As Salam semua
Alhamdulillah, masih lagi diberi rezeki untuk bernafas di bumi Allah ni. Mungkin kalau tidak, hari ni aku dah takde lagi kat dunia ni. Semalam merupakan pengalaman yang sangat mencemaskan buat aku. Bila tayar bas yang aku naiki untuk balik ke KL meletup di tengah jalan dan menyebabkan bas terpusing beberapa kali. Kejadian berlaku hampir dengan R&R Tangkak. Fuh!!! Memang cuak lah. Cemas dan menakutkan. Dahlah sebelah jalan highway tu gaung. Mujur driver tu tak bawak bas terlalu laju dan dia cekap mengawal stereng. Pakcik bas tu pun tak emo bila ada masalah. Cool je dia setelkan masalah tu dan tak lah menyebabkan kita stress kan...
Bayangkanlah, lepas terpusing beberapa kali tu, bas boleh terberhenti betul-betul melintang tengah highway. Semua dah panik bila bas berhenti melintang tu kan, nasib baik kejadian pagi dalam pukul 9 gitu..kereta belum banyak. Dah ada kereta yang mula hon-hon dari jauh. Alhamdulillah, bas selamat dibawa ke tepi dan dalam 10 minit lepas tu ada bas ganti untuk bawak kiteorang ke KL. Selamat dah sampai!
Itulah, bila fikir balik maut memang boleh datang pada bila-bila masa je. Kita sedia atau tidak, maut tetap akan datang. Tak lebih sesaat, tak kurang sesaat! Sharp dan takde nego-nego! Sedangkan malaikat maut sendiri datang kepada kita 70 kali sehari, meninjau persiapan kita ke sana:
Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Jadi, sama-samalah kita saling mengingati kematian. Semoga kita semua bersedia menghadapi maut dan semoga kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik iaitu keadaan Khusnul Khatimah. Jom sama-sama kita mohon ye...Insya-Allah...
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”
p/s: Syarikat bas harapnya lebih tumpukan pada keselamatan penumpang. Keadaan bas perlu sentiasa dijaga dan diambil berat!
25 Inspirasi Dari Pembaca
nasib baik semuanya selamat..takut kan bila kita sendiri berdepan dgn keadaan cemas mcm ni...
ReplyDeleteTAKUTNYA.ALHAMDULILLAH SAMPAI DENGAN SELAMAT KAN T__T
ReplyDeletesyukur nya semua slmt kan...tu yg tkut nak naik bas skrg ni....huhu
ReplyDeletesyukur la awk selamat :)
ReplyDeletebas kkkl ke? pergh! kite pun penah naik gak bas tu. yang 2 tingkat punya dan pernah pancit bas tu. nasib driver perasan so boleh handle then berhenti tepi highway. fuhh
ReplyDeletealhamdulillah semuanye selamat..nasib la pemandu driver bijak mengawal dan tak bawak laju..bagus juga pihak bas memilih pemandu yang berkhemah..
ReplyDeleteAkak duduk mana ? Kenapa lalu Tangkak ? HIHI
ReplyDeleteperkara ni boleh dijadikan pengalaman yang bermakna dalam hidup :)
ReplyDeleteAllahuakhbar...alhamdulillah nani xde pape...mesti fobia dah pasni kan?
ReplyDeleteHuh, cuak gile. Lina pun dah fobia naik bas:(
ReplyDeletefiuuhh. alhamdulillah selamat. ;)
ReplyDeletewah bakal lowyer ni..insyaallah sy doakan awk jd lawyer satu hari nt..wah takot eh tayar bas melettop...kite pu n pnh lalui bende yg sme...nasib tuhan msh sygkan kite lg..alhamdullilah
ReplyDelete@fieda:time tu dah macam2 dah yang sy fikir. first fikir mak ayah lah kan... mengucap panjang time tu!
ReplyDelete@Izyan Masri:Alhamdulillah... cemas dia sampai sekarang ada lagi ni!
ReplyDelete@Jasmin Ibrahim: betul tu, mmg kadang-kadang rasa takut nak naik bas. Syukur semua selamat.
ReplyDelete@Ct Mawa:Alhamdulillah!
ReplyDelete@bella ♥:sama lah kta pun tadi naik bas kkkl!
ReplyDelete@Azhafizah[フィザ]: cuak gile kta fizah!!! macam2 fikir. semua orang dah jerit2 dah td~ Alhamdulillah selamat
ReplyDelete@Hanis Nizam:From kluang with love.. gtu!
ReplyDelete@Iqa:pengalaman mencemaskan mungkin... =)
ReplyDelete@Yana Houry: syukur sgt2 diberi peluang lagi... fobia jugak tapi takde pilihan
ReplyDelete@SpidermanHere: Lina pun ada pengalaman yang sama ke?
ReplyDelete@cik mashmello ^^:Alhamdulillah sayang!
ReplyDelete@❥❤❥❤❥♥ NiaAriffin ❥❤❥❤❥♥:doakan la sy berjaya jadi lawyer. alhamdulillah syukur semua selamat
ReplyDeleteAttractive section of content. I simply
ReplyDeletestumbled upon your weblog and in accession capital to assert that I acquire in
fact enjoyed account your weblog posts. Any way I'll be subscribing on your feeds and even I success you access consistently fast.
Take a look at my site - freezer & appliance repair Odessa Florida
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!