As salam semua
![]() |
Taklimat pakcik bomba |
Kalau kau jadi pelajar, perkara yang paling kau menyampah adalahh Fire Drill. Memanglah aku tak gemar. Sejak azali lagi aku benci fire drill. Bukan aku tak akui kepentingannya, tapi aku tak suka cara pelaksanaannya. Sebab timing salah! Konon-konon nak buat surprise lah tu! Watder! Kat kolej aku lagi dasyat, siap off kan seluruh electrical link, buat fake kebakaranlah, ketuk pintu macam nak roboh, siap ugut-ugut nak pecahkan pintu bilik kalau ada yang menyorok! *huh!!!*
![]() |
Gelap-gelap kena kumpul. *memang aku tidurlah kan* |
![]() |
Sesi check nama |
Kau tau, malam tadi, ni haaa dua bijik mata aku terpaksa bersengkang sampai hampir ke subuh gara-gara kekejaman fire drill. Pukul 3 pagi fire hazard mengegar katil aku. Untunglah ada member aku dah dapat tau awal. Jadi aku tidur gaya princess lah jadinya. Get ready dengan seluar track & t-shirt. Tak kan nak pegi court badminton dengan baju kelawar kan? Siap letak tudung elok-elok kat tepi. Senang capai. Walaupun hazard dah bunyi macam kauorang ni pekak badak kuatnya, aku still relax lagi. Pegi toilet dulu, cuci muka, buang hingus sikit, pastu jalan mamai-mamai dalam gerombolan manusia yang jalan macam zombie. *ngantuk*
Tapi, nasib baiklah tahun ni pakcik-pakcik bomba tu tak buat Fire Show. Kalau macam tahun-tahun sudah, mesti kena panggil sorang dua pelajar untuk diajar cara memadam api. Ada kawan aku tu, siap dah hafal dialog pakcik bomba tu, punyalah nak tunjuk tiap-tiap tahun benda yang sama. *actually since we're in standard 1 kan.
Bila aku fikir balik, sejauh manakah fire hazard tu orang percaya itu adalah kebakaran sebenar? Aku tengok student dah macam immune dengan bunyi tu. Bila alarm bunyi, orang akan fikir itu adalah fire drill bukan kebakaran sebenar. Sampaikan kawan aku cerita, di fakulti dia bunyi alarm tu lecturer tanya student "Should we go out?" See. Sampai macam tu punya immune. Orang awam teragak-agak. Jadi buat apa nak adakan fake fire drill atau surprise fire drill sampai 3-4 pagi? Kan lebih elok, kalau diberitahu ada fire drill dan dan buat dalam pukul 8-9 malam. Kan elok. Mata masih segar dan taklah orang jalan macam zombie. Lagi payah, kalau bomba tak puas hati nak ulang sampai doploh lapan kali! Perghhhhh memang kena maki.
But, as student memang ni lah lumrahnya. Kau kena tadah je lah telinga kena bebel dengan pakcik bomba. Yes, basically memang itu penting. Sebab bila ada kebakaran yang sebenar sekurang-kurangnya kau ada knowledge untuk selamatkan nyawa kau. Itu paling penting. Tapi yang lagi penting kalau boleh elakkan lah buat benda-benda bodoh yang boleh sebabkan kebakaran contoh merokok dalam bilik, lupa tutup suis seterika dan jangan biarkan laptop korang on jika diletakkan di atas tilam sebab ada kes yer!
p.s: Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba....
15 Inspirasi Dari Pembaca
sgt benci
ReplyDeleteskian mekasih
sangat tak suke fire drill..bagi pamplet je sudah..kann..huhu
ReplyDelete; haha. memang cool. memang benci fire drill. tambah pulak esoknya ade test ke, kuiz ke. memang serabut~
ReplyDeletetahun ni punya fire drill, aku tak nak turun
ReplyDeletefirst year dulu, org tu ketuk pinti sampai terbukak pintu, roomate aku pulak takut, terus nak g,terpaksa ikot
masa 2nd year, floor rep aku tu bestfriendaku, terpaksa turun
third year ni, aku tak nak turun
Dapat bayang'n mcm mane jalan mcm zombie tu..hehehe
ReplyDeletehohoho betul2 sy pun tak suke sbb nak kena pakai tudung segala lagi. haduii. pastu bile dh kumpul bkn kejap. hahah lec sy pun penah tanya patut ke tak keluar. hahah. tapi ktrg nye fire drill xde dasyat mcm kat tmpat akak. just bunyi loceng, pastu suruh turun bwh. ok ar lagi. hahah
ReplyDeletemasa sekolah benda ni la paling menyampah sekali.hoho.penting memang penting tapi pelaksanaan tu kureng.
ReplyDeletezombie?haha .*tengah bayangkan
serius menyampah benda alah ni. gamaknya semua orang tak tau tu hanyalah fire drill kan? yang takleh blah ketuk pintu macam nak pecahkan pintu. damn!
ReplyDeletehmm.. layan je dik... zaman student ni la nak jumpe bende2 mcm ni.. ade jugak yg rajin mengarrangekan untuk pelajar... nanti bile dah lepas zaman ni... baru tahu mcm mana pengalaman tu berguna... layankan aje laaa...
ReplyDeletesangat menyampah. haritu kan buat 4 pagi tau. lagilaaaa
ReplyDeleteHahaha...biasalah tue....latihan...kot2 nanti terbakar betul takla kita panik....
ReplyDeleteaha ! tringat mse blajar at poly..huhu sumpah menci giler..sedap lepak baring2 ttbe adew sirent..erk..fire drill..dah arr kne kmpul gelap cm tuh..aiyak ! sumpah bosan..wuu..agk nyer nnty kene lagi sbb nak smbung blaja..huaaa!! :P
ReplyDeletehahha..mmg x suka ! tapi kalo ada fire drill nie saya tdoq ja. walopun terjga ..mlas nak trun . haha . warden x pernah ceq nama kat poli nie ha .... kalo siren tu gegar sekali mna pown . x kan trun . kahakahakah :) ..... keringkan dri dlam mimpi lagi syok .. ewww
ReplyDeletehahaha entry terbaik.betul pun,dari sejak darjah 1,masa sekolah rendah n menengah dulu,kami rilex jew.sangat boring
ReplyDeletecte pasal fire drill sy ada crite menarik nk share.. ada member cte kt tmpt study dier sape lmbt kena jirus sbb da terbakar.. huhu..
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!