Wednesday, August 3, 2011

MENCAPUB Bukan Cara Aku!

Salam semua

MENCAPUB. Tau tak anda apa itu makna mencapub? Setahu aku, mencapub adalah gabungan dua perkataan MENCAri PUblisiti. Ada orang kata, aku mencapub sebab gunakan nama-nama besar dalam entry aku kebelakangan ni. Tu semua katanya untuk tarik traffik ke blog aku. Hehehe... senyum simpul aku bila dengar macam tu. No.No. Aku tak mudah melatah. But, let me explain to that person.

Pernah tau tak macam mana rasanya bila jatuh cinta senyap-senyap dengan seseorang? Bila kita jatuh cinta, secara tak langsung kita mesti bagi hint kat orang yang kita suka tu kan. Contohnya daripada pandangan kita, body language kita. Dan.. daripada korang usha-usha tu, satu hari orang yang kau cintai tu bagi respon. Apa pulak perasaan kau? Mesti kau rasa happy gila kan. Kau mesti nak share berita gembira tu pada semua orang kalau boleh. Even, orang yang kau cinta tu hanya sekadar balas senyuman kau je.

Macam tulah dalam dunia blog.  Bila kita admire atau meminati seseorang yang juga diminati ramai orang, walaupun hanya sekali je dia datang kat blog korang atau blog korang dalam perhatian mereka, itu sudah cukup membanggakan. Malahan bagi blog picisan macam aku, perkara tu boleh dikategorikan "Sweet Memory der!". Sama macam artis pebret korang datang say hi pada korang than blah. Mestilah keterujaan tu meningkat. Lantas korang akan abadikan sweet moment tu dalam entry. Bukan untuk berlagak apatah lagi menumpang populariti. 

Jadi, berwaspadalah dalam menilai dan melabel entry seseorang. Jangan baru baca tajuk je terus kata "Ah, kau show off lah!" atau "Eleh, baru sorang artis datang jenguk dah gebang. Blog aku dah limaploh artis, rileks je. Tak de buat entry bagai pun!". Ah! Itu cara kau. Cara orang tak reti nak hargai orang lain. Tapi cara aku lain dan aku suka dengan cara aku sebab aku rasa, penghormatan kepada orang lain adalah perlu supaya diri kita juga dihormati. 


p/s: Bukankah hidup kita saling memerlukan? Takde orang boleh hidup sorang-sorang! Ignore.Small Matter.



11 comments:

  1. apelah masalahnye orang tuh??bukan kite buat fake belog blogger pemes pown,,menulis tuh kan style kite sendiri.

    ReplyDelete
  2. totally agree with u dear! ;) ntah2 dorg jeles la tu.. bese la.. manusie.. ;)

    ReplyDelete
  3. ala dengki la tu dia punya idola tak dtg blog dia..ngeee..

    ReplyDelete
  4. Chill sayang! :D

    Jangan dilayan manausia begitu! Teruskan bergembira! :D

    ReplyDelete
  5. tersangat la setuju dgn entry kamu ni..tp yelah kdg2 manusia ni sebenarnya jeles dgn apa yg kite ada..2 pasal dok kata org lain mcm2..sng citer, gune jew ayat ni kat tukang dengki tu--> kau ader??hahahaha :)))

    ReplyDelete
  6. x semua suke kn kita kn,, heehee cool sudeyh~~ ^_^

    ReplyDelete
  7. ehehhe....biarla mereka dengan dunia mereka..aku blogging ni pun mau sampaikan apa yang ku rasa je,..kalau ada somebody yang nak muntah ke apa ke..korang punya hal la..xnak bace sudah..just klik X..jangan menyusahkan diri..

    nice entri..saya follow sini ya..
    kalau sudi follow saya balik la k..

    ReplyDelete
  8. hahha tulah pasal, saya buat entry ada tajuk nama fatin liyana terus kene sembur. Meluat tau...

    ReplyDelete
  9. Lepas tu saya ubah tajuk jadi "Jangan Bukak Entry Ni" tapi orang baca jugak. Dah traffic blog kite mantap nak buat macamne kan? hohoh!

    ReplyDelete
  10. hehe orang gitu jeles namnye akq
    hak kite nak share ape2 pon kan
    tp xyah la smpai ckp mencapap segala
    fara pon kene label cmtu ngn kawn
    sob2 sedy :D

    ReplyDelete
  11. jap lg jacky chan dtg baca blog anda! ... keke

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork