Saturday, December 31, 2011

Azam Tahun Baru? Jangan Hangat-Hangat Tahi Ayam Jer!

As Salam semua



Dah jadi resam, bila mula tahun baru masing-masing pasang azam dan impian. Dengan harapan, azam dan impian itu sebagai satu landasan yang memacu hidup kita supaya lebih fokus. Tapi ramai jugak yang semakin lama semakin lupa pada azam dan seterusnya azam dan impian gagal dilaksanakan. Jadi, ini ada beberapa tips dari pakar motivasi terkenal, Dato' Dr. Fadzillah Kamsah tentang tips merealisasikan impian dan azam kita.

1. BINA DIRI
- Persediaan diri ini penting. Kita perlu siapkan diri dari semua aspek. Mental, fizikal dan emosi. Kita sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dan paling penting set kan minda dalam mode positif supaya kita tetap dan fokus pada azam kita. 

2. MATLAMAT JELAS
- Matlamat yang dibina perlulah jelas. Contohnya "Aku nak dapat 4.00 flat semester depan!". Kita perlu spesifik matlamat tu. Bukannya, "Aku nak dapat pointer lebih 3". Matlamat yang spesifik telah terbukti menyebabkan minda dan hormon kita lebih terangsang dan memfokus pada matlamat tersebut seterusnya dapat membina sendiri kekuatan dalaman diri. Matlamat juga perlulah realistik. Supaya kita benar-benar yakin ia boleh dicapai. 

3. GUNA KELEBIHAN SENDIRI
- Setiap manusia ada kelebihannya dan jangan persiakan kelebihan yang Allah bagi. Kelebihan itu boleh menjadi satu momentum untuk diri kita lebih maju dan bergerak ke hadapan mencapai azam. Malahan kelebihan diri akan meyakinkan diri kita dan jangan sekali-kali memandang rendah diri sendiri. 

4. SENTIASA INGATKAN DIRI
- Manusia mudah lalai dan lupa. Jadi, untuk merealisasikan sesuatu azam, kita dinasihatkan untuk sentiasa mengingatkan diri kita tentang matlamat kita itu. Kita boleh gunakan persekitaran kita sebagai 'jam penggera' untuk ingatkan diri kita. Jangan malu dan hebohkan tentang matlamat kita boleh membantu kita lebih fokus dan kuat menghadapi sebarang kemungkinan atau cabaran. 

5. PERCAYA, YAKIN & BERTINDAK
- Kita mesti percaya dan yakin dengan matlamat kita. Seterusnya bertindak dengan bijak untuk merealisasikan matlamat tersebut. Keyakinan tu jugak bergantung pada doa dan tawakal lah pada Allah. Perancangan yang hebat, matlamat yang jelas, tindakan yang bijak dan disusuli tawakal akan membuahkan hasil. Insya-Allah. 


Aku sendiri harap aku dapat realisasikan azam tahun 2012 ni serta tak mudah mengalah. Segala cabaran adalah untuk kekuatan dalaman . Semua orang ada kekuatan tersendiri dalam dirinya. Salam tahun baru! Semoga kita semua diberikan rezeki dan dipanjangkan usia! Amin. 



p/s: Ingatkan diri aku jugak. Nanti ada orang kata, aku selalu keluar entry mengutuk je! Heheh

6 comments:

  1. entry nie mmg ditujukan khas utk sye lah.hehe

    ReplyDelete
  2. awak nk jadi lawyer?? yeey.. cite2 kite same..

    ReplyDelete
  3. semoga apa yang di azamkan tercapai..all da best nanie untuk 2012 ^__^

    ReplyDelete
  4. Hello, I'm Nada. Future Lawyer :) I just wanna say Happyy New Year n hope you will have a great year

    --- HELLO ,
    ◕▄███▄◕──◕▄██▄◕──◕▄███◕─◕▄███▄◕ ◕▀──██◕─◕██──██◕───◕██◕─◕▀──██◕ ◕──██◕──◕██──██◕───◕██◕─◕──██◕ ◕─██◕───◕██──██◕───◕██◕─◕─██◕ ◕█████◕──◕▀██▀◕───◕▄██▄◕◕█████◕
    HAPPY NEW YEAR !!!

    ReplyDelete
  5. Hello, I'm Nada. Future Lawyer :) I just wanna say Happyy New Year n hope you will have a great year

    --- HELLO ,
    ◕▄███▄◕──◕▄██▄◕──◕▄███◕─◕▄███▄◕ ◕▀──██◕─◕██──██◕───◕██◕─◕▀──██◕ ◕──██◕──◕██──██◕───◕██◕─◕──██◕ ◕─██◕───◕██──██◕───◕██◕─◕─██◕ ◕█████◕──◕▀██▀◕───◕▄██▄◕◕█████◕
    HAPPY NEW YEAR !!!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork