Thursday, November 10, 2011

Kenapa Perlu Curang Terhadap Pasangan Hidup?

As Salam semua


# Pertama sekali sebelum aku menulis entry ni aku nak mohon maaf pada mana-mana pihak yang mungkin terasa selepas membaca entry aku ni. Tapi aku menulis sebab aku rasa perkara ni perlu diberi kesedaran. Ia sama sekali tidak mengaibkan mana-mana pihak tetapi hal ini adalah dari perspektif pandangan aku sendiri. Pandangan seorang muda yang belum tahu apa itu kehidupan berumah tangga. Bacalah dengan rasional dan bukan emosional. Segala pandangan, aku sudi menerimanya. 



Kalau korang melihat pada usia aku, memang betul...aku belum layak untuk mempersoalkan perkara ni. Its about SKANDAL SUAMI & ISTERI. Kalau bahasa kasarnya, CURANG dan kalau bahasa Indonesia, PERSELINGKUHAN.  Aku tak paham kenapa dunia hari ni seolah-olah semua orang hanya memikirkan keseronokan dan melupakan hal dosa pahala. Aku tak tahu mana orang-orang tu letakkan akal dorang. Kat kepala atau kepala lutut. 

Memang, aku masih setahun jagung. Belum berkahwin, belum bertunang malahan belum bercinta. Tapi atas tiket itulah aku bercakap soal ini. Ye lah, kata orang mata aku belum dibutakan dengan cinta. Masa aku belasan tahun, aku tak amik pusing sangat soal skandal di tempat kerja ni sebab masa tu aku sangat naif dan fikir mereka adalah kawan baik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Sama macam aku dan kawan-kawan lelaki aku. Tapi setelah sekian lama ni, aku mula berfikir. No no no! Situasi mereka dan situasi aku berbeza. Aku single tapi mereka semua adalah seorang suami dan seorang isteri kepada pasangan masing-masing. Dan ketika itulah, aku baru tahu yang mereka curang di belakang pasangan. 

Aku sendiri malu dengan perbuatan mereka. Tanpa segan silu melakukan adengan romantis. Tanpa ada rasa bersalah bermesra-meraan di khalayak ramai. Skandal berlaku di mana-mana. Masa aku sekolah, ada cikgu yang berskandal sesama cikgu. Ada kerani yang berskandal dengan bosnya. Ada pegawai yang berskandal dengan anak buahnya dan lebih mengejutkan ada ustazah yang berskandal dengan suami orang. Apa semua tu? Kalau kata perhubungan atas dasar kerja perlu ke sampai ke adengan romantis dan sms manja? Bukan ke itu namanya nafsu semata-semata? 

Aku sedih bila melihat perlakuan "ORANG-ORANG TUA" sebegini. *maaf kalau kasar*. Aku kesian melihat pasangan mereka yang ditipu hidup-hidup. Melihat pada zahirnya, yes mereka bahagia. Tapi hakikatnya, ada gunting dalam lipatan. Lebih sedih, skandal kepada pasangan mereka yang curang tu adalah orang yang dikenalinya sendiri. Kesian....

Masyarakat selalu menyalahkan orang ketiga dalam keretakan sesuatu hubungan. Malahan orang ketiga dianggap perampas, pengacau dan banyak lagi nama jolokan. Lebih hebat lagi cemuhan jika orang ketiga tu adalah perempuan berstatus janda. *aku nak mintak maaf pada golongan ini. Bukan semua seperti tu, tapi disebabkan satu atau dua, rosak semuanya!*. Aku sendiri berdepan dengan perkara ni. Di tempat kerja aku satu masa dulu. Seorang janda, senang cerita lah ye, memang gedik gila bila dia jumpa jantan! Kalah anak dara wei. Sehinggakan sampai satu tahap selepas aku tahu perangai dia tu, aku membenci golongan janda! 

Kes paling dasyat,  aku pernah berhadapan dengan kes seorang ustazah yang bertudung labuh lagi litup tetapi sanggup memberikan gambar separuh bogelnya kepada skandal. Kau rasa itu juga urusan kerja ke? Kau rasa perangai dia keji dan dia  sebenarnya mempersendakan agama.  Dan ketika tu, aku rasa macam nak bogelkan je ustazah tu sebab hipokrit dan berlagak alim padahal dalamnya kotor! Ingatlah, agama kita membenci perlakuan curang. 

Aku rasa, perlu aku ingatkan kat sini. Curang dalam perhubungan suami dan isteri amat menyakitkan. Kawan aku sendiri pernah tumpas dalam pelajaran bila mana ayahnya curang dan mengabaikan keluarga. Depan mata aku benda ni jadi. Sekali lagi anak yang menjadi mangsa. Aku sendiri ingatkan diri aku supaya jangan kacau kebahagiaan orang lain. Jangan curang dengan pasangan hidup. Jangan lah hidup semata-mata kerana nafsu, sebab kalau nafsu jadi raja, hidup kau binasa! Kau tak nak pasangan kau curang, tapi kalau kau curang boleh pulak?  Dan kalau kau kata pasangan yang sedia ada itu bukan yang terbaik buat kau, itu adalah sebab kau bandingkan dia dengan orang lain. Cuba kau terima dia seadanya, dan jadilah pelengkap kepada kekurangan dia, kau akan sedar nikmatnya hidup berumah tangga! 




20 comments:

  1. dunia sekarang...macam2 berlaku kan..hu3 =( takutnyeeeee nak bercinta

    ReplyDelete
  2. perkara paling menakutkan.
    memang mual bila tengok depan mata.
    skandal suami org & isteri org paling meloyakan.

    semoga dijauhkan dari hal seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Sekarang macam dah jadi trend dah kak ~ Yang dah ada pasangan mesti nak ada pasang satu lagi. Yang dah kahiwn, belakang pasangan konfem ada. Dah jadi kebiasaan bagi masyarakat kita sekarang nie -.-

    ReplyDelete
  4. Berkahwinlah. Dan rasa asam garam hidup berumah tangga, tak kuat iman memang macam2 boleh jadi.


    Balik pada agama yang satu. panduan semua dah ada.

    ReplyDelete
  5. ya Allah, semoga dijauhkan dari hal tersebut.

    ReplyDelete
  6. minta2 dijauhkan la semua nie dlm family akak????akak harap sape yang mkn cili terasa la pedasnya...tq

    ReplyDelete
  7. Ya Allah semoga encik fiancee, tak brbuat mcm tu... aminn ;) biasa org yg mcm tu tak ada pegangan hidup

    ReplyDelete
  8. @laskar pelangi: jgn gtu. cinta perlu ada dalam diri setiap manusia!

    ReplyDelete
  9. @Mysara Newrie: tu lah masalahnya bila yang salah jadi kebiasaan. rosak dunia ni...

    ReplyDelete
  10. @Cik Puan Bunga: ni semua orang yang pikir nafsu je kan... tak pikir dosa pahala

    ReplyDelete
  11. @upin's mum: insya-Allah... moga kita semua diberi ketetapan iman

    ReplyDelete
  12. @♥S@y@ng ♥: amin kak. moga akak dan keluarga diberkati.... =)

    ReplyDelete
  13. @fiQ'Ra: yes, btul tu. takde pegangan hidup dan tak fikir panjang!

    ReplyDelete
  14. mintak2 la dijauhkan daripada perkara2 sebegini..takot sangat...penah ler melayan mamat sorg ni, member skola la...dia yg approach sy dulu n atas dasar mmber sy layan kan aje la sbb dia xde tempat mengadu n lama2 dia dok cite bukan2 n penah hantar gmbo xsenonoh, sy pun what..!! n dia mintak maap ler sbb gmbo 2 utk org lain..ok sy paham pas 2 terus la menjadik2 perangai xsenonoh nyer 2 n sy terus blah jek...n dengar2 cite mmber2 sendiri yg mamat 2 memang cari bini2 org utk penyedap..menyesal penah ade kawan mcm 2...hish..

    buleh pulak cite kisah sendirik kat cni ek.....saje luahan hati...

    ReplyDelete
  15. part 1.
    sy tulis ni sbb sy rasa ni saja stu tmpt utk sy luahkan dan mnta pndpt org lain. sy hnya tahan sakit ati dan sedih ni sorg2 tnpa share dgn sesiapa sblm ni. hurm sy sbnrnya ad sorg gf, yg bg sy dia adalah sgalanya, dia ad mslh ksihatan dn prlukn duit utk rwtn, kluarga dia kdg2 tk ckp duit utk tmpung prblnjaan kos rwtn dia yg tggi. Jd sy antra org yg byk tlg bg bntuan utk dia, bg sy, sy lgsg tak brkira tntg duit utk tlg dia tu asalkn dia dpt sihat semula. wlaupn kdg2 sy tk mampu tlg dr segi kewangan, tp sy akn ttp tlg dia bg idea atau cra lain dptkn duit utk tmpung kos rwtn trsbut. mksdnya mcm mna keadaan sekali pn, sy akn cuba tlg dia. kdg2 situasi sgt trtekan, dia sgt down sbb sakit dia ni, tp sy slalu spport dia bg smngt. sy ksian fmly dia tngkus lumus cr duit utk tlg dia, dan trs terang sy kata, sy lgsg tak brkira tolong dia semua tu. sbb klau kita da btl2 syg seseorg, kita akn usaha mcm mna sekalipn demi dia. tmbh2 hal ksihatn mcm ni. sy mmg tak nk lepas tgn sbb bg sy, klau btl sy serius, sy kna tlg dia, lgpn sy antra yg plg rapat dan org yg byk dia luahkn msalah dia, jd sy rsa brtggngjwb utk tlg dia. Kluarga dia yg pd mulanya dlu sukar trma hbgn kami, kini smkin dpt trma sbb dorg nmpk keikhlasn sy sggp usaha dmi gf sy tu, alhamdulillah semua nmpk positif dr segi hbgn sy dgn dia, sy dgn kluarga dia dan kluarga sy dgn dia. kluarga sy pun syg sgt dgn dia, selalu tnya khabar dia dkt sy. semua nmpk positif dan kami sama2 cr duit tlg kos rwtan gf sy ni. 

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork