Monday, December 26, 2011

Air Tangan Mak Membawa Aku Ke Syurga!

As Salam semua

Semua mak kat dunia ni kalau memasak memang nombor satu! Air tangan mak tu membuatkan makanan bertambah lazat. Tak kisahlah walaupun makanan tu simple di mata orang lain tapi pada perut si anak-anak, ia cukup membahagiakan. Aku pernah bagitahu dekat sini dulu, bahawa mak aku memang akan layan anak-anak dia ala-ala hotel 5 bintang kalau kami balik bercuti. Sungguh seronok! Heaven rasanya. 

Kau bayangkanlah daripada Khamis lepas, mak aku tak berhenti masak yang best-best untuk kami sekeluarga. Semua kehendak anak-anak diikutnya. Ada je idea dia yang datang. Bersilat dia kat dapur. Ketang, ketung, keting... tup-tup dah siap terhidang makanan yang maha menyelerakan. 

Macam-macam yang dia masak. Kebetulan ada makcik aku daripada kampung yang sememangnya Master Chef keluarga datang, lagi seronok dorang memasak. Menu dari segenap pelusuk dicuba. Western ada, masakan kampung ada, masakan melayu ada, india ada. Pegghhhhhhhhhhhhh!!!! Terbaik. Dengan aku-aku sekali belajar masak. Kata nak jadi menantu pilihan kan... barulah suami bangga. Kan Cik Puan Bunga?  

Antara menunya: 

- Mee Kari
- Ikan Siakap 3 Rasa
- Tauhu Telur dan Sayur Campur
- Soto + Bergedel
- Fillet 3 Rasa
- Cucur Bawang + Sambal Tumis
- Laksa Johor
- Ayam Masak Merah
- Sayur Lemak Pisang
- Daging Black Pepper
- Carbonara Spaghetti
- Kek Gula Hangus
- Kek Pelangi
- BBQ 

Memang seronok. Lagi-lagi ada sedara mara datang sama kan. Jadi makan tu lagi bertambah selera. Masak sama-sama, makan sama-sama dan happy sama-sama. Sempat jugak buat doa selamat kecil-kecilan untuk family. Alhamdulillah. Jadi, disebabkan tak sempat jemput korang makan, korang tengok sebahagian gambar je lah ye! Kehkehkeh. Saja bikin panas kat korang...

Tauhu Telur + Sayur Campur

Ikan Siakap 3 Rasa

Lunch sponsored by Along
Mee Kari untuk juadah Doa Selamat 

BBQ Time! Dengan angin kuat sebab Johor kan musim banjir. Dah macam tepi pantai

Kek Pelangi
Gebu tak? 
Carbonara Seafood Spaghetti
Laksa Johor. Super Delicious! 

Amacam? Terliur tak? Memang. Sungguh mak aku memang pandai masak. Kau cakap je apa, dia boleh masakkan. Kalau dia tak tahu, kiteorang akan cari resepi dalam internet, bacakan resipi tu dekat dia dan taraaaaa.... dah siap! Sungguh kan kasih ibu membawa ke syurga! Amacam CPB? Boleh lawan? 


p/s: Ni lah penyebab badan aku gebu gebas macam anak gajah! Kehkehkeh. 

7 comments:

  1. ini bukan dah jadi anak gajah kalau makan cmnie, anak dinasour pun bleh...heheheh memang super sedap tgk!! Baru tengok,,,,belum rasa lagi cmne

    ReplyDelete
  2. wahh!! mabeles gila!! nak2 spaghetti tu, nmpk pekat je..sedapnya! hihi.. :D

    ReplyDelete
  3. masa lea baca entry kak faten nie lea tengah lapar gilakk . tak sanggup na tengok lagii . HAHA ;) nanti perot da kenyang lea na tengok betoll2 makanan yang mengancam tuu . HEHE .

    ReplyDelete
  4. Dengan ini MTT telah terliur tahap yang tak dapat di kawal. Wahhhh shedapnyaaa !

    Tiada air tangan yang sesedap air tangan ibu kita sendiri kann (Mcm pelik pulak ayat nih) :P

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork