Tuesday, September 6, 2011

Aku Benci Blogger Letak Link Palsu Pada Shoutbox dan Entry!

Salam semua

Aku tak pasti dah berapa lama benda ni berlaku. Tapi, aku kena dalam 2-3 minggu ni jugak. Aku berangin sangat bila orang letak link blog palsu kat shoutbox. Sakit jiwa aku. Memang rasa nak maki je orang tu. Konon-konon tulis bagi komen atau puji blog kita, jadi sebagai blogger yang baik hati, aku pun berminatlah nak terjah balik orang tu kan, tapi sekali aku yang terkena. Cilakak! Mana taknya, dia letak link advertisement dia. Memang kena sumpah dengan aku.

Ni antara dua nama yang aku detect. Korang bacalah komen apa dia bagi kat shoutbox. Memang pancing kan? Sialan betul. 



Seriously wei, aku harap janganlah guna taktik kotor kalau ye pun nak advertise. Jangan pancing orang macam ni. Kalau setakat nak suruh aku klik than bagi korang doploh sen, bagi tau je lah, aku boleh klik kot. Tapi bila kau bagi fraud klik macam ni, memang kau dapat doploh sen, tapi ada bonus, kau dapat sumpah seranah sekali. Haish... sabar je aku dengan orang macam ni. Low-class minded! Bukan tu je, ada jugak blogger yang letak fake link dalam entry. Konon-konon link tu adalah untuk pergi ke blog referral tapi bila klik rupanya dia letak link nuffnang dia. Menyirap aku!

Bukanlah aku berkira sangat untuk klik-klik tu, memang aku tak rugi apa-apa pun, tapi perbuatan menipu tu aku tak boleh blah. Daripada aku ikhlas nak klik, terus jadi tak ikhlas. Kalau ye pun nak dapatkan income lebih melalui blog, bukan begini caranya. Gunalah cara yang betul ye.



23 comments:

  1. salah satu sebab tak nak guna shoutbox yg banyak benda2 tipu cmni..letak link bible ape bagai

    ReplyDelete
  2. hehe standard la tu mmg sakit hati bila terkena!

    ReplyDelete
  3. hahaha aku pon kesan org yg sama.. sbb tue aku dah tak click link orang tinggalkan kat shoutmix sbb nielah.. ;)

    ReplyDelete
  4. laaaa ade lg kie owg ltak link ads?? ingat skrg dah xde... dlu kemain galak lg owg wt..

    ReplyDelete
  5. biase la tu...kalo link dah pelik2 tu mmg takkan klik punye la....

    ReplyDelete
  6. memang selalu dah terkena. kadang-kadang dia guna 2-3 nama, padahal orang yang sama. sendiri ingat lah hasil dia bila kita tak redha. haha.

    ReplyDelete
  7. laah same lah. i pon terkena ! tah pape je care kotor nak dpt untong..

    ReplyDelete
  8. hehehe. bese lah tu. taktik nak dpat duit kot. lagipon, susah kan nak tangkap org2 camni. bukan gune nama betul pon. and worse dia guna nama org yg tak buat benda ni. kira fitnah, and dosa

    ReplyDelete
  9. siapa ada shoutbox wajib terkena penangan macam ni. entah negara mana datangnya lagilah kan.



    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  10. salam, macam-macam cara org nak kempen biz mrk....sabor je lah.

    ReplyDelete
  11. selalu sgt terkena..bile x return visit/x reply komen org ckp kite smbong... Y_Y

    ReplyDelete
  12. bese lah tuh..nk dpat trafik..abaikan je..

    ReplyDelete
  13. inanie, kadang2 ada yang letak link virus. so beware. kite pernah kene dulu.. bertahun dulu la. skarang nak klik terus tu da tak berani, habis lappy kene format :(
    so cara betul right klik je kat shoutbox tu.. seramm neyh

    ReplyDelete
  14. ha'ah..x suka la yang menipu mcm tu..
    saya pun selalu terkena..

    ReplyDelete
  15. Selalu sangat kena , memang hangin aje .

    ReplyDelete
  16. awak, saya nak mintak kebenaran nak ambik gambat shoutbox kat post nie.. saya jugak nak buat entri pasal menipu nie.. nanti saya keraditak kat awak..link post nanti saya post kat shoutbox awak

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork