Friday, November 25, 2011

Bloglist Tak Sudah-Sudah. Apa Pentingnya?

As Salam semua

Kalau kita tengok trend hari ni, semua blog ada bloglist. Macam-macam title diberikan. Kadang tu ada yang siap buat satu page atau blog khas atau buat segmen lagi untuk letak senarai blog kegemaran. Malahan ada yang berebut-rebut bagai untuk tersenarai dalam bloglist. Macam aku sendiri pun, tak ketinggalan nak letak beberapa blog sebagai blog pilihan aku. Bukan untuk membeza-bezakan antara blog tapi blog yang disenarai pendek ni ada kekuatan tersendiri. Tapi apa sebenarnya fungsi bloglist? Ada jugak blog yang tak letak pun bloglist. Ini syarat wajib ke dalam membina sebuah blog berkualiti? So, kat sini ada beberapa faedah sebenar korang ber-bloglist : 


1. ALERT DENGAN UPDATE

Kebanyakkan blog yang di-bloglist-kan adalah blog kegemaran tuan punya blog. Jadi bloglist merupakan satu alarm supaya kita boleh tahu apa-apa entry terkini yang dipublish oleh blogger pilihan kita tu. Bila dah alert, mesti lah kita boleh jadi orang paling cepat untuk tahu berita-berita terkini kan? 


2. INSPIRASI

Bila kita dah suka, pastinya kita akan jadikan blog tersebut sebagai sumber inspirasi. Maklumlah bukan senang nak dapat idea untuk menulis sesebuah entry. Lagi-lagi untuk entry yang berfaedah. Perlukan idea yang mantap dan huraian yang mudah untuk difahami. Jadi, blog-blog inspirasi ini akan menginspirasikan gaya penulisan korang, isi entry dan mungkin gaya persembahan blog. Ini tak bermakna korang kena copycat ye! Cukup sekadar inspirasi. Ingat, plagiat sangat dibenci dalam blog!!!


3. PENANDA ARAS

Kalau aku, personally aku jadikan blog yang dilist sebagai penanda aras. Aku akan comparekan blog mereka dengan blog aku. Bersaing secara sihat. Mungkin dari sini aku akan comparekan dari segi bilangan follower, trafik dan jumlah komen yang diterima bagi setiap entry. Pada aku, jumlah-jumlah ini adalah penting bagi menunjukkan respon daripada pembaca. Tak lah kita buat entry tu sekadar syok sendiri je! Lagipun, blog kan tempat berkongsi idea dan maklumat. 


4. SUMBER RUJUKAN/ BANTUAN/BLOGWALK

Ada jugak bloglist yang bertujuan untuk memudahkan kita mencari bantuan. Contohnya blog tutorial, blog make up, blog parental dan beberapa lagi blog yang berperanan sebagai pembantu. Blog-blog macam ni memang biasanya digemari sebab dia membantu kan! Lagi satu, kalau korang tengok hari ni, blogspot sering menghadapi masalah dekat dashboard yang mana senarai reading list hilang, jadi bloglist akan jadi sumber kedua untuk berblogwalk!


5. PENGHARGAAN

Yes, bloglist adalah sebagai penghargaan. Bila kita suka orang tu, kita mesti nak tunjuk kan. So, bloglist adalah cara yang terbaik menunjukkan penghargaan kita pada blog-blog itu. Ada beribu kot blog kat Malaysia ni. Jadi blog yang terpilih untuk di bloglist kira blog yang dihighlightkanlah!


6. SUMBER TRAFFIK & FOLLOWER

For sure! Kau ingat tak hebat ke kalau blog kau tersenarai dalam bloglist blogger hebat macam Cik Epal, Nisa Kay, Ayeem Ayam, The Other Khairul, Yuyu Zulaikha semua tu? Fuh! Femes kot. Sebab mereka ada pengaruh sendiri. Once kau di'highlight' oleh mereka, satu Malaya datang jenguk kau! Macam tu jugak sebaliknya. Kalau kau letak blog yang power kat bloglist kau, secara tak langsung kau dapat tempias! 


7. NETWORKING

Jangan ingat hubungan dalam blog sekadar di alam maya ye! Bloglist boleh membantu menguatkan networking sesama blogger. Contohnya ada beberapa bloglist yang menyenaraikan blog ahli-ahli kumpulan mereka. Bila macam tu, sudah semestinya bonding akan jadi bertambah kuat dan banyak aktiviti boleh diatur kan? Tak ke seronok tu! 


Kesimpulannya yang aku nampak, bloglist memang memainkan peranan yang kuat dalam arena blog. Memberi banyak faedah dan menjadikan dunia blog korang bertambah ceria. Tapi perlu korang ingat JANGAN LETAKKAN BLOGLIST TERLALU BANYAK ATAU PANJANG DALAM SATU-SATU LIST. Sebabnya, akan melambatkan proses loading blog korang! Seeloknya, classify blog-blog pilihan korang tu dan letakkan mereka dalam mode "Recently Update". Jadi mana-mana blog yang baru update akan jadi top of the list. Gilir-gilir naik gitu! 


Selamat Berbloging semua!!!!


p/s:  Layak tak blog aku masuk bloglist korang. Kehkehkeh




13 comments:

  1. saya dalam list Best in town advocates. terima kasih sangat2.hikhik *gelak gatal

    ReplyDelete
  2. saya suka letak blog yg selalu datang komen kat bloglist

    ReplyDelete
  3. Hohoiiiiiii! (Saja tak pasal - pasal!)

    ReplyDelete
  4. Sama gan Azzah....Siapa yang suka datang blog Cik Rose...cik rose letak dalam bloglist hihihi senang nak follow balik storynya...

    ReplyDelete
  5. jom arh tukar2 bloglist... baru semangat. (tapi saya tak populer lah)

    ReplyDelete
  6. wiii~ nice tips bila datang sini, banyak info! betul tu, bloglist ialah widget penting utk mgetahui blogger yg kite minat tu update ker tak? hehe

    JOM SINGGAH : Kepuasan Sebenar Di Tutti Frutti

    ReplyDelete
  7. bloglist tersangat penting..btw..fiza dalam cateogory peguam cun?waaaaa..cun ka saya?blog je cun kot..perasan jap..hehe..btw,thanks nanie peguam hebat!

    ReplyDelete
  8. anda di tag di blog saya..jwblh klau mahu..tq2 =D

    ReplyDelete
  9. mas mana yang best macam blog nanie,mas sumbat dalam bloglist mas.point2 sangat setuju.senang.sampaikan mas akan jenguk sampai habis semua list dalam bloglist tuh w/p dah ngantuk tahap gaban.mana yang dah tak update trpksa remove.

    ReplyDelete
  10. sy suka ltk mereka yg mengomen dkt bloglist..

    ReplyDelete
  11. oh...baru tau list kt blog tu 'bloglist'..wuhuhu..ingatkan yg kt dashboard tu.. *maluuu*

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork