Saturday, August 20, 2011

Maafkan Aku...

Salam semua



Keputusan Contest Blog Aku Kena Gigit telah pun diumumkan sebentar tadi. Pertama sekali, aku nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua sekali para peserta contest. Secara jujur aku sangat-sangat berbangga dengan kebolehan korang semua dan bersyukur sebab memiliki kawan-kawan blogger yang benar-benar menyokong aku dalam dunia blog ni. 

Terima kasih jugak aku ucapkan kepada pihak-pihak yang telah menyokong dan memberikan entry penghargaan, beberapa komen serta pandangan terhadap contest aku ni. Seperti biasa, aku jugak baru belajar dalam dunia blog ni. Tak lupa jugak buat rakan penaja Yana Kit Kat yang kecik-kecik, cili padi.  Jadi aku memohon ampun dan maaf atas segala tersilap kata dan tingkah, aku telah mencuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua pihak dan harapnya korang juga berpuas hati dengan layanan yang aku berikan sepanjang contest ni berlangsung. 

Pandangan, komen dan penghargaan daripada korang semua sangat bererti bagi aku dan akan aku gunakan sebaiknya dalam mematangkan diri ni. Semoga kita semua menjadi blogger yang berhemah dan bijak dalam merencana apa sahaja yang berlaku disekeliling kita. Terima kasih banyak-banyak dan sama-samalah kita terus menyokong sesama blogger. Jangan serik untuk berkunjung lagi ke blog aku ye.... 


p/s: ada gaya ucapan wakil rakyat tak? 



6 comments:

  1. hehe..mestilah akan terjah selalu innanie:)entry bestbest la^^heeee:)

    ReplyDelete
  2. wah wah:)
    ngade2 plak dia...setiap orang kan xperfect..so jangan cedih2;)

    cenyum2 skit

    ReplyDelete
  3. apaka?haha..adui la..ucapan xleh blah..even ifa kecewa..tetapi gelak je baca n3 nie..haha

    ReplyDelete
  4. wahh..ade contest ke??

    ohh myy..yea...mmg da trlpas..huhu..

    mrs.asrafovic len kli slalu2 la on9..:(
    xpe..next time nk join..:)

    ReplyDelete
  5. Salam Innanie...

    Apa-apapun tahniah kerana bukan senang nak jadi penganjur.. jadi peserta mudah tapi nk menganjurkan sesuatu pertandingan memang susah...

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork