Monday, November 14, 2011

Nuffnang Earning Aku Jejak RM 1000! Macam Tak Percaya!!!!

As Salam semua



Macam tak percaya sangat aku pagi ni. Gosok-gosok mata aku. Mana tidaknya, aku bukak Nuffnang aku tengok nuffnang aku dah jejak RM 999. Kau giile!!! Sehinggit lagi tu nak ke 4 angka. Jutawan dah aku! Mula lah aku terfikir macam-macam yang aku nak buat. Nak beli envelope clutch, nak beli perfume wangi-wangi, nak makan-makan, belanja makan family dan kawan-kawan, nak buat give away sikit ke. Paling utama apa lagi,  Shopping saje yang aku bayangkan dah ni. Gumbiranya rasa hati. Thank you Nuffnang! Aku tenung lama-lama earning schedule aku kat dashboard Nuffnang tu...






Tapi...tapi...tapi...eh...eh...eh...



Apasal makin lama makin kabur pandangan aku ni. Apasal makin jauh je dashboard tu dari aku? Eh, kenapa ni! Kenapa ni?? Tidak...tidak...tidak!!!!!!



Ceh!

Sekadar mimpi rupanya! Mengeluh panjang aku. Kalaulah apa yang aku mimpi tadi tu betul-betul terjadi, memang rezeki durian runtuh lah pada aku. Patutlah aku bangga semacam sebab mimpi je kan. Kau tengok, blog punya pasal, sampai masuk ke mimpi ni ha! Gigih ke tidak? Padahal sebelum tidur, aku takde lah memikirkan blog sangat. Haissssh, sabar aja. Harap-harap ada lah rezeki dan Alhamdulillah, betul, earning aku meningkat lagi. Nak tau jumlah earning berapa??? Ala tak banyak mana pun. Cukup-cukup makan je. Tak sehebat pendapatan blog korang pun. Kehkehkeh

Tu, mimpi satu. Mimpi dua aku ni lagi dasyat. Memang bikin aku cuak wei. Kelakar je kan aku. Dalam satu malam ada banyak mimpi. Ada part 1, ada part 2. Comel je. Mimpi aku kali ni pasal kapal terbang terhempas. Takut wei! Seram. 

Dalam mimpi aku tu, aku dengan adik aku tengah jalan-jalan kat kampung aku. Tiba-tiba waktu kiteorang tengah pandang ke langit tu, ada satu pesawat ringan terhempas betul-betul belakang kiteorang. Bunyi dia. Nauzubillah. Kuat yang amat. Sampaikan aku rasa telinga aku berdesing! Aku dengan adik aku cepat-cepat bagi bantuan. Cuba bukak pintu pesawat tu. Bila dibukak dalamnya, ada dua orang juruterbang yang tengah terbaring. Aku keluarkan salah sorang dan papah dia bawak ke rumah kampung aku. Tak silap aku perasan nama dia ada  perkataan Redza. Hensem kot mamat tu. Badan pun tough! Kehkehkeh. Lepas tu, mimpi tu habis macam tu je...



Aduhai, kenapa mimpi habis setakat tu je ye? Nak lagi. Nak lagi. Aku nak tahu kesudahan mimpi aku tu. tak puas lah! Tapi kan... aku cuak jugak ni sebenarnya, apa yang maksud mimpi aku tu. Lagi-lagi yang tang kapal terbang terhempas tu. Takut je rasanya ni. Harap-harap takde kejadian buruk yang menimpa aku dan keluarga. Semoga mimpi tu hanya mainan tidur sahaja. 




27 comments:

  1. haha, smart entry...Hope mimpi tu jadi kenyataankan...

    ReplyDelete
  2. muhahahha, baru jerk teruja nak tanya tips dapat incorm banyak dr nuff,.. :))

    ReplyDelete
  3. Baru ingat nak mintak belanja. Hihi.

    ReplyDelete
  4. bole tkk ajar saya mana nk dptkn iklan niffnang ny? :(
    saya punya mcm xberhasil jeaa.

    ReplyDelete
  5. bole tkk ajar saya mana nk dptkn iklan niffnang ny? :(
    saya punya mcm xberhasil jeaa.

    ReplyDelete
  6. ouhh, thanks ya. tpi iklan nuffnang kat blog saya tu betoll ke?

    ReplyDelete
  7. mimpi mainan tido je tu..tp kalau betul2 dpt 1k..perghh..kayo sekejap..>.<

    ReplyDelete
  8. adei, akak baru nak tanya tips..:)

    btw, salam perkenalan..:)

    ReplyDelete
  9. @!! YaNa YassiN !!: hahah~ tips??? takde tips pun! selamat berbloging

    ReplyDelete
  10. @QilaDany: dah bg tips skit kat comment blog awak. all the best~

    ReplyDelete
  11. byk nye BE..KAYOO..i'm follow you.

    JUM JOIN GA DI BLOG SAYA :)

    ReplyDelete
  12. tipah tertipu rupanya...hihi
    semoga mimpi akan menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  13. cehhh baru nak komen-tahniah..
    takziah la kat mas kene tipu..hihihi

    ReplyDelete
  14. mcm mane erk leh dpt BE....sy xdpt lg pun.

    ReplyDelete
  15. anyway hope2 mimpi jadi kenyataan hehhe (^-^)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork