Thursday, December 1, 2011

Allah Tak Sayang Aku!

As Salam semua


Kita selalu mengeluh bila apa yang kita mintak pada Allah tak diperkenankan. Kita akan menyalahkan Maha Pencipta sebab tak berlaku adil kepada diri kita. Macam-macam getusan hati kecil akan kedengaran. Itu normal dan itulah hati manusia. Tapi betul ke memang salah Pencipta yang tak makbulkan permohonan kita tu? Cuba check dulu diri kita sendiri, sempurnakah doa kita setiap hari? Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya : 

 " Wahai Sa'ad, makanlah makanan yang baik lagi halal tentu engkau jadi orang yang baik lagi makbul doanya. Sesungguhnya orang yang pernah memasukkan sesuap makanan ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang layak untuknya. "
(Hadis Riwayat Thabrani.)

Disebabkan aku tak nak lagi menyebarkan hadis palsu dalam blog aku ni KLIK SINI UNTUK KES maka aku telah merujuk kepada Nota Bahagian Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan nak share sedikit ilmu mengenai adab yang terbaik ketika berdoa. 

  1. Ikhlas
  2. Menghadap Kiblat
  3. Dalam keadaan berwudhuk (jika mudah dilakukan)
  4. Mengangkat kedua tangan dengan bersungguh
  5. Dimulakan dengan Bismillah dan memuji kebesaran Allah dan diikuti selawat kepada Nabi S.A.W 
  6. Membaca doa dengan tenang dan tidak tergopoh gapah
  7. Tidak berkhayal kepada perkara lain (khusyuk)
  8. Sentiasa berdoa (susah/senang)
  9. Tidak meminta kecuali kepada Allah SWT
  10. Tidak mendoakan keburukan kepada orang lain
  11. Merendahkan suara ketika berdoa
  12. Pengakuan terhadap dosa silam dan memohon keampunann Allah dan mengucap syukur atas nikmat-Nya
  13. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas
  14. Tidak keterlaluan dalam berdoa (meminta perkara yang pelik dan bernada seperti mengugut)
  15. Berdoa untuk diri sendiri dahulu baru diikuti untuk orang lain
  16. Memastikan pakaian, makanan dan minuman dari sumber halal
  17. Menjauhkan diri dari segala maksiat zahir dan batin

Jadi bagaimana? Adakah Allah yang patut dipersalahkan dalam hal ni? Rasanya mustahil kan. Sebab Allah adalah sebaik-baik pendengar yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Dia tetap melimpahkan rezeki, nikmat dan rahmat kepada semua hamba-Nya walaupun hamba-Nya sering zalim terhadap-Nya sebagaimana dalam firman Allah: 

" Sesiapa yang mengerjakan amalan Soleh maka faedahnya akan pulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahanya akan menimpa dirinya sendiri.; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya." Surah Fussilat: 46

Sesungguhnya doa adalah senjata kita semua. Mintalah dengan hati terbuka dan mintalah dengan sesungguh-sungguhnya. Insya-Allah, Allah akan perkenankan doa kita. Ingat, cepat atau lambat bukan kuasa kita tetapi percayalah Dia lebih mengetahui apa yang kita lebih perlukan mengikut perancangan-Nya. 

p/s: Sedikit info yang aku dapat melalui pembacaan :


KETIKA BERDOA,  RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN DAN PASTIKAN GARISAN TANGAN BERSAMBUNG (seperti gambar)  KERANA: 
 “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN."  sumber penulisan Ustz. Abdullah Mahmud






9 comments:

  1. doa disusuli dengan usaha..thanks nanie for your info ^_^

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nanie atas perkongsian ini...

    Kak Nida dah pindah alamat rumah tau, kini di http://ucualong.com/

    ReplyDelete
  3. islam itu mudah.. Allah dah tetapkn apa yg mudah buat hambanya.. jadi sama2 kita sempurnakan doa kita sebelum Allah kabulkan :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih...

    info yg kat bwh sekali tu lady br tahu..

    terima kasih <3

    ReplyDelete
  5. salam alaikum nanie. mmg sangat bermakna info ni. tapi nak tegur sikit, ada salah (sikit je) dlm matan hadith tu.
    "Sesungguhnya orang yang pernah memasukkan sesuap makanan 'haram' ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. (word 'haram' tu tertinggal.)

    n tepat sekali kita kena jaga adab2 dlm berdoa.

    1 perkongsian ilmu yg amat bermakna. ;D

    ReplyDelete
  6. ni ada lagi satu hadith pasal isu ni. diamik dari hadith 40 (hadith ke-10).

    Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya
    Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang
    beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).
    Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai
    dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
    pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
    Hadis riwayat al-lmam Muslim.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork