Monday, November 7, 2011

Lelaki Memang Nak Seks Je!

As Salam Semua



Lelaki dan perempuan memang diciptakan untuk saling melengkapi.Secara psikologi, apabila seseorang perempuan sudah mulai sayang, dia sanggup berkorban. Lelaki pula mengambil kesempatan atas kasih sayang tu. Aku paling benci dengan ayat lelaki yang macam ni...

"Kalau awak sayang saya, awak serahkanlah semuanya pada saya. Lambat ke nanti ke, awak tetap saya punya!"

Kau tau tak tu ayat perangkap! Ayat yang bakal membuatkan kau terkulai layu di tepi katil. Mula-mula kau akan nampak dia betul-betul ikhlas sayangkan kau. Kira, confirmlah dia nak jadikan kau bini dia. Realitinya, selepas tu kau akan dijadikan tempat memuaskan nafsu. Kalau dia mahukan kau, dia akan cari kau. Kalau dia tak nak kau, kau akan dibiarkan. Diri kau tak ubah macam mesin seks! Bila kau dah kena macam tu, kau dah tak boleh lari. Nak berpisah, kau sayang. Kau takut dia ugut kau dan mengancam kau. Lebih parah, kalau period kau dah lambat 2 bulan. Nak teruskan hubungan, kau dah tak sanggup tanggung dosa. Asyik kena lanyak je tiap kali jumpa. Nak kahwin, duit pulak takde. Jawapannya... kau dah macam lembu kena cucuk hidung! Kesian aku tengok kau macam tu. 

Trick lelaki yang kedua yang biasa aku dengar adalah guna duit dan kekayaan. Pasal kau perempuan, kan materialistik. Kau nilai kebaikan seseorang lelaki dari segi duit dia. Kalau dia rajin bawak kau jalan, rajin belanja kau makan, rajin bawak kau shopping, rajin topupkan kau, mulalah dia jadi lelaki idaman kau. Padahal tu semua pancing je! 

Sepatah kata bapak aku,

"Mana ada lelaki yang dah 'melabur' tak nak kan balasan!" 

Jadi, sebab kau takut kau tak dapat lagi kesenangan dan kemewahan, dengan rela hatinya kau serahkan tubuh badan kau sebagai balasan. Well, senang kan nak dapat kepuasan? Percayalah kalau lelaki dengan mudahnya beri semua apa yang kau nak, mesti ada balasan yang dia juga nak. Apa lagi kalau bukan badan kau.  

Aku bercakap ni bukan nak tunjuk aku baik. Tapi aku cakap sebab aku sedih bila ada perempuan yang terlalu murah meletakkan harga dirinya. Kawan lelaki aku pernah cakap dekat aku satu perkara ni...

"Walau sejahat mana pun lelaki tu pernah buat, seramai mana pun perempuan yang pernah dia tidur, seorang lelaki tetap nak perempuan yang masih suci untuk dijadikan isteri."

Tak perlu aku cakap banyak, korang fikirlah sendiri. Sama-sama kita jaga maruah dan hanya untuk lelaki yang sah bergelar suami. Hati-hati dalam menjalin hubungan. Niatkan yang baik barulah kau dapat yang baik. Tapi kalau niat kau tak betul, yang tak betul jugaklah yang kau dapat. Tak semua lelaki jahat kan... *sebagaimana yang selalu kita dengar*. 


p/s: Jangan cepat menilai hati budi manusia. Manusia itu ada banyak jenisnya. 

15 comments:

  1. amboi tjuk,,btw ,,mmg btul la,laki skarang x de hati perut..huhu..sdihnye..T_T

    ReplyDelete
  2. nice entry dear..i agree with that..:)

    ReplyDelete
  3. tapi tak semua laki mcm tu... kan :)

    ReplyDelete
  4. Yah betul, kalau kita baik, baiklah pasangan kita, kalau kita sosial, sosial lah pasangan kita tu nanti ;D

    ReplyDelete
  5. betul jugak . lelaki macam mana pun nak perempuan suci . dia perangai macam setan takpe pulak . bini nak baik2 aje . tak guna betul .

    ReplyDelete
  6. nice entry..

    harap tidak terjebak dgn situasi di atas..takut bila jadik cam tu..

    ReplyDelete
  7. skang hati2 dengan lelaki..lebih banyak yg kurang baik dari baik

    ReplyDelete
  8. wow..nice entry..but rite..setuju dgn sejahat mana laki pon akan cari perempuan yg suci dan baik..tp perempuan yg baik akan terima ke laki yg jahat camtu sbb sepandai2x tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga kan...fikir2xkan dan slmt beramal..hehehe =)

    ReplyDelete
  9. salam..
    terima kasih kak atas perkongsian ini... :)

    ReplyDelete
  10. tu lar kan, lelaki skrg nie sangat menghampakan. hurmm. *sigh

    ReplyDelete
  11. harap2 lelaki yang yg dipilih sekarang ni adalah lelaki yang terbaek dalam hidup fiza..mintak dijauhkan lelaki seperti di entry nanie tu...

    ReplyDelete
  12. laki zaman sekarang mmg xley dipercayai! huh!

    ReplyDelete
  13. bukan sume lelaki camtu..takkan dlam 1 taman takde langsung buah yg elok..mesti ade..same gak dlam dunia ni..takkan takde laki2 yg baik,soleh..kan2..renung-renungkan =)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork