Tuesday, October 25, 2011

Blog Hosting : Apa Perlu Aku Tahu? Bantuan Diperlukan!

Salam semua



Aku tak sure dalam membuat keputusan ni. Sebab aku takde guidance dan aku takde pengalaman dalam bidang ni. Ada basic knowledge je. Tapi masih banyak persoalan yang berlegar-legar. Melalui pemahaman aku ni lah kan *entah betul atau tidak*, hosting ni ibarat kita beli bilik kita sendiri. Kalau under blogspot maksudnya kita menumpang je. Jadi keselamatan blog tak terjamin. Betul ke? Secara amnya, yang aku tahu beberapa kebaikan berhosting sendiri:

1. Boleh elakkan blog daripada hilang sendiri didelete blogspot. Tahap keselamatan meningkat kot.
2. Boleh naikkan trafik blog.
3. Lebih mudah untuk disearch dalam enjin pencarian
4. Nampak lebih "Kelasss Kau Maria" sebab ada '.com' kat belakang URL kita
5. Blog akan secara sahnya milik kita

Ha, itulah basically yang aku tau pasal hosting sendiri ni. Ciput giler kot. Maksudnya banyak benda yang nak tanya. Tapi aku tak tau nak tanya pada sapa dan macam mana. Maklumlah benda macam ni, aku memang akan banyak tanya. Antara soalan yang aku nak tanya:

1. Hosting sendiri tu macam mana sebenarnya?
2. Bayaran tahunan tu, maksudnya setiap tahun kita kena bayar fee lah ye.
3. Hosting sendiri, space akan limited. Kalau nak guna lebih, kena tambah duit lagi? 
4. Bandwith tu semua bagai, apa dia ye?
5. Apa kebaikan paling utama & sebab orang pilih hosting berbanding guna blogspot ni?
6. Tips dan perkara utama yang perlu diambil kira untuk memilih pakej hosting yang terbaik?
7. Macam mana nak transfer semua data blog kita ni? 
8. Kalau tak guna hosting sendiri, tak boleh ke?
9. Ada keburukan atau kelemahan tak berhosting sendiri ni?

Kalau nak diikutkan banyak lagi yang aku nak tanya. Maklumlah, aku tak berapa mahir bab-bab dalaman internet ni. Basic je tau lah. Sebab aku ada terfikir untuk berhosting sendiri ni. Cuma, masih 50-50. Jadi, aku memang berharap sangat ada pihak yang sudi menjawab persoalan aku ni. Tak kisahlah nak jawab kat komen atau nak forward link entry korang yang berkaitan hal ni ke. Lagi aku bersyukur kalau ada yang sudi untuk bincang face to face. Maklumlah, aku ni kan banyak tanya. Kehkehkeh. So, i really appreciate mana-mana blogger yang sudi membantu. Especially yang dah ada hosting sendiri tu. Apa perbezaan yang korang rasa sebelum dan selepas berhosting ni. Atau mungkin ada saranan, pendapat. Apa sahaja buah fikiran korang berkaitan hosting, sangat-sangat aku alukan. Terima kasih! 


p/s: Tiba-tiba rasa macam nak deal project besar pulak. hehehe


6 comments:

  1. sama lah... me pun tak tau sal hosting2 ni.. hek2, jom tanya pd yg pakar.. :)

    ReplyDelete
  2. alahai sayam..mish pun tak berapa tau...dulu ada gak zaer nak tanya2...apa kata innanie try tgk kat blog ciktom.com

    ReplyDelete
  3. Alamak..
    Tatau lah nak tolong mcm mana..

    ReplyDelete
  4. Saya jawab di entri berikut:

    http://www.hasrulhassan.com/2011/10/9-persoalan-mengenai-blogweb-hosting.html

    ReplyDelete
  5. fiza ade buat entry pasal domain dan hosting ni dulu..
    A1:boleh bace sini http://www.azhafizah.com/2011/06/apa-yang-lebih-guna-domain-sendiri.html

    A2:setiap tahun kene bayar..kalau nak bayar banyak tahun pun boleh..>.<

    A3:space tak limit kot..kalau blogspot yg limit sebab fiza pernah kene..size data dah limit..terpakse delete gambar2 yg lepas..sebab tu fiza tukar domain..hehhe..rasenyer unlimited kot.

    A4:bandwidth dalam mane ye?

    A5:boleh bace pada link A1

    A6:pilih yg biase pun dah memadai.ade yang pro..ape ntah lagi..lupe lak..tapi lain2 harge lah..lagi mahal kot..since kite blogger biase je lagipun not full time blogger kan..better amek biase je kot..tapi kalau mampu why not amek yg lebih tu..>.<

    A7:tak perlu transfer..nanti die akan auto after some settings..cume tukar domain..data tak bertukar..

    A8:gune hosting blogspot tapi domain sendiri..

    A9:boleh bace pada link A1 jugak..

    ok tu je la yg fiza tahu..harap dapat membantu..
    ^__^

    ReplyDelete
  6. jiwakacau.com tau psal hosting ni..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork