Monday, October 10, 2011

Migrain | Boleh Share Tips Dengan Aku?

Salam semua


Aku tak tau asalnya sejak bile, aku dah start perasan since tahun lepas tapi masa tu aku masih ignore je semua benda ni. Malas nak amik pusing hal kecik-kecik ni kan. Aku selalu anggap yang pening kepala aku ni sebagai pening kepala biasa. Biasalah student kan, tidur 3-4 pagi. Esok bangun terus pergi kelas. Mana tak sakit kepala. Aku memang kerap tidur lewat. Dah jadi macam satu rutin pulak untuk tidur lewat ni. 

Tapi, naik semester ni kekerapan untuk aku sakit kepala bertambah 3 kali ganda. Kalau dulu mungkin dua-tiga minggu sekali, tapi semester ni every week aku rasa mual, mabuk dan berdenyut kepala. Sakit kepala yang teramat kat bahagian tepi, kiri kepala aku ni. Berdenyut-denyut. Sampai kan aku kena genyeh kepala aku pakai luku jari telunjuk untuk hilangkan kesakitan. Masa tu aku fikir mungkin dengan ubah waktu tidur dapat hilangkan kesakitan. Aku pun start lah pukul 12 je mesti tidur. Tapi, sakit kepala tetap ada.  Setelah buat pemeriksaan kat PPUM memang sah lah aku kena migrain. Doktor kata walaupun aku pesakit baru tapi melihat kepada kadar dan kekerapan serangan migrain aku, doktor suruh further check-up. 

Aku ada baca beberapa tips untuk hilangkan migrain selain daripada makan pain killer. Maklumlah pain killer kan ada side effect. Daripada pembacaan aku tu, ada yang kata minum jus manggis dapat hilangkan migrain. Ada jugak yang sarankan aku untuk tepek halia kat bahagian yang sakit. Sejauh mana keberkesanannya aku tak pasti. That's why lah aku publish entry ni. Nak tau kot-kot korang ada tips yang simple dan berkesan untuk hilangkan migrain. Boleh share dengan aku. Dah tak tahan ni beb...


13 comments:

  1. kite mengalami masalah yg same,,sy migrain bile sy stres,tak cukup rehat,and mase panas terik,,kebetulan sy join palapes jd masalah migrain neh semakin kerap berlaku,,smpi buat sy pengsan,,kalau awk ade tips dan care jgn lupe share dgn sy,,jurulatih sy pown suruh buat further check up,,takot ade ape2 yg tak kena,,

    ReplyDelete
  2. thanks sebab tdk pernah jemu dtang blog saya. saya follow sini yahh, sorry, saya guna shoutmix. heee :)
    salam perkenalan.

    ReplyDelete
  3. ohhh emm pkai koyok msti xjd kan...nk tgok gak komen yg lain..hikk

    ReplyDelete
  4. fuhh mas da 9 tahun kene mgrn ni.memang tension bila sakit.kul 12 still lambat tuh.try pukul 10,ambik wuduk.baca surah yassin + doa kat air,then basuh/usap2 kat ubun2 rambut.maybe jugak problem mata.check balik..tapi sakit serious.

    harap2 tak de pe2.semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. YES!!! Sesiapa ada tips bolehlah share!

    ReplyDelete
  6. sy xpnh kene.. tapi mak saya mmg migrain.. dia duk makan ubat yg doktor bg je lah..

    kadg2 sian tgk bila migrain mnyerang mak..

    ReplyDelete
  7. @! ❤ PINKaholicx ❤ !: tu lah kan awak. saya pun takut gak tp sy selalu kuatkan diri jugak bila migrain. em saya rasa musim panas sangat kot!!!

    ReplyDelete
  8. @Paris Lipton: pakai koyok tak hilang pun migrain lah awak... sedeh~

    ReplyDelete
  9. @MaYa MustWany:wah dah 9 tahun. siannya mas, insya-Allah saya akan cuba praktis tu. utk kuatkan dalaman kan.

    ReplyDelete
  10. @Cik Puan Bunga:CPB takde petua?? kan CPB orang tua... heheheh

    ReplyDelete
  11. @IntaNBerliaN:mmg sakit awak bila kena migrain. menangis....

    ReplyDelete
  12. i migrain since umur 15 or 16 tahun rasanya. n sekarang i dah umur 24. migrain i? semakin teruk adalah. if dulu, doktor bg i pain killer je. skg ni dok bg i ubat tido terus. but mkn sekali dgn ubat migrain i la. kalau migrain i dtg, i memang takkan sedar diri dah. sakit macam nak cabut rambut then pitam. sekali menyerang, akn berlarut selama 3 4 hari. stok ubat? every month kena amik!! student mg macam ni kan?

    * migrain taleh mkn coklat. but amalkan makan buah kurma. org pesan centu kat i.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork