Saturday, October 8, 2011

Blogger Ditahan Polis.

Salam semua

Malam Rabu yang lepas, aku dengan blogger Yaya balik dari Mock Trial UM. Boleh KLIK SINI untuk pengesahan. Jadi selepas habis Mock, lebih kurang pukul 12 malam, perut si Yaya berkeroncong seolah-olah ada Konsert Zapin Johor dalam tu. Jadi kiteorang pun decide nak pergi makan kat area Seksyen 14, PJ. 

Memang kiteorang dah nampak polis dari jauh sebab lampu biru yang terang bagai tu kan. Tapi kiteorang dengan konfidennya *sebab memang takde buat salah* lalu lah depan kereta polis tu. Tup-tup dia follow dari belakang. Agak jauh jugak dia follow around 6-7 minit. Siap berlampu biru bagai. Dah orang sekeliling pandang semacam. 

Suddenly, betul-betul sampai depan Jaya 33, dia bukak speaker dah! "Kereta nombor plat bla...bla..bla... sila berhenti ke tepi!". Time ni aku dengan Yaya dah kering darah dah. Nak lari takut nanti jadi kes Aminur Rashid. Aku suruh Yaya berhenti. Aku tengok Yaya, Yaya tengok aku. Masing-masing tengok kekurangan diri. Kesalahan apa yang dah dibuat wei? 

Datanglah sorang polis tanpa uniform *sekadar pakai jaket kuning sahaja* ke arah kereta. Muka senyum-senyum. Ingatkan nak mintak penampar rupanya  mintak lesen dan kad pengenalan. Masa tu aku siap boleh nasihatkan Yaya, "Rilek Yaya, rilek. Jangan cuak." Padahal dalam otak aku tengah recall, apa panduan yang aku baca bila kita di tahan polis. Tapi sumpah, semua terbang melayang ntah mana. Ceh! Di saat ni, macam-macam kemungkinan yang aku bayangkan. 

1. Kalau tiba-tiba polis cakap, "Cik, jom ikut kami ke balai. Kereta cik ni terlibat dengan bla..bla..bla!". Kompem kat situ jugak aku pengsan. Sapa nak jawab dengan mak bapak aku wei. 

2. Tak pun, "Cik, awak ditahan sebab awak suspek bla-bla-bla!". Dah sah aku kena buang universiti!

3. Lagi dashat, "Cik berdua pemilik blog bla-bla-bla kan? Ikut kami ke balai untuk siasatan". Oh tidak kau ingat blog kau femes? 


Itulah antara imaginasi aku. Abang polis tadi pun datang balik lepas catat something. Aku tanya kat dia. 

Aku: Bang, kiteorang buat salah apa? Tahan & follow bagai!
Polis: Tak buat salah apa pun dik, kiteorang buat pemeriksaan rambang.
Aku: *pemeriksaan rambang otak kau. Banyak-banyak kereta, apasal kereta Yaya jugak kau attack, bangang!* Untuk apa?
Polis: Memang itu tugas kami.
Aku: Tapi apasal kereta kami? Kan banyak lagi 'suspicious car'? *G lah tahan kereta budak bujang. Anak dara sopan macam kami ni ditahan. Mende!!*
Polis: Jangan risau cik, kami buat randomly.
Aku: Yerlah bang, randomly pun dari tadi follow kami. Macamlah kami ni pesalah besar. Cuak tau tak!*Baik abang follow kami dari UM tadi.*
Polis: Eh, jangan gitu. Takde apa-apa. Selamat memandu ye. Hati-hati. 
Aku: Thanks....


Memang mengucap panjang aku wei. Kira kalau toreh muka aku dengan Yaya time tu memang tak berdarah. Sebab takut yang ampun. Musykil aku, sebab apalak attractive sangat kereta buruk Yaya tu. Yaya menggigil drive semula. Gagahkan jugak sebab lapar.Memang pengalaman 'menarik'. Aku memang tak kan pegi lagi kawasan situ eh malam-malam. Kawasan hitam agaknya. 

Part paling best, Yaya bagi tau buah hati dia yang kiteorang kena tahan, buah hati dia boleh jawab macam ni :

" Pergi Mock Trial pun kena tahan polis ke? Salah ek pergi Mock Trial!"

Dannng! Tak masuk akal. Sabar je kau Muaz. Nasib baik kau nak graduate. Kalau tak dah lama aku sekeh kepala kau. Walau apa pun, sekiranya anda di tahan polis, make sure korang tahu hak-hak korang. Jangan jadi macam aku, sebelum ni tahu. Bila betul-betul kena batang hidung, semua blank!




p/s: Malam Mock Trial yang aku datang tu, Hanis Zalikha datang sama sebab nak support BFF dia, my coursemate jugak Melle. Tapi aku tak perasan pun. Sebab kat situ, dia tak popiler eh. Dean Cacuk Karem lagi popiler! 


14 comments:

  1. huiyo. aku bce pon suspen weh. ingat asal la korang kena tahan ;p

    ReplyDelete
  2. hehehe..saje pak polisi nak test tahap mental tu..hihi..btw take care next time >.<
    vid tu cambest je

    ReplyDelete
  3. he2 entah2 mereka sengaja nak kasi cuak.masuk kete polis dok gelak2.hu3

    tapi mas de kawan polis,kawan mas tuh memang cakap mana yang de ciri-ciri curiga akan diselidik n tahan dulu. terutama bila kat kawasan 'panas'.

    hati-hati..

    ReplyDelete
  4. mak aii, bahaya sungguh, naseb kamu berdua dear..bkn bole pcaya sgt org skrg ni..

    ReplyDelete
  5. ala video tuh mcm best jewk,,mang kejap mcm tuh jewk ke?huhu

    ReplyDelete
  6. @Rawlins Ichigo Takashi Lutz:tu lah abang polis kejam kan??? sedeh..sedeh... nak g makan roti canai je kot

    ReplyDelete
  7. @beLLa: kite yang kena tahan ni pun suspen nak mati...

    ReplyDelete
  8. @Azhafizah[フィザ]: test tahap mental ye... mmg terbaik lah. ujian..sabar je lah kan. mmg mock triall best!!!

    ReplyDelete
  9. @MaYa MustWany: tu lah kan... sy pun pelik, apa yang curiga sangat kat kete buruk kami pun tak tau... doakan kita semua selamat ye~

    ReplyDelete
  10. @mia:tu lah mia. masa tu mmg istighfar byk2... manalah tau kan, orang nak aniya kita kan....

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork