Monday, August 1, 2011

Partner Sahur & Berbuka Terbaik Buat Aku Ketika Di Kampus

Salam semua

Aku masih tak habis lagi dengan kenangan Bulan Ramadhan aku. Memang benar kan Allah itu maha mengetahui. Disaat ayah aku sakit macam ni, seluruh IPTA tahun ni dapat cuti semester 4 bulan. Maknanya, tahun ni aku puasa full sebulan beradi di rumah. Boleh lah jaga ayah lagi. Tapi aku tak nak cerita sedih-sedih. Nak cerita tentang pengalaman aku berpuasa di perantauan. Ecececeh... macam jauh sangat lah UM dengan Johor kan. Yer bagi aku yang rapat dengan family ni, bulan puasa merupakan bulan yang agak menyedihkan lah sebab sahur kena bangun sendiri. Buat air sendiri. Dah tak de mak nak siapkan. Tapi, aku sangat bersyukur dan beruntung dikurniakan seorang sahabat sebaik Shakirin Saad. Lelaki yang bertanggungjawab *naik saham kau Kirin.

tunggu buka
Disebabkan masing-masing jauh dengan keluarga, aku dengan Kirin berpakat untuk buka dan sahur sama-sama. Waktu tu merupakan tahun pertama Kirin puasa jauh dari keluarga dan pada aku, itu kali kedua. Setiap malam kiteorang sahur sama-sama. Part yang best, aku akan kejut Kirin dan Kirin juga akan kejutkan aku untuk bangun sahur. Sapa yang cepat tolong orderkan dengan abang cafe juadah sahur kiteorang. Kiteorang akan sahur dengan makanan yang sama. Nak tau apa? Susu coklat dan satu set western food. Ada frankfurter, patties, fries yang digaul dengan telur, sos dan mayonis. Itulah yang kiteorang makan hampir setiap hari. Bukan takde makanan lain. Tapi itu je yang boleh telan. Penah sekali tu, masing-masing penat. Tak bangun dan akhirnya dua-dua tak sahur. Memang kalau diikutkan malas nak turun cafe dan sahur tapi aku selalu kenangkan Kirin. Kesian dia sahur sorang-sorang kalau aku takde. Jadi penat macam mana pun, gagahkan jugak diri turun sahur. Dia pun sama. Sentiasa ambil berat pasal aku. Dia siap call mak aku lagi cakap jangan risau, kiteorang akan sahur dan buka sama-sama. 


muka ngantuk.. mesej mak bagitau dah bangun
juadah sahur. Susu untuk kuat!

Waktu berbuka pun sama. Kiteorang akan contact lepas habis kelas dan plan nak buka kat mana. Kadang tu, pergi bazar Ramadhan kat Kerinchi sama-sama. Dia beli sikit, aku beli sikit pastu share. Seronok bukan kepalang masa tu. Kalau malas nak pegi bazar, jawapannya makan kat cafe lah. Kena turun awal-awal untuk book meja. Lambat sikit, jawapannya memang takde tempat nak makan. Bila dah boring, tak tahu nak makan apa, mula lah masing-masing rindukan masakan mak.

dua orang je nak makan padahal. beli tak hengat!
Sesungguhnya memang seronok berpuasa di kampus. Penuh dengan kawan-kawan. Lebih-lebih lagi dapat kawan yang macam Kirin. Sentiasa ada dekat aku dan bertanggungjawab. Akan tanya aku buka kat mana, dengan sapa. Semuanya dia mesti amik tahu. Susah nak dapat kawan macam dia. Waktu tu, memang terubat sangat kerinduan dengan family. Thank you so much Kirin for being a good friend of mine. 


11 comments:

  1. best klu bersahur dan berbuka ada yg temankan kan..:)

    ReplyDelete
  2. bestkan bila bersama kawan-kawan..
    jadikan ia sebagai kenagan ye!

    ReplyDelete
  3. untung lah dpt kawan sebagus tuh,, susah senang same2,,time kt mtrk ade lah kwn2 amek berat,,masuk u sahur n buke depan lappy,,huhu

    ReplyDelete
  4. nape cam familiar je muke kirin ni? hihi. waaa. sedaap nye western food tu. fiqa mkn kat dewan mkn je.

    ReplyDelete
  5. baguslah dapat kawan sebaik kirin ni...kalau nak buat apa2 pun mesti ingat dia kan... taklah terasa sunyi sangat.

    selamat berpuasa cik innanie...
    gulpppp...sedapnya juadah sahur tu!

    ReplyDelete
  6. best nya makan western mse sahur..
    yang part fries ngan mayonis tuh best...

    selamat menjalani ibahdah puasa in_ni ^^

    ReplyDelete
  7. sedapnyer makanan kat atas tuh..terliuq kejap

    ReplyDelete
  8. untung dpt kawan cmni!
    ciri² lelaki idaman ni..hehe

    mase puase mmg besh lau besame kawan²
    de ase nikmat puase uh len ckit an.

    hehe,pape pon.

    selamat berpuase =)

    ReplyDelete
  9. mcm bf jep...hehehe...lau sahur jauh dr family mmg jarang shira turun sahur..:)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork