Friday, September 2, 2011

Aku Marah Dengan TV3 Pasal Insiden Semalam! Harap Ada Penjelasan.

Salam semua

Aku rasa musim perayaan ni, dah jadi satu trend untuk syarikat-syarikat penyiaran berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menarik minat penonton dengan menyiarkan filem-filem Malaysia. Itu aku takde hal lah, memang bagus pun sebab menyokong industri filem tempatan. Kang kalau siarkan filem Hollywood, kompem-kompem lah persatuan yang menaungi artis dan para pengarah filem komplen itu ini. Kata bias lah, pilih kasih lah. Macam-macam lagi isu yang timbul. 


Cuma yang menyebabkan hati aku rasa geram adalah TAK BOLEH KE KAU TAYANG CERITA LAIN? Balik-balik cerita yang sama. Hari biasa cerita itu, hari raya pun cerita itu. Pulak tu, cerita lama. Yang dah keluar 7-8 tahun lepas. Apa Malaysia ni dah tak der filem lagi ke? Aku dengar setahun hampir 30 filem dikeluarkan. Kiranya purata sebulan 5 filem lah kan? Tapi, bila hari raya, hari yang special bagi Umat Islam yang merupakan majoriti di Malaysia, cerita yang ditayangkan mesti cerita yang sama. Tahun lepas cerita tu, tahun ni pun cerita tu. Yang berbeza channelnya je. Kalau tahun lepas Astro, tahun ni TV3. Lebih kurang gitulah. Ni aku kepilkan jadual tayangan cerita dan filem sempena raya 2011 di TV3. Berapa banyak cerita yang korang dah tengok @ yang korang dah tau memang tak best? Bagitau aku.


SKRIN RAYA:

-Duyung - Minggu Raya Pertama, 2.00petang

-Jin Notti - Minggu Raya Pertama, 3.00petang
-Senario Ep 1 - Minggu Raya Pertama, 2.00petang
-Syurga Cinta - Minggu Raya Pertama, 2.00petang
-Kecoh Betul - Minggu Raya Pertama, 2.00petang
-Susuk - Minggu Raya Pertama, 5.00petang

FILEM RAYA:

-Jangan Pandang Belakang Congkak - Minggu Raya Pertama, 5.00petang
-Momok The Movie - Minggu Raya Pertama, 5.00petang
-Brainscan 21 - Minggu Raya Pertama, 6.00petang
-Ladyboss - Minggu Raya Pertama, 6.00petang
-Congkak - Minggu Raya Pertama, 6.00petang
-Adnan Sempit – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
-Zoo - Minggu Raya Pertama, 9.00malam
-4 Madu – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
-Senario Beach Boys – Minggu Raya Pertama, 9.00malam

Kalau korang tak percaya korang tengoklah Astro Ria, dari raya pertama hingga ke tujuh, daripada 7 cerita yang ditayangkan, 5 dah disiarkan pada hari biasa contohnya Lu Fikirlah Sendiri, Adnan Sempit , dan cerita-cerita zaman Tok Kadok. Kata ada channel khas Aidilfitri Fiesta, ingatkan adalah cerita best dan terkini, tapi keluar jugak cerita Gerak Khas The Movie yang dah dekat 10 tahun lepas keluar.  TV 1 pulak, Cinta Kolestrol dan beberapa lagi cerita lain yang orang dah jemu sampai muntah nak tengok lagi. Aku tak taulah apa masalah syarikat-syarikat ni. Nak kata bersaing, aku rasa macam bodoh dan looser sangat sebab bersaing dengan mempertaruhkan cerita-cerita lama. Kalau betul-betul nak tarik penonton dan bersaing, keluarkan lah cerita-cerita baru dan terkini. Bukannya takde sumber, mintak je dekat Finas semua salinan ada. Kalau takde sumber pun, usahakanlah. Bukannya takde modal!

Sesuai ke nak tengok adengan ni dengan anak sedara korang umur 3 tahun?
Yang kedua, aku tengok dah jadi trend kat Malaysia bila hari raya keluarkan konsert. Aduhai. Sedih aku tengok. Bulan baik, hari baik, takde ke benda baik untuk santapan mata. Baru je nak menjaga mata daripada pandangan maksiat. Sebulan dicuci dan dijaga, tapi bila bulan raya. Amek kau! Terbeliak bijik mata. Kau tau tak berapa ramai anak-anak buah aku  yang terjengil mata bila tengok artis pakai seksi melinjang-linjang atas pentas macam orang kena histeria? Nampak ketiak, nampak betis dan peha, nampak lemak sana sini berayun-ayun.

Bukan tu je, semalam kat TV3 , sapa ada tengok filem Susuk(filem tahun 2008) yang dilakonkan Diana Rafar, Aleeza Kassim dan Ida Nerina. Menjerit aku dengan anak-anak sedara aku bila mana scene Aleeza Kassim pakai bikini dan berbogel di tepi swimming pool ditayangkan tanpa ada potong-potong!!! Aku naik hairan dan bertanya sesama sepupu-sepupu aku yang dewasa, "Eh, apasal dorang tak potong bahagian tu ek? Orang TV tidur agaknya!" Takde langsung rasa bersalah. Bukannya tak tau, bila hari raya of course lah family akan berkumpul. Dari sekecil-kecil budak sampai sebesar-besar bapak budak duduk sama-sama depan tv sambil beraya. Jadi, bila rancangan tak bersesuaian yang ditayangkan, aku dah rasa macam sesi tengok video blue beramai-ramai! Melampau dan keterlaluan! Seriously aku marah dengan TV3 semalam sebab tak peka langsung dengan sensitiviti agama. Ditambah pulak, di bulan mulia ni. 

Aku rasa sedih dan kesian sangat dengan orang Malaysia yang terpaksa menadah je apa yang disajikan. Pada aku lah kan, sepatutnya syarikat penyiaran rebut peluang ni dengan baik. Jangan ingat rakyat Malaysia bodoh dan amalkan sikap melepaskan batuk di tangga. Aku harap sangat ada syarikat-syarikat penyiaran yang sudi merungkai persoalan aku ni dan menjawab isu panas yang aku ketengahkan ni dengan logik dan diterima akal. 



9 comments:

  1. Betol2..kan ade part dalam susuk tue tima ppompuan tu kat swimming pool..haish..da la pakai bikini je..x
    cencor...

    ReplyDelete
  2. sebab itulah aku tak tngok tv.. dah tahun aku boikot tv.. haha..
    tambah2 lagi tv3 ..

    ReplyDelete
  3. btol3..
    ag 1 jnji lain tp siarkan yg lain..
    ptotnye smlm kol 7 rncgn siapa terhebat..
    tp smlm dorg tygkn saya terhebat yg dah main thun lpas pnye..
    xbest btol..

    ReplyDelete
  4. btol3..bosan je tgk tv skang,..lebih baek layan korea...

    ReplyDelete
  5. cerita yang ditayangkan semuanya membosankan. baik layan cerita P. Ramlee lagi best.

    ReplyDelete
  6. betul3...semua cerita yang sama dan kurang menarikkk..huhu..sebaek ada sorang anak sedara yang suka sangat tengok baby tv..layan je la:)hehehe

    ReplyDelete
  7. satu hal lagik, asal raya je cite antu..apehal eh?..

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork