan kanan. Sambil ketawa kuat-kuat. Dah lah kat kedai buku, ketawa nak kuat-kuat. Takde sivik betul. Aduh, lagi lah aku rasa nak tampar je muka dorang. Menggedik gile. Memang aku sakit hati tengok orang macam ni. Buat selamber je sedangkan semua orang dah pandang semacam dengan mereka. 

Nak letak gambar anak cina je, tak sanggup letak gambar anak dara

So, pada aku biarlah dalam diri kita ni ada common sense sikit. Jangan langgar je semua benda. Biarlah berpada-pada. Kalau ye pun nak melaram, hormatlah orang lain. Jangan sampai agama kita dicemuh kerana kesalahan kita sendiri. Tunjukkan contoh yang baik kepada penganut agama lain barulah kita boleh dihormati. 



9 comments:

  1. mngkin dorg rase up2date pkai mcm tue..mmg x dinafikan skrg rmai ank2 muda yg suke pakai sluar kontot (org KL pggil hot pants) pg jln2 kt shopping mall, kt kdai mkn...digayakan pulak dgn singlet...xtau nk ckp mcmane...pndai2 la fikir sdri kot

    ReplyDelete
  2. kdg2 org islam sendiri yg xhormat agama sendiri..susah betul macam ni..

    ReplyDelete
  3. kalau ye pown baek jgn r pakai baju mcm tuh sekali,,adoyai !!

    ReplyDelete
  4. alahai comelnya anak cina tu... teringat kt ex-student ada (4tahun) anak cina. hehe..pandai baca fatihah, hafaz doa2, solat, dan lebih cpt menghafaz dr pljr islam sndiri. tiba2 rindu kt dia.

    ReplyDelete
  5. Buat malu je .
    Orang bukan Islam lagi tahu nak menghormati dari orang Islam sendiri .
    Macam lah up-to-date sangat pakai macam tu .

    ReplyDelete
  6. Hahh bikin malu je perempuan Melayu tu :/

    ReplyDelete
  7. haha comelnya budak cina macam tu.kat skolah aku budak cina makan depan depan je bajet bagus.haha

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork