Saturday, October 29, 2011

Contact Lens Percuma Untuk Anda Dari Acuvue!

Salam semua

Aku tau ramai orang hari ni suka pakai contact lens kan? Malangnya aku adalah orang yang langsung tak penah cuba contact lens. Sebab utama, takut dan fobia dengan banyak cerita ngeri pasal contact lense. Huh, lagipun aku susah sikit nak jaga benda yang remeh-remeh ni. Tapi bila tengok orang lain pakai lens, looks nice and cool. Maklumlah kan, spectacles ni ada kurangnya jugak. Skru cepat longgar, cermin calar, bingkai patah. Macam-macam lah aku penah kena since aku start pakai spectacles masa darjah 5. Baru-baru ni aku memang ada plan nak tukar spectacles baru sebab power dah naik. Jadi bila drive lebih-lebih lagi waktu malam, pandangan macam tak clear sangat. Tapi, student kan... kena lah pikir patpulahlapan kali. Tak kan sepanjang hidup kau nak disponsor mak bapak. So, aku tundalah dulu niat tu.



Tapi, don't worry!!! Acuvue merealisasikan impian aku dan impian anda!!! Ada promotion untuk Trial New Product daripada Acuvue yang mana korang boleh dapatkan contact lens percubaan secara percuma! Aku pun apa lagi lah kan...cepat-cepat je isi form.  


 Lepas dah isi all the details, korang pilih korang nak cuba contact lens yang mana. Korang nak yang daily disposable atau bi-weekly disposable.



Macam aku, aku pilih Acuvue Advanced. Nak cuba sebab katanya Acuvue Advanced tu dilengkapi dengan Hydraclear yang ada banyak kebaikan iaitu:

1. UV Protection
2. Hydrogel Material
3. Easy Handling
4. Fresh

Nak cerita lebih, aku masih tak pasti. Tunggulah nanti bila aku dah guna, aku akan review produk ni. Tapi korang boleh KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Hydraclear ni.

Oh ye, part yang make appointment tu, korang kena pilih korang nak check mata kat mana. Macam aku, aku pilih kat Mid Valley lah, paling dekat kan. Aku amik kat Focus Point. Lepas je korang dah pilih dan isi form dengan tepat dan betul, korang submit form tu. Tak sampai berapa saat, korang akan dapat mesej pengesahan untuk redeem Acuvue Lense korang di kedai appointment korang tu.



Dah siap. Bila korang dah dapat mesej tu, ia adalah redeem coupon sebenarnya. Dalam masa 2 minggu korang pergi kedai yang korang dah buat appointment tu, than check mata korang lepas tu dapatkanlah Trial Pack Contact Lense dari Acuvue. Mudah kan nak dapat contact lense percuma? Lepas ni boleh review sama-sama.  Jadi, kalau korang nak jugak Contact Lense Berkualiti ni, KLIK SINI untuk ke peringkat seterusnya. Trial program ni tamat pada 31 Disember 2011. 


p/s: Apa perasaan korang masa 1st time mengenakan contact lense. Don't worry, aku pakai yang colourless.


5 comments:

  1. eiii..pelangi tak suka pakai lens..sakit mata =D

    ReplyDelete
  2. takut plk baru ni tgk kt fb pasal kesan buruk contact lens ni..tak blh duk dkt dgn api,bahaya kan..

    ReplyDelete
  3. teringin nak pakai tapi takut.padahal suami pakai,biasa je cuma kena rajin cuci la

    ReplyDelete
  4. Akak , agak-agak saya yang berumur 15 tahun ni , boleh dapat tak ?

    ReplyDelete
  5. tq fateen. di saat2 aku memerlukan lense skrg. heee. :D

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork