Saturday, December 17, 2011

Akhirnya Blog Aku Sendiri Kena Kutuk Dengan Orang!!!

As Salam semua

Selama aku berbloging ni, rasanya belum ada yang lagi sesi kutukan blog Hanya Dari Mata ni. Memang aku pernah terfikir, dalam entry-entry sebelum ni aku boleh dikatakan lantang bersuara. Kalau tak suka cakap tak sukalah kan. Tak payah hipokrit. Tapi aku terlupa, adakah pembaca blog aku kat luar sana boleh terima benda tu? Persepsi orang berbeza kan. Dan akhirnya, hari ni... satu entry telah meluahkan rasa hatinya pada blog picisan lagi hina aku ni! 

Korang nak tengok mana satu blogger yang berani kutuk aku tu? Ni dia...


Peh, geram je aku tengok blogger ni. Tapi sabar-sabar... Cuba korang baca ENTRY PINK UMMI ni. Baru korang boleh rasa apa yang aku rasa. Betapa kuat tamparan wanita yang dia bagi! Auccch! Terhiris dan tergamam aku membacanya. Sampai rasa nak nangis! 



Hahaha... drama sangat aku ni. 


Wei, kau gile ke ada blogger berani kutuk aku depan-depan. Kalau tak dia aku kerjakan sampai tinggal tulang. Kehkehkeh. Kutuk belakang sudah. Well, aku menangis baca entry PU kau tau tak?! Uh, tak sangka impression pembaca sebegitu. 

"Serius banyak pengajaran dan ilmu yang korang boleh dapat dari blog IA nih. PU sendiri pun masih belajar untuk menghasilkan entry yang superb macam IA. Memang tak digalakkan meniru cara orang lain tapi sesuatu yang baik tak salah kalau kita jadikan pedoman dan contoh kan? That's why la PU adore sangat sangat blog IA. Isi yang mantap, penggunaan bahasa yang mudah difahami membuatkan PU memang tak jemu nak banyak. Serius PU cakap, if ada entry yang PU terlepas peluang nak baca, PU akan baca entry IA yang terlepas tuh sekurang kurangnya 5 entry satu hari." ~ Pink Ummi 

Memang berterima kasihlah aku pada blogger yang macam ni. Blogger setia yang takde belah baginya, dan bila ada blogger yang macam ni secara tak langsung menambah lagi adrenalin aku untuk menulis blog dengan lebih baik dan menghasilkan entry yang lagi berkualiti mantap untuk para follower dan reader. Aku harap entry-entry aku tu tak disalah tafsir oleh orang-orang kat luar tapi dapat diterima sebagai teguran terbuka dan inspirasi berharga kehidupan kita semua. Aku pun bukannya baik sangat, tapi kalau nak tunggu semua orang jadi baik baru boleh bagi nasihat jawapannya sampai bila-bila pun kebaikan tak disebarkan!

Bercerita pasal idea, memang kadang-kadang gila nak cari idea. Aku pun selalu jugak ketandusan idea. Tapi, ilham tu datang dari Allah. Susah nak spesifik kan bila masa idea datang mencurah-curah. Tapi once ada idea, aku akan pertimbangkan idea tu. Relevan atau tak untuk aku rencanakan di blog. Dan paling penting, orang berminat ke nak baca mengenai idea tu. Pernah sekali tu, aku tengah mandi ye, tengah dok basuh-basuh kepala, idea datang. Kau tau apa aku buat? Aku stop mandi sekejap. Pegi bukak blog dan tulis entry tu dulu. Sebab aku rasa idea yang datang tu BRILLIANT! Tapi bila malas dan idea kontang! Haram...blog tak berupdate berhari-hari! 

Entry superb? Aku pun masih belajar menghasilkan entry yang simple tapi bermakna. Tapi satu tips yang aku boleh share, once aku tulis entry, aku akan cuba imagine yang aku tengah berborak dengan kawan-kawan aku mengenai perkara tu. Maybe a lil bit awkward, but believe me. Kalau korang buat gitu, korang akan rasa ayat tu flow laju je. Tak payah nak pretending dan keluar yang manis-manis je. Show the world, the real side of you. Tak payah hipokrit. Sebab hipokrit akan buat pembaca jemu. Lagi-lagi kalau nak show off. Memang kena maki lah dengan pembaca!


Orang berbudi kita berbahasa, 
Orang memberi kita merasa. 

Maka, silalah join "Mini Give Away: TQ Follower" yang sedang aku running-kan kat blog ni sebagai salah satu cara aku menghargai korang semua. Darah dan daging blog Hanya Dari Mata! Walau nilainya kecil, tapi keikhlasan tu penting! 



Thanks Pink Ummi and all my reader & follower!

7 comments:

  1. seram je andrenalin ni bace...ok la ade org setia kan...gudjob!

    ReplyDelete
  2. blog best mestilah org suke bace kn? gud job dear!

    ReplyDelete
  3. fewwwitt....ni bukti hebak ni, hebak!! kehkeh :P (wajah cute)

    ReplyDelete
  4. ceh . ingatkan bebetul kene kutuk . buat terkejut jeee . haha

    ReplyDelete
  5. akak nie suspen je..grrr..geram ngn akak! rasa nak cubit je pipi comel akak tu..hehe..(kidding)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork