Saturday, December 17, 2011

Apa Yang Perlu Korang Tahu Untuk Membela Kura-Kura?

As Salam semua

seminggu selepas dijadikan pet! kecik macam duit 50 sen! 

Lama pulak aku tak becerita tentang Kontot The Kura-Kura ni. Kontot sekarang semakin membesar. Takut pulak aku tengok dia makan sekarang. Haish! Kalau besar sangat macam pinggan, aku ingat nak tinggalkan je kat UM ni. Tapi sayang... 

BTW, hari tu aku lupa nak cerita yang aku dah belikan rumah banglo baru untuk Kontot! Bukan main lagi dia seronok. Siap buat diving lagi untuk tunjuk kegembiraan melampau! Ceh. Pandai kau ye Kontot. 



Sebenarnya, kat sini aku nak share beberapa tips penjagaan kura-kura memandangkan dah 3-4 orang request dan tanya. So, basically tips yang aku share ni adalah based on my own experience. Di tambah dengan pencarian maklumat daripada google dan pakar haiwan (pekerja Pet Wonderlan, Mid Valley). 


1. MESTI RAJIN CUCI AIR
- Kura-kura ni, satu perangai dia kalau makan dia akan hambur keluar. Kira macam budak-budak lah makan comot-comot. Disebabkan tu, sisa makanan yang tertinggal akan menyebabkan air cepat sangat menjadi kotor dan jika terlalu lama akan membangkitkan bau yang kurang enak. Oleh tu, sapa-sapa nak bela kura-kura ni kena rajin cuci air dan bekas dia sekali. Serta boleh tahan bau busuk! Aku akan cuci bekas Kontot 2 hari sekali. Paling malas 4 hari sekali. Tapi nasiblah kalau muntah... 


2. DARATAN & AIR
- Kura-kura haiwan 2 alam. Sapa tak tahu, nah buku sains darjah 3! Jadi, kura-kura memerlukan dua kawasan di tempatnya. Yang satu, part dia berendam, satu part dia berjemur. Aku gunakan potongan kayu kecil sebagai pelantar dia berjemur. Letakkan kat sudut akuarium dan satu part lagi aku penuhkan dengan air. Paras air pulak, mestilah sama atau kurang daripada pelantar yang korang sediakan tu. Kalau terlalu banyak air, kura-kura boleh lemas! 

3. PENCAHAYAAN
- Memang kura-kura secara naturalnya suka tempat gelap, tapi kalau boleh seminggu sekali korang dedahkan kura-kura pada cahaya matahari. Ini adalah supaya warna cengkerangnya tetap kehijauan. Malahan cahaya matahari juga penting untuk kesihatan kura-kura supaya kekal aktif. Lagi satu, jangan letakkan kura-kura di tempat yang banyak nyamuk sebab kalau nyamuk hisap darah kura-kura, badan kura-kura akan ditumbuhi ketumbuhan dan boleh mengakibatkan kematian! 

4. MAKANAN
- Makanan kura-kura adalah berbeza daripada makanan ikan. Jangan kau bantai je bagi! Kura-kura ada makanan khasnya yang mengandungi zat yang diperlukan. Cari makanan kura-kura yang mengandungi protein  yang bawah 40% sebab kalau protein terlalu banyak, cengkerang kura-kura akan buruk dan kelihatan kusam. Malahan cari yang mengandungi D3 yang tinggi untuk bagi keras sikit cengkerangnya. Selain tu, korang semua jangan sekali kali gatal tangan nak bagi biskut lah, roti lah, snack lah pada kura-kura. Ini kerana, haiwan ini alah pada makanan proses tinggi (highly-processed-food) kerana akan menyebabkan cengkerangnya lemah dan boleh pecah! Kalau aku pulak, 2 minggu sekali aku akan bagi Kontot sayuran segar macam sawi, kangkung dan kobis. Ini adalah habitat asalnya! 


5. CUCI CENGKERANG KURA-KURA
- Cengkerang kura-kura pun mestilah dicuci. Aku ada berus khas untuk gosok cengkerang Kontot. Lumut-lumut dan kotoran yang ada pada cengkerang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Ini jugak adalah faktor untuk bagi air tahan bersih lebih lama.


6. INTERAKSI DENGAN KURA-KURA
- Melalui pemerhatian aku pada Kontot, kura-kura adalah haiwan yang boleh tahan bijak. Aku train Kontot dari kecik dengan goncangkan botol pellet makanan dia sebagai tanda waktu makan. Lama-lama dia dah tau. Once aku goncang, dia akan meronta-ronta nak mintak makan. Tapi kalau aku bunyikan benda lain yang hampir bunyinya, mampus dia tak layan! Jadi interaksi macam ni sangat bagus. Sebab kura-kura akan kenal kau. Dan merangsang kura-kura untuk aktif. Bukan lembap macam yang selalu kita bayangkan!


7. GUNAKAN WATER CONDITIONER @ ANTI KLORIN 
- Untuk elakkan air cepat kotor, aku gunakan water conditioner atau anti klorin. Anti klorin ni boleh menghapuskan heavy metal dalam air paip dan meneutralkannya. Sangat penting ye penggunaan anti klorin @ water conditioner ni sebab kalau tak guna, cengkerang kura-kura tak lawa dan tak hijau lagi! Malahan lebih teruk, kura-kura boleh terkena jangkitan dengan badannya ditumbuhi bintik-bintik besar!


besar dah! macam mouse laptop size mini
Jadi, jangan tahu membela binatang je tapi kebajikannya tak dijaga. Tak baik tau!


p/s: Tak lama lagi movie Cinta Kura-Kura akan ditayangkan. Wajib aku tengok!

56 comments:

  1. rindu lak kura² yang da ninggal tue...tuck sentiasa dalam ingatan..ade budak kecik membunuh tuck tanpa belas kasihan...balek nnti nak sekeh pale budak tuehhh...

    ReplyDelete
  2. comelnye kura-kura.. ada 1 je ke? cari lah pasangan utk dia.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu je.. and sy dah baca Kura-kura boleh hidup tunggal. tanpa pasangan.

      Delete
  3. comel gila kak kura-kura tu, nak try lah jaga!!mesti best!

    ReplyDelete
  4. setuju sbb fyqa pon bela turtle gak hehe

    ReplyDelete
  5. cayalah kak nanie..dapat gak lagi ilmu kura2 ni.hihihi..oo leh lemas ek??hihih..anti klorin kene ke?coz air paip umah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anti klorin tak wajib, tapi boleh jugak digunakan.

      Delete
  6. makanan d3 tu mcm mana ek..nk tau...boleh bg conth mkanan x..tolg ek....kecemasan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan D3 tu actually bila baca ingredients makanan kura-kura - ada diterangkan ada vitamin D3. cuba semak pada label

      Delete
  7. boleh brithu x mknan d3 tu ap..leh bg conth mknan x....tolg ek kcemasan

    ReplyDelete
  8. kura2 sy dah besar sangat. tapi ade yg still kecik.cane nk kasi besar?
    dulu ade yg mati nangis sampai lebam mata huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba alternate bagi dia makan sayuran pulak.

      Delete
  9. sis,maknenya xleh kasi air paip lah dkt kura2???

    ReplyDelete
  10. saya ade kura!!name die si diego yg jantan manakala si dora yang betina!!tapi cham ner nak suh kura2 nie bertenggek kat batu/kayu yg disediakan!!!?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia akan pergi sndri pada batu n kayu too ... Klu takk pun cube lh u ltak kans kura² tu kat ats btu atau kayu y u sdia kans ... Cm kura² i ... Dy pegi sndri ... Nt dy trun ke air balik ...

      Delete
    2. Betul... kura-kura akan g sendiri! :)

      Delete
  11. saya ada 2 ekor kura2!!si jantan si ronaldo dan si betina si taylor swift!!tapi cham ne nak bagi die makan n nak suh kura2 nie bertenggek kat kayu/batu yg disediakan!!!!can u teach me kak innanie ariffin

    ReplyDelete
  12. boleh senaraikan makanan kura kura x..selain pellets

    ReplyDelete
  13. nak tanye yee. kenape ek kura-kura saya die taknak makan makanan yang sy bagi? ke kite kene bagi makanan tu kat luar tanpa bercampur dengan air? tolong sy. sy takot kure2 sy mati . :D

    ReplyDelete
  14. Saya pun bela kura-kura. Maikel namanya. Size dia sekarang 5cm. Saya bagi dia makan 3 pellet waktu pagi, malam bagi makan dried shrimp (pet shop ada jual, RM10.50 untuk 25gram. Kadang kadang bagi makan cengkerik. Red eared slider ni kura-kura akuatik. So, dia WAJIB makan dalam air sebab dia takde saliva. Tiap hari kena jemur dia pada direct sunlight. Maknanya, bawa dia ke luar akuarium. Selama 15-20 minit. Akuarium saya 26cm x 16cm, paras air 6cm supaya dia boleh berenang. Lengkap dengan platform polisterin buat sendiri, dan water filter. Semua sekali cuma RM40+-. Bila ada filter, tukar air seminggu sekali pun OK. Kalau boleh, jangan bela banyak. Nanti persaingan dalam akuarium, diorang gaduh. Lagi banyak kura-kura, lagi kerap kena tukar air. Ada apa apa yang boleh saya bantu lagi? :)

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas info nie .. sy pon bela kura2 jgk .. like you , time makan sy akan goncang bekas makan dia .. :)

    ReplyDelete
  16. Saya baru je bela kura2 and saiz masih kecik lg lah.Nama ala-ala kpop Dda-mato and Seul-lo sbb saya ni fans kpop..Tp pd pemerhatian saya,Seul-lo ni agk pasif skit dri Dda-mato and korg ada cara x cmne nk buat Seul-lo ni agak aktif skit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe kawasan dia tak cukup kot sebab ada dua ekor kan? cuba tngok kalau diasingkan cemana dia aktif atau tak

      Delete
  17. Saya pom ada bela anak kura2 jgk and nama Seul-lo dgn Dda-mato(ala2 k-pop sbb saya minat k-pop)..saya nk tahu tntg basking tu lbih trperinci and saya nk mintak pendapat mcm mana nk buat kura2 saya nama Seul-lo ni aktif sbb dye pasif je ble dlm air or darat.

    ReplyDelete
  18. aku suke binatang2 ni.. slalu kat rumah mmg main kucing jer.. disebabkan merantau nak belajar.. kucing mcm x sesuai.. so, baru gak bele kura2 ni.. banyak gak info dpt kat sini.. biase ape aku mkn tulah kura2 aku makan.. hahaha.. btw, mne nak cari mkanan kura2 eh.. cengkerang die dah start ade tompok2 putih kecik2... risau plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak leh cam tu. kura-kura tak boleh makan processing food cam roti dan biskut. kalau makanan kura-kura dalam bekas tu mahal, boleh je bagi dia sayuran. Cth kangkung & bayam. Kubis pun dia ok!

      Delete
  19. hurmm..turtle sye Simon Ashton..shell dye buruk sbb kitew asyik bagi mkn pellet je..syg tu mmng syg tpi sye malas sbb dye rembat je ape yg sye letak it dlm Tank dye tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba bagi dia sayur. instead of pallet kan... sbb pallet kalau terlalu banyak mmg boleh buat cengkerang buruk tambah kalu kita tak selalu tukar air dia.

      Delete
  20. sy pn bela kura2 gk..nice kn pnye minat yg sma,folo cni

    ReplyDelete
  21. Baru tadi saya beli kura kura kecik ni. Geram dah bertahun tapi mama tak bagi bela lagi. Ha, bila dah beli, saya pun siapkanlah mahligainya. Saya bagi nama Aduya. Sekali saya terfikir, sedap-sedap bagi nama pompuan tapi sebenarnya saya terlupa tanya penjual tu, Aduya saya ni betina ke jantan? Macamana nak kenalpasti jantinanya? Helpppp!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu beso sikit bila dah tumbuh kuku...jantan kuku akan menjadi panjang...betina kekal pendek....

      Delete
  22. Mcm2 je la hai....haha aauummm sy br jmp kura2 kt tgh jln td..then amk bwk blk...jp lg nk cek jantan ke tina...tgk pd kuku kn?? Hehe

    ReplyDelete
  23. Mcm3 je la..haha sy br jmp kura3 kt jln td amk bwk blk.jp lg nk cek jntan ke tina...tgk pd kuku kn?? Hehe

    ReplyDelete
  24. Nak tanya klau bg makanan pallet kena bg dkt air ke tmpat kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kura² sy ... Sy ltk dlm aer ... Sb pellet kan keras ... So dy akn lbh snang tuk makan

      Delete
    2. pallet kura-kura floating. so better letak dalm air je. dia macam makanan ikan.

      Delete
  25. Macam mane nak tau jntn or tine

    ReplyDelete
  26. Sy beli 3 ekor 6 bulan yg lps..2eko mati..yg seko lg bertahan..badan dh besar mcm saiz mouse laptop..sy beli lg 4 eko yg kecik2 supaya dia xsunyi..5ari lps tu dia mati..sedihnyaaaa..semua penjagaan sy dh buat..tp xtau la..xserasi kot dgn saya..skrg tinggal lg seekor je..sy suka bela kura2 tp takut kalau beli lg akn mati saja..camneeee...huhuhu..sedey..

    ReplyDelete
  27. Anti klorin lain ke dngan klorin?

    ReplyDelete
  28. Nak tanya bukan kura2 ade penyakit membawa maut ke bernama salmonella

    ReplyDelete
  29. Betul ke kura2 ada penyakit maut bernama almonella

    ReplyDelete
  30. Salam .. nk tanya..sy baru bela kura2 ni.. dlm smggu lebih.. baru perasan dalam 3--4 hari ni dia mcm pasif je..pejam mata je..takmo makan..asik dok bertenggek atas batu..sy check kt kaki dia mcm btompok coklat.. dia sakit apa ye..nk buat mcm mana ni..helpp.. huhu

    ReplyDelete
  31. Tera sy suka bila letak dalam tuala hahahha comel nya kura2 ni haihhh.

    #KURA2 BOLEH HIDUP DALAM KEADAAN BILIK BERAIRCOND TAKKKK?

    ReplyDelete
  32. Boleh x setiap hari main n belai2 die....setiap mase ke...klau die x mkn mcm ne..

    ReplyDelete
  33. Boleh x setiap hari main n belai2 die....setiap mase ke...klau die x mkn mcm ne..

    ReplyDelete
  34. Die x nak mkn....boleh x nak pegang die selalu

    ReplyDelete
  35. Kura kura takleh sejuk sangat.better takyah letak dalam aircond

    ReplyDelete
  36. air memang kene banyak mcm tu ye.. lagi satu camana nak bagi pellet tu? kura2 sy tu xnak makan..

    ReplyDelete
  37. aku ada dua kura-kura tapi aku bubuh makanan kat dia tapi dia tak makan tapi dia boleh besar aku takda duit nak beli akuarium



    ReplyDelete
  38. Nak bela tapi asal gi kedai je,tutup lah,habislah,,,,,,,,X/

    ReplyDelete
  39. kura kura kita sebijik lah :)

    ReplyDelete
  40. sis , boleh tak bagi lagi detail about kura-kura ? from A to Z..kalau kura-kura ni dah besar, sis still jaga dia lagi or sis lepaskan dia kat tasik atau sungai ??

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork