Saturday, November 5, 2011

Blog Je Cantik, Tapi Entry Sampah!

Salam semua


Sebagaimana yang aku dah bagitau sebelum ni, CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU telah pun ditutup. Sekarang ni para juri sedang sibuk terjah setiap blog dan short listed kan mana-mana blog yang layak. Yes, hebat-hebat semua blog. Memang superb. Lawa giler design. Tapi kan...tapi kan...

Personally, aku rasa macam tak guna lah kalau design je lawa tapi entry tak berkualiti langsung. Buat blog sekadar ikut kawan ada blog. Tapi maklumat atau entry yang dihasilkan hampeh gila babas. Korang bayangkan lah, yes follower dia agak ramai around 900 ++ orang tapi bila aku bukak older post, aku rasa macam WATDER lah budak ni. 

Entri 1-

"Hr ni sy gdo dgn boyfie sy. Sy gewram! Ok bye."

Entri 2- 

"Boyfie sy belikn sy bunger ros. Nak pujuk lah tu. Suwwwwweeeeet!"

Entri 3-

"Sy skit pewrot ni, cirit birit. Ok dah nak pg toilet!"


Haaa...mana tak menyirap? Buat entry setakat tulis macam tu. Kau ingat kau artis nak orang semua tahu setiap detik, setiap jam kau buat apa? Eh, please lah tak matang langsung. Aku pun pelik macam mana budak ni ada follower. Itu bukan blog aku rasa, tapi dah jadi jadual harian. Kan? Everything yang tak make sense she put up there. And she only write it in one sentence. Do you think its style or what? Lagi satu, ejaan tu. Ejaan gewdix yang digunakan. Memang tobat lah aku nak tekan older post lagi kan! 

Pada aku, blog yang bagus adalah melalui entry yang bagus. Entry yang dapat berkongsi pengalaman hidup dan pengetahuan yang seseorang tu ada dengan pembacanya. Entry merupakan satu tarikan utama kepada sesebuah blog. Memang susah untuk asah skill menulis yang baik, tapi tak mustahil. Malahan once korang dah dapat tarik hati pembaca melalui kejujuran korang membuat entry, for sure readers akan minat dan datang sendiri ke blog korang. Sense "Automatic Readers" tu yang susah nak dicari. Tapi jangan give up! As long as korang berusaha memperbaiki setiap entry. Aku pun dulu merangkak dari bawah dalam penghasilan entry yang berkualiti. *tak lah kata semua entry aku bagus!* 

So, aku nak ingatkan pada semua blogger muda mudi kat luar sana, kalau nak berbloging buatlah secara bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain jugak. Jangan tulis benda ngarut macam  tu. Aku harap masa akan mematangkan mereka semua. Believe me, kalau entry menarik, pembaca akan datang sendiri! 


p.s: teguran ikhlas bukan nak riak.


23 comments:

  1. kalau blog guna bahasa eww ewww tu mmg haramlah kalau nak baca even dia datang komen kat blog kita sekalipunnn -.-'

    ReplyDelete
  2. hihi..artis pun xde post cm tuh..
    :)

    ReplyDelete
  3. lorhh mostly y join contest tu budak2 belasan tahun, Around 15 to 18. normal la tu. nak expect diorg tulis y bagus2. cam kita y da besar ni y ptot tlis y bgus2. n for my opinion,belasan tahun ke, dok universiti ke, bia la diorg nk tulis ape pun. it not ur right nk tentukan tulis ape. jgn tulis benda2 rosakkan akhlak sudah. ok hanya teguran jugak. ;) salam

    ReplyDelete
  4. hape? entry macam tu je pon bole dapat follower sampai 900++ ? hebat bebeno tuan blog tu.. Klaka pulak baca entry beliau yang sebegitu rupa..

    ReplyDelete
  5. Hahaha. Betul tu. But, biarlah kat diorang. Maklumlahkan. Blogger tu Masih baru. Lainlah kalau dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni. Memang patut tegurlah. Haha.

    ReplyDelete
  6. belajar dari kesilapan :)
    suke bace entry yg innanie post .berkualiti wlaupun sy baru je jumpe blog nie semalam :) teruskan berbloging .

    ReplyDelete
  7. belajar dari kesilapan .heheh suke bace entry yg innanie post , berkualiti . wlaupun baru smlam jumpe blog nie .selamat berbloging :)

    ReplyDelete
  8. harap blog syamim tak macam tu ye! minx pendapat Innanie sikit? hehe :)

    ReplyDelete
  9. HAHAHA. Setuju! darling, pelanginya entry sampah jugak ke? sob3x

    ReplyDelete
  10. ewww,itue updatee entry ke update status!.hahahaa..

    gila eh klu blog camtu follower 900++...aku jeles a,nak wat la entry gedixx camtu!

    ReplyDelete
  11. kalau satu post satu ayat, better dia tulis kat twitter or fb :)

    ReplyDelete
  12. HAHA :D Sya setuju sangat-sangat dengan Akak! :D Lepas tu paksa orang follow blog die -.- Banyak kali dah sy kena macam tue

    ReplyDelete
  13. haha,,ayt entry x nk bla..mmg tul cm smpah..huhu^^

    ReplyDelete
  14. manusia ni memang pelbagai ragam..termasuklah kita sendiri..just kita kena pandai sesuaikan diri dengan keadaan je...yer dak??

    ReplyDelete
  15. HIHI ADOI BLOG KITE PUN XDE ENTRY YG BGUS SOB3X HIHI SBB KITE X PNDAI MENULIS NGEE.. BG SHEDA LA KN BLOG SHEDA LEBEY KE ARAH DESIGN N NOTE2 YG YG SWEET N INDAH JE HIK2X KLAU NK HARAP SHEDA MENULIS TU JARANG2 SBB SHEDA THU SHEDA MEMANG X PNDAI MENULIS N MALAS MENULIS KIK3X..

    ReplyDelete
  16. thanks jdik juri utk contest ni.thanks jugak bgtw kelemahan yg ada kt blog (bg blog yg lemah)...bg sy mmg gedik laa kalau buat entry pkai bhasa gewdikx2 ni..hihi..agak mnyampah nk mmbaca.. cuma kebanyakan yg join contest tu pun budak2 yg bru naik umur.. sbr je laa mmbaca nya..hihi

    ReplyDelete
  17. fiza memang tak suke bace bahasa eww tu..nyampah..kalau sesekali diselitkan dalam entry takpe gak..ni kalau dah semua macam tu..susah gak nak paham..kann..

    ReplyDelete
  18. suka blog sis. entry mantop. banyak isi (:

    akak tengok blog meya cane pulak?? okey ke ko?? hee nak mintak opinion dari akak ^^

    harap di balas. terima kasih akak >.<

    ReplyDelete
  19. blog saya pun masih kosong walau umur dah 29 tahun, er macam mana ni awak....

    ReplyDelete
  20. bukan susah pun nak menulis yang tak annoying. pengalaman hidup seharian boleh ditulis, cumanya perlu dalam penulisan yang ada trademark menarik. Err..bukan trademark budak belum mumaiyiz.

    ReplyDelete
  21. hehhe tulah impress tgk orang follower sangat banyak.. hehhe sharing2 tip boleh? (^-^)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork