Tuesday, August 2, 2011

Update Sebulan Sekali Tapi Visitor Hari-Hari Ramai Giler. Ini Pandangan Peribadi Aku!

Salam semua


Sebelum berbuka puasa tadi, aku ada post entry yang meminta korang komen berkaitan isu panas ni. Malahan aku jugak mintak pandangan blogger senior, Abang Ben Ashaari. Isunya adalah berkaitan Update Sebulan Sekali, Tapi Visitor Hari-Hari Ramai Giler. Untuk entry sebelum ni, korang boleh KLIK SINI untuk baca.

Baiklah, aku mulakan komen dan pandangan aku dengan mengetengahkan komen Abang Ben:



Secara jujurnya, aku bersetuju dengan pandangan Abang Ben. Bukanlah sebab dia blogger senior, aku terus terima bulat-bulat apa yang dia kata. Tapi aku bersetuju atas beberapa asas.

1. Entry yang bermanfaat

Seperti yang  pernah aku sebutkan sebelum ni, blog bukan sekadar satu tempat bersuka ria tapi lebih kepada perkongsian ilmu, pandangan dan pendapat yang bernas. Jadi, adalah lebih mustahak supaya setiap entry yang dihasilkan mestilah mempunyai unsur yang bermanfaat kepada pembaca. Walaupun dengan hanya satu entry, tapi sekiranya entry tu sangat berguna dan boleh diterima, maknanya penggunaannya akan berterusan sebagai bahan rujukan.


2. Kualiti dan bukannya kuantiti

Pandangan peribadi aku melihat kepada dunia blog hari ni, ramai blogger terutamanya yang masih muda belasan tahun, menjadikan blog sebagai diari. Segala apa yang terlintas di kepala, apa yang terpendam dihati, ditulis di blog. Boleh aku tau, semua tu untuk apa? Secara jujur, aku tak berapa berkenan dengan blog yang sentiasa menjaja cerita peribadi. Ini kerana, pandangan dan penerimaan orang adalah berbeza-beza. Takut tersalah tafsir, akan memburukkan keadaan. Yang mendapat malu adalah kita juga. Sama halnya dengan jumlah follower. Aku tak pernah melihat kualiti sesebuah blog melalui jumlah follower kerana pada aku, follower boleh dimanipulasi. Tapi aku juga tak menolak mereka yang selayaknya memiliki follower yang ramai. 

3. Jadi kreatif & Jaga sensitiviti

Visitor atau tetamu  yang datang ke blog kita setiap hari adalah berbeza-beza.Mood mereka juga berubah-rubah.  Jadi, sebagai tuan rumah, aku rasa adalah lebih elok dan manis jika kita cuba pelbagaikan hidangan yang kita berikan. Tak kan lah, setiap kali update, kita akan bercerita kisah kita pegi photoshoot je memanjang tak pun cerita kita beli barang berjenama. Boleh naik jemu dibuatnya. Secara terselindung, visitor akan menganggap tuan blog show off. Jadilah kreatif dan jaga sensitiviti setiap pengunjung blog. *kalau boleh


4. Paras Rupa Satu Bonus

Aku pernah jumpa satu blog yang baru 3 bulan je usianya tapi follower dah hampir 5000 orang. Hebat tak? Aku cuba cari dimana kekuatan blog Cik Hot ni, oh... kuncinya sangat mudah. Setiap entry ditampal banyak gambar dirinya dalam keadaan ayu. Malahan setiap entrynya akan menerima puji-pujian yang melambung. Saban hari, follower naik mencanak-canak. Adakah itu follower yang berkualiti? Sekali lagi, aku lebih prefer blog yang berkualiti entrynya. Kenapa? Mudah je jawapannya. Sebab aku rasa, dunia blog merupakan medan perkongsian pendapat. Bukan medan menjual diri dan rupa. Mungkin akan ada yang kata, "sebab kau tak lawa kau cakap macam tu!" Oh, tidak. Aku pernah berbual dengan seorang blogger femes yang pada pandangan aku dia sangat cantik. Dia jawab simple bila aku tanya, "Eh, follower awak beribu sebab awak cantik kan?" Katanya "Blog adalah satu dunia maya. Semua orang nak nampak cantik dan baik dalam dunia tu. Tapi percayalah, kalau kita ikhlas tulis blog, berkongsi ilmu dan pendapat yang bernas tak perlu tayang muka, blog kita dah nampak 'cantiknya'!" 


Kesimpulannya pada aku, tak perlu jeles dengan mana-mana blog yang visitor ramai setiap hari walaupun updatenya kurang. Binalah identiti sendiri dan jadi blogger yang matang. Pengalaman merupakan guru yang paling berguna dalam semua bidang termasuk dunia blog. Percayalah pada apa yang korang lakukan. Jika korang percaya dengan diri sendiri, barulah follower akan percaya pada korang. Great idea will produce a great leader!


p/s: Yes, i am not perfect too. Perhaps not a famous blogger. But this is just my personal view. Feel free to object mine! =) And please jangan compare diri kau dengan orang lain. Boleh meroyan dibuatnya!

Minor update: Aku dan Abang Ben mempunyai pandangan yang sama. Baca Entry Abang Ben YANG INI.

"Sasaran aku adalah .. " Betul la tu Ben .." .. " Aah.. saya setuju " atau " Ben , saya rasa pendapat awak tu tak berapa betullah .. " .. Itu yang aku mahu.. perkongsian pendapat.. Perkongsian ilmu.. Perkongsian cerita .." Ben Ashaari

18 comments:

  1. waahhh...gee setuju statement " blog bukan medan menjual diri dan rupa.." yg penting entry yg kita kongsikan..(^_^)

    ReplyDelete
  2. tadi ade baca tajuk...
    tp x sempat nak baca semua sebab kuar..ni baru ade kelapangan utk tgk dan baca...hehehe

    setiap org ada pandangan berbeza terhadap blognya...

    tapi rasanya blogger tetap punya satu matlamat iaitu mahukan setiap apa yang ditulisnya dibaca oleh orang lain. betul x? kalau tdak buat apa pecah2 kepala nak hasilkan entry yang menarik jika tiada yang membaca? baik privatekan jer blog tu.

    tentang blog yang dapat beribu visitor walaupun di update sebulan sekali, pada belalang mungkin dia dah stabil atau blog dia mempunyai sesuatu ilmu seperti tutorial blog.
    tapi rasanya lebih baik kerap update supaya pembaca tidak merasa bosan apabila datang baca entry yang sama...

    ops, panjang pulak belalang tulis... :) sori yer...

    ReplyDelete
  3. great entry!
    thanks for sharing.

    sy pun blh dikira baru stahun jagung.hehehe tgh blaja2 blogging lagi.hehehe.

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  4. Untunglah setakat guna muka cantik utk tarik follower. Takpe kak in_ni, kita mula sikit2, guna netri berkualiti :)

    Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  5. tengah belajar untuk buat entri yg berkualiti. :)

    ReplyDelete
  6. entri yang sangat bagus dan berkualiti.. harus disebarkan dan dikongsi..

    blogger ada cara masing2 da kepuasan masing2.. kita hanya harus memandang semuanya dari sudut positif... sekiranya ada perasaan negatif di hati, itu yang tidak elok sebenarnya..

    jadilah blogger yang gembira,, selesai masalah..

    ReplyDelete
  7. wahh betul tu.. saya setuju...

    happy blogging :)

    ReplyDelete
  8. yes...sokong sangat yang kita kne ikhlas tulis blog..
    patot la blog in_ni byk visitor ^^..

    ReplyDelete
  9. mang skrg org kejar trfc...but 4 me..entry kne bgus n org nk bace...atleast wlaupun tntg dri sndri yg psti mnrik..bgs entry nie..iejjah dlu buat blog xpnah pkir sal trffic cz xtau bnda alah 2...bru2 nie jek bru tau sal trffic nie..kahkahkah..dlu buat blog cz trse nk wat..cam mnrik..haha :}

    ReplyDelete
  10. yes...trying my best to gain more followers...di samping itu...mendidik saya menulis dengan lebih baik dan ultra-sensitive pada sekitaran...
    satu lagi sekarang dah jadi gile amik gambar di mana-mana sebab nak jadikan bahan blog...
    hik hik hik...
    nice advise

    ReplyDelete
  11. yup setuju dengan kamu..
    kualiti yg dicari bukan populariti

    ReplyDelete
  12. sokong betol la tu..tp blog jijah banyak kongsi ilmu,tips tak de jugak org dtg.. skrg smua org suka baca ttg personal bukan ilmu. tapi bg jijah ilmu tu penting utk kita share kat spe2. tak sedih pon.. kalau org nak ilmu dr jijah. org dtg. tak nak tak paksa. sbb jijah sedar tak ramai org minat dengan blog berilmu..weee~~

    ReplyDelete
  13. Huhu.. pernah aku upload gambar guna link, aku tak tau pun selama ni guna skill tu adalah mencuri bandwidth orang. Satu tamparan paling hebat ar, siap kene kutuk lagi kat blog orang tu. hahaaha. memang padan kat muke aku gak la, selama ni buat kerja jahat tak sedar dah buat kerja jahat.. habis blog aku dijaja kat blog makcik tu. walaupun dia tak show link pon.. perghh. memang makan dalam ar, sampai skarang aku susah nak lupakan. kehkeh..

    ReplyDelete
  14. terima kasih,dtg rumah..bak kata orang..biar skit entry tapi sarat pengajaran,pelajaran..keiktibaran...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork